Saturday 2 February 2013

Bisnes Buku Lebih Untung Dari Semua Bisnes

Bisnes paling untung dan paling bertahan lama ialah industri buku. Ia lebih kukuh dari pengeluar produk komputer, kereta, motosikal dan makanan. Mengapa?

Menerbitkan buku adalah mudah, ia hanya perlu menghasilkan 'idea' yg bernas. Selepas itu, buku tersebut akan laku seumur hidup paling kurang 100 tahun.

Untuk menghasilkan sebuah buku yang bestseller, ia tidak perlukan teknologi tinggi. Kulit yang cantik dan susun atur dalaman hanyalah persembahan sampingan, tetapi jika buku anda sangat berguna maka kandungan maklumat adalah tujuan utama para pembeli.

Jarang orang beli buku sebab kecantikan kulit buku. Orang beli kerana isi dalamannya. Orang nak tahu apa yang anda tulis dan apa manfaatnya jika buku tersebut dibaca.

Buku yang diterbitkan 300 tahun dahulu masih boleh diguna hingga sekarang kerana maklumatnya. Tetapi perisian komputer yang direka tahun lepas belum tentu boleh laku tahun ini. Jika nak laku, pengeluar perisian terpaksa mengubahsuai sedikit sistem dan mengisytiharkannya sebagai 'versi terkini di pasaran!'.

Buku tidak begitu, ia bergantung sepenuhnya kepada keupayaan maklumat. Dan orang Islam adalah masyarakat paling kaya di dunia dalam bisnis buku. Jangan lihat penulis Harry Potter, novelis J.R.R. Tolkien sebagai manusia terkaya. Mereka hanya kaya kerana buku mereka difilemkan. Lagi 10 tahun, filem tersebut orang sudah tidak berminat.

Buku paling laku di dunia ialah buku agama. Kitab Ihya Ulumuddin masih laku sehingga sekarang walaupun ia diterbitkan pada tahun 1100 M. Jika keturunan Imam Al-Ghazali ada dan mendaftarkan hakcipta, jenuhlah syarikat penerbitan hendak bayar royalti.

Dengan berkat kitab tersebut dan kitab ulama-ulama lain yang memberi hakcipta percuma, ia menyebabkan penerbit-penerbit Muslim menjadi kaya sekelip mata. Mereka boleh menjual kitab tanpa perlu bayar royalti kepada penulis.

Tahukah anda, dalam industri buku Malaysia, nadi utama sumber pendapatan yang stabil ialah penerbitan Al-Quran. Dalam dunia buku di Malaysia, setiap penerbit mengidam-idamkan mempunyai al-Quran terbitan sendiri kerana ia adalah sumber keuntungan yang evergreen. Yakni jika buku-buku lain syarikatnya tak laku maka hutang-piutang masih boleh dicover dengan keuntungan dari jualan Al-Quran.

Jualan Al-Quran lebih stabil dari mana-mana buku dalam Malaysia.

No comments:

Post a Comment