Tuesday 23 April 2013

Berhenti Kerja Bermaksud Membina Kerjaya Bukannya Tolak Rezeki

Salam,

Saya menulis artikel ini kerana terlalu ramai yg meminta contoh notis surat berhenti penjawat awam dr saya. Boleh dikatakan hampir 50 orang. Kadang2 tertanya pada diri adakah saya menghasut tuan2 pembaca utk berhenti kerja? atau sememangnya tuan2 betul2 nak berhenti kerja tapi tak tahu cara draf surat.

Apa pun saya ingin jelaskan bahawa, blog ini sebenarnya catitan pengalaman saya berhenti kerja dan membina empayar perniagaan yg bakal diwarisi anak cucu. Saya mahukan orang yg bercita2 seprti saya juga mendapat manfaat nasihat.

Oleh itu, keputusan tuan2 dan puan2 utk berhenti kerja bukanlah disebabkan bila terlihat blog ini tetapi disebabkan tuan2 sudah merancang utk berhenti dan bekerja sendiri cuma belum ditentukan masa yg sesuai sahaja.

Nasihat saya, sebelum ambil keputusan berhenti kerja kerajaan pastikan kerja akan datang itu bukan jenis makan gaji tetapi sejenis bisnes yg mampu diwarisi oleh anak cucu. Jika berhenti kerajaan kemudian kerja dgn swasta ia dipanggil lompat kerja. Saya tidak menyediakan perkhidmatan nasihat untuk itu.

Saya lebih mahir dalam bab penulisan, penerbitan, edaran buku, editing dan apa2 saja berkaitan buku. Tentang bisnes2 lain juga boleh dibincangkan di sini jika saya ada informasi, InsyaAllah saya akan beritahu.

1 comment:

  1. Saya terjumpa blog saudara semasa cari info tentang pengalaman2 org lain yang berhenti kerja kerajaan. Memanh betul apa yg saudara cakapkan kalau nak berhenti kerja jangan tanya pendapat orang,tanya diri sendiri.

    Saya rasa ramai yang nak berhenti kerja itu bukan hasil hasutan tapi memang kemahuan mereka sendiri dan entr saudara dalam ni sangat banyak membantu.

    Semoga hasrat suami saya untuk fokis dalam perniagaan dan berhenti kerja kerajaan akan dipermudahkan.

    Terima kasih utk entry2 yang sangat berguna.

    Siti,
    Http://hannahbridal.com.my
    siti_adni@yahoo.com

    Saya juga mahukan draft surat berenti kerja jika sudi dikongsikan ke emel saya seperti di atas.

    ReplyDelete