Showing posts with label kerja kerajaan. Show all posts
Showing posts with label kerja kerajaan. Show all posts

Saturday, 21 February 2015

Side Income Melalui Modul Pelajaran Sekolah



Ini cerita tentang salah seorang pembaca blog ini, Ustaz Syamsul Khafi yang saya kenal sejak tahun awal 2014. Beliau bukan sahaja berjaya terbit sendiri buku tetapi berjaya tambahkan side income lebih RM500 sebulan dengan 3 buku:

1) Buku Modul Hafazan Kalimah Arab (dengan ISBN)
2) Modul PDP Bahasa Arab Ting 4 (tanpa no. ISBN)
3) Modul PDP Bahasa Arab Ting 5 (tanpa no. ISBN)

Bayaran ceramah + jualan modul2 = RM500

lebih RM500 sebulan? 

Sengaja saya besarkan font kerana saya sendiri terkejut. Dulu saya cuba nak cari idea camna nak tambahkan income guru RM500 sebulan. Tengok-tengok, Ustaz Syamsul punya idea dan strategi lebih bergeliga. Tahniah!

Kalau berjaya kekalkan side income RM500-800 sebulan, maksudnya mana-mana guru yang membuat modul kecil boleh mengumpul RM6,000 - 9,000 setahun. Banyak tu.






Buku Modul Hafazan Bahasa Arab

Saya mula mengenali beliau sejak Februari 2014 apabila beliau bertanya tentang perkara2 teknikal menerbit sendiri. Buku yang dihasilkan ni adalah modul kecil untuk pelajar sekolah menengah. Hanya 32 muka surat tetapi kandungannya saya rasa sangat membantu pelajar.

Buku kecil itu berjaya dicetak dan diterbitkan pada Mac 2014. 

Lepas terbit, Ustaz Syamsul beritahu dia sering mendapat jemputan untuk bengkel-bengkel Bahasa Arab di pelbagai sekolah bermula dengan sekolah di daerahnya.

Menurutnya, kini beliau mendapat side income lebih RM500 sebulan dengan mencetak sendiri modul untuk pelajar-pelajar yang menghadiri bengkel. Beliau menggunakan 2 unit printer jenis Brother, harga RM400. (Fuhh, mahal tu. Mungkin jenis laser jet kot).

Sekarang modul Hafazan Bahasa Arab terbitan beliau mendapat perhatian dari Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Terengganu. Tahniah!

Untuk hubungi beliau, sama ada berkongsi pandangan atau membeli modul boleh hubungi melalui emel ni:

syakharidz@gmail.com


Artikel-artikel sesuai untuk guru:



Wednesday, 17 December 2014

Isu Pelekat Hologram Al-Quran



Isu ni memang buat banyak penerbit-penerbit buku dan pekedai buku 'bengkak' dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN). Syarat baru kepada penjual buku ialah semua Al-Quran mesti dilekatkan dengan pelekat Hologram.


Friday, 26 September 2014

Mengapa Penjawat Awam Kurang Berjaya Jika Berbisnes

Ada sebab-musabab kenapa kurang berjaya. Jika berjaya pun ia kurang meyakinkan penjawat awam itu sendiri.

SEBAB-SEBABNYA IALAH:

1) NIAT tidak betul - berniat bisnes secara part time sahaja. Maka secara part time lah Allah beri.

2) HARAPAN mengatasi REALITI - Penjawat awam berharap income dari part-time bisnes melebihi pendapatan gaji asal.

3) INCOME PART TIME LEBIH TAPI MASIH TIDAK YAKIN - buktinya ialah apabila ada sesetengah penjawat awam yang peroleh income part time lebih dari gaji asal, jadi masih tak berniat nak berhenti kerja juga kerana nak kejar wang pencen yang tak seberapa. Maka Allah sekat rezeki dan jadikan sikap sentiasa tak cukup.

..................


Hal-hal di atas menyekat rezeki yang sedia ada kepada seseorang penjawat awam. Ringkasnya, seseorang penjawat awam sentiasa menaruh harapan begini:

- Duit bisnes pun nak, duit pencen pun nak.

"Allah dah bagi income besar melalui part time, tapi gaji kecik tetap nak sapu sedangkan jika berhenti kerja, ia boleh beri peluang rezeki kepada orang lain yang belum bekerja."

*Maka berlakulah keletihan melampau dalam seharian bekerja. Hari-hari tak cukup tidur.

Tuesday, 29 July 2014

Panduan Beli Kereta di Malaysia

 

 



Jika nak beli kereta di Malaysia, kena faham beberapa tabiat pengeluar kereta. Hal ini tak ramai yg tahu, hatta kaki modified kereta pun tak banyak yang tahu.

Jika beli kereta, pertimbangkan 3 ALASAN BELI:

1) Beli untuk pakai sampai mati dan tak mahu tukar dah kereta lain.

2) Beli untuk pakai tetapi bila ada kereta baru yg harga lebih kurang, rasa nak tukar jugak.

3) Beli untuk pakai sampai habis bayar, kemudian nak tukar kereta lain yg sama harga atau mahal skit.

Untuk ALASAN 1, anda boleh beli apa sahaja kereta yg anda minat.

Untuk ALASAN 2 dan 3, anda perlu pertimbangkan beberapa perkara lain kerana alasan2 ini membuktikan anda akan tukar kereta satu hari kelak.

Untuk ALASAN 2 & 3

Pilih kereta harganya tinggi bila nak tukar kereta lain kelak. Maksudnya, dah lepas 8 tahun guna pun nilai kereta akan tinggi untuk ditukar. Bila tinggi, banyaklah sikit down payment yg boleh dibayar.

Di Malaysia hanya ada beberapa jenama yg tinggi nilainya bila nak trade-in. Iaitu:

1)   Honda
2)   Toyota
3)   Nissan
4)   Perodua

Mengapa PERODUA, bukannya PROTON?

Kerana semua produk PERODUA menggunakan kereta keluaran Daihatsu. Manakala Daihatsu adalah anak syarikat TOYOTA Jepun. Sebab itulah kereta Daihatsu tidak dijual di Malaysia kerana ada perjanjian2 tertentu dlm import-eksport.

Bagaimana dengan jenama2 lain?

Kalau jenama2 lain, ada jugak yg tinggi nilainya seperti AUDI, BMW, MERCEDES dan lain2. Itu semua kategori kereta mewah, dan sentiasa tinggi nilainya. Sy tak bercadang nak cerita di sini.

Nasihat saya, belilah jenama2 di atas. Bila nak tukar kereta lain kelak, mahal sikit kedai nak ambil.

Bagaimana Hyundai dan KIA?

Harganya agak rendah bila nak trade-in kerana ia daripada Korea. Bukannya kereta Korea tak bagus, tetapi pasarannya di Malaysia tidak setanding dgn jenama2 lain. Tetapi jika di Amerika, kereta2 jenama Hyundai dan KIA sangat laku. Ia berbeza ikut negara sebenarnya.

Wednesday, 9 July 2014

Motivasi Berhenti Kerja Kerajaan



Di sini saya ada terjumpa satu blog yg menceritakan bagaimana beliau berhenti kerja kerajaan. Blogger ini seorang arkitek bertauliah dan masih muda.

Dalam artikelnya, saya amat tertarik dengan satu perenggan yang berbunyi ;

"Akhirnya saya menguatkan hati menaip surat perletakkan jawatan dan ia berkuatkuasa pada 10 hari selepas nya. Sememangnya saya dikenakan bayaran ganti rugi bersamaan sebulan gaji. Tapi saya sanggup asal ia dapat membeli kehidupan saya semula. Agar pulih seperti sediakala."

Ia perenggan yang menyentuh hati saya kerana saya juga berniat begitu ketika berhenti kerja dulu. Walaupun saya berjawatan pemangku pengetua tetapi kesibukan kerja telah meranapkan masa lapang saya bersama keluarga.

Banyak info yg boleh anda baca dr blog ini, silalah lawati.

http://khairunnisahamzahara.blogspot.com/2013/06/letak-jawatan.html 

Wednesday, 30 October 2013

Jangan Lupa Kira Matematik Hidup Anda!!

Antara perkara yang terlupa dibuat oleh 90% manusia waras ialah mengira jam-jam waktu seharian. Dan orang yang paling kerap lupa ialah golongan pekerja siswazah.

Perkara apa yang perlu dikira seharian tu?

Perkara-perkara yang perlu dikira ialah:

1.   Waktu bangun tidur sebelum ke tempat kerja.
2.   Tempoh masa keluar dari rumah ke tempat kerja.
3.   Tempoh masa selepas hantar anak dari rumah pengasuh ke tempat kerja.
4.   Waktu pulang dari kerja. Berapa minit yang diambil di atas jalan raya.
5.   Jumlah wang yang dikeluarkan ketika makan di tempat kerja.
6.   Berapa kenaikan gaji tahunan pada kadar prestasi biasa.
7.   Berapa tahun lagi untuk pencen.
8.   Berapa belanja untuk anak anda pada hari raya jika semuanya sudah bersekolah.
9.   Berapa banyak (maksima) anda mampu simpan dalam sebulan. Darabnya dengan 10 tahun.
10. dan macam-macam lagilah.

Semua perkara di atas, anda akan lakukan setiap hari sehingga berumur 56 tahun, atau mungkin lebih.

Jika ANDA bekerja makan gaji (walaupun gred JUSA), anda perlu lakukan kesemua di atas SEUMUR HIDUP anda.

Semua perkara di atas berlaku kepada golongan siswazah yang bekerja. Bayangkan gaji anda RM3000. Gaji isteri anda RM3000 jugak. Adakah anda boleh simpan RM6000 sebulan? Sudah tentu tidak.

Bayangkan anda mampu simpan RM2500.00 sebulan setelah dicampur simpanan isteri dan anda. Maka setahun ialah RM30,000.

Tetapi yang malangnya ialah, ada golongan yang siswazah seperti anda, umur lebih kurang anda, dan tidak perlu buat kesemua 10 perkara di atas tetapi mempunyai pendapatan RM70,000 sebulan. Jika anda dapat mengetahui dan mengenali golongan itu, sudah pasti anda cemburu sakan.

Di mana anda nak kenal golongan ini? Rajin-rajinlah lawat Pesta Buku Antarabangsa, Pameran Usahawan Asas Tani, MOCCIS, dan apa-apa sahaja pameran berkaitan perniagaan. Anda akan jumpa orang yang latar belakangnya seperti anda. Orang-orang biasa saja tetapi pendapatannya BESAR.

Paling anda akan sakit hati ialah apabila anda mengetahui ada sesetengah golongan ini tidak memiliki ijazah dan diploma pun, dan tak pernah masuk universiti. Mereka bukan orang-orang politik, menagih tender kerajaan atau broker tanah. Mereka orang yang mempunyai produk.

Jika mereka boleh, anda juga boleh. Mereka tiada bezanya dengan kita. Yang membezakan hanya cara berfikir.

Tuesday, 11 June 2013

Cara Orang Melayu Cari Kerja : Duduk Saja Dapat Duit!!!

Jika dilakukan analisis, itulah hakikat cara kebanyakan orang Melayu cari kerja. Mereka nakkan sejenis kerja atau bisnes yang 'duduk saja' kemudian dapat duit.

DUDUK SAJA DAPAT DUIT

Ungkapan di atas menyebabkan ramai orang Melayu berpusu-pusu mengejar kerja penjawat awam. Kerana apa? hanya kerana ada PENCEN dan mudah buat LOAN itu ini. Ya, saya sendiri dahulu (10 tahun dahulu), terpesona dengan 2 ungkapan tu: PENCEN dan LOAN (rumah dan keretalah).

Saya terpesona kerana bapa saya pegawai besar kerajaan (kumpulan A), berpangkat Dato' dan macam-macam lagi anugerah PJM, AMN, ntah apa M lagi saya pun tak tau. Tapi itu pemikiran orang dahulu. Pemikiran mereka ialah kerja ada pencen menjamin masa depan.

Disebabkan DUDUK SAJA DAPAT DUIT, maka ramailah orang Melayu sanggup menghinggapi kursus-kursus Jutawan Internet, Jutawan MLM, Jutawan Segera dan macam2 lagi. Mereka sanggup bayar RM300-2000 hanya semata-mata nak tahu cara nak jadi kaya.

Tapi orang Melayu tak sanggup pula pergi kursus-kursus Usahawan yang ditawarkan oleh MITI, Dewan Perniagaan Melayu, Kementerian dan sebagainya. MENGAPA?

Sebab, bila nak jadi usahawan kena buat benda2 ni:

1.   Urus fail sendiri.
2.   Sewa premis kedai.
3.   Cari pekerja sendiri.
4.   Buat audit akaun syarikat.

Jika kerja kerajaan, semua benda2 kat atas Kerani, Pengurus dan pejabat pentadbiran yang uruskan, jadi ia dikira senang.

Disebabkan mitos DUDUK SAJA DAPAT DUIT jugalah ramai orang Melayu kita tertipu dengan berbagai bisnes MLM, ikan keli, lintah dan macam2 binatang lagi yang jadi mangsa. Tapi binatang yang terlibat tu takde dalam senarai Zoo.

Kerja PENCEN adalah salah satu mitos DUDUK SAJA DAPAT DUIT. Orang Melayu suka dapat pencen sebab selepas pencen nanti ramai berangan2 nak duduk saja dan dapat duit bulan2. Jika ada masa lapang, berangan-angan nak kerja sambilan.

Tuesday, 21 May 2013

Adakah kerja anda berjaya membebaskan dari hutang?



Anda pergi kerja pkl 8.00 pg, berkejar-kejaran atas jalan raya, sampai tempat kerja, ikut arahan bos sampai pukul 5.00 petang. Kemudian balik, bersabung nyawa atas jalan raya lagi, kemudian sampai rumah, terlupa plak ambil anak di nursery, kemudian keluar semula, ambil anak. Bila dah ambil, tak pulang rumah lagi sbb nak singgah kedai makan dulu, beli makan malam siap2.

Adakah hari2 anda macam tu. Jika macam tu, adakah anda sanggup hidup selama 20 tahun sebegitu? Yang paling teruk adakah dengan hidup seharian begitu anda berjaya melunaskan hutang PTPTN yg ada, hutang kereta atau rumah?

Ataupun anda berjaya menambah hutang? iaitu :

Hutang rumah (RM150,000) + Hutang kenderaan (RM80,000) + Loan peribadi (RM50,000) = Jumlah (RM280,000).

Hutang rumah adalah paling lama iaitu 20-30 tahun. Ini bermakna, jumlah hutang anda selama bekerja ialah RM280,000. Itu belum kira interest lagi tu.

Jika kerja anda hanya memberi keletihan dan tak berjaya melangsaikan hutang, maka kerja anda sekarang hanyalah sekadar untuk hidup, bukannya bersenang-senang. Itulah penilaiannya.

Friday, 17 May 2013

Pelajar Cemerlang VS Pelajar Sederhana

Semasa menjadi guru dahulu, ada seorang pelajar bertanya satu soalan yg tak mungkin saya lupa. Dia bertanya, "Cikgu, apa kelebihan jadi pelajar cemerlang berbanding pelajar lain?"

Pertanyaan itu sebenarnya tentang masa depan, kerja dan seumpamanya kerana ketika itu saya sedang membebel bab masa depan pelajar. Pelajar yang bertanya tu pelajar lelaki, sederhana sahaja pencapaian tetapi sangat berakhlak dan menghormati guru.

Saya menjawab begini, "Terus terang saya jawab, peluang sama sahaja, kalau ada beza hanya 10 %." Semua pelajar terkejut bila saya jawab macam tu. Mereka bertanya mengapa.

"Saya sebagai guru tidak akan menipu kamu tentang cita-cita dan masa depan bagi suasana sebenar dalam Malaysia ini. Peluang pelajar cemerlang dengan pelajar biasa seperti kamu sama sahaja. Pelajar cemerlang SPM 10A  jika masuk IPT akan tinggal sebilik macam kamu juga. Tiada beza. Mereka tidak akan dapat bilik tidur istimewa."

"Mereka juga kena dapat pinjaman PTPTN macam kamu juga jika masuk IPT. Tiada beza. Kecualilah jika sampai masuk TV dan surat khabar. Habis kuat pun kamu akan terima tawaran ke luar negara."

"Selepas tamat belajar, mereka juga kena cari kerja. Kerja tak akan datang sendiri. Hatta Bill Gates yang genius matematik itu juga cari kerja sendiri."

"Yang paling penting, ketika sudah tamat belajar. Tidak ada pelajar cemerlang Malaysia, bila tamat belajar terus jadi bos, pegawai besar bila masuk kerja. Ia pemikiran yang perlu kamu buang. Ia satu mitos." Saya beritahu dengan tegas.

"Masuk IPT tu perlu sebagai membalas jasa ibu bapa kita yang berpenat lelah memberi wang setiap hari. Tetapi penat lelah ibu bapa akan lebih terubat jika kamu semua ada pendapatan RM10,000 lebih sebulan."

Pelajar-pelajar saya sangat bersemangat mendengar tu. Pada tahap pemikiran mereka itu, soalan yang mereka tanya ialah, "Kerja apa cikgu RM10 ribu sebulan?" Saya memang dah agak soalan tu. Tapi kalau orang dewasa, mereka tak akan tanya, "Kerja apa?", orang dewasa akan tanya, "Macam mana nak dapat?"

Saya jawab, "Berbisneslah, maksudnya kamu ada perniagaan sendiri, pekerja sendiri dan syarikat sendiri.Ingat dalam dunia sebenar, bila kamu dewasa kelak, perkara paling penting sekali bukan jenis pekerjaan tetapi berapa pendapatan sebulan yang berjaya kamu dapat."

Dalam industri buku ada yang berpendapatan RM250,000 sebulan sehingga RM600,000 sebulan. Saya tidak mahu beritahu siapa kerana ia mendedahkan maklumat. Mereka tak terkenal tapi syarikat mereka memang terkenal seluruh Malaysia.

Dalam dunia sebenar, perkara yang paling penting ialah berapa pendapatan sebulan yang diperolehi.

Friday, 18 May 2012

Berhenti kerja kerajaan jadi editor

Assalamu'alaikum,

Kali ni topik agak lain skit tapi sekadar nak suntik semangat golongan2 yg cuba nak buat kerja sendiri dari makan gaji.

Dulu saya bergelar guru di sebuah sekolah menengah. Dipendekkan cerita, timbullah seru 'perlu' resign kerja sebab nak fokus pada business. Income lebih daripada stabil dan mengalahkan JUSA C atau orang panggil jawatan premier kot. Jadi kalau diteruskan juga jadi guru umpama orang kaya yang tamak harta anak yatimlah.

Selalu sebelum berhenti kerja, perkara tu lah yang bermain dalam kepala. Mana taknya, side income dan jadi main income. Gaji dalam akaun jarang terusik. Jadi takut dimurkai Allah (...tuhan dah bagi side income banyak2 tapi gaji 2 ribu hang nak sapu lagi...) saya pun ambik keputusan resign dengan notis 3 bulan.

Kerja saya senang, kadang-kadang susah sedikit. Ambil manuskrip, edit, ubahsuai dan susun semula jadi bentuk buku. Kerja camni kena pandai guna MS Publisher, Adobe InDesing dan Photoshop. Susah skit bagi orang yang tak mahir komputer. Tapi income bulanan saya minima 15 ribu. Alhamdulillah.

Kalau nak berhenti kerja kerajaan kena bagi notis awal, mesti ikut Perintah Am Bab 61 (a) iaitu 3 bulan notis atau bayar sebulan gaji sebagai pengganti notis.

Sesetengah orang pula walaupun dah ada side income 10 ribu lebih tapi masih kerja kerajaan, mungkin sebab nakkan pencen kot. Atau bolehlah diringkaskan side income yang banyak tu sebenarnya tak stabil dan boleh berhenti bila-bila masa sahaja.

Saya bukan berhenti secara mengejut, memang dah rancang setahun sebelum tu lagi. Memandangkan saya ada personal loan dengan BSN melalui potongan gaji maka saya hubungi dahulu pihak BSN. Saya bercakap dengan manager bahagian kredit loan minta tukar status potongan gaji kepada status bayar secara manual. Maksudnya bulan kena pergi bank masuk duit untuk bayar loan.

Jadi saya diberitahu manager tu, agreement lama masih kekal just sambung je bayaran melalui bank-in. Saya pun rasa lega. Saya tanya lagi adakah interest loan akan berubah jika saya berhenti kerajaan? manager tu kata tidak, yang penting bayaran bulanan jangan putus. Cuma yang mudahnya saya berhenti mungkin sebab saya pilih KWSP bukan berpencen kot.

Tapi setahu saya bagi penjawat awam yang berjawatan pencen kalau minta berhenti kerja lagi la kerajaan suka sebab, kerajaan dah jimat duit dan tak payah bayar pencen. Bagi sapa2 yang nak berhenti kerja kerajaan saya nasihatkan, makesure ada income lain atau business yang betul2 bagi duit poket lebih dari makan gaji. InsyaAllah, tuhan akan tolong.

Sebenarnya, kepada sesiapa yang nak berhenti kerja tak payahlah tanya pendapat orang. Kalau kita tanya kat orang yang suka makan gaji tapi tak suka busines, mereka akan kata berhenti kerajaan rugi. Kalau tanya kat orang busines, mereka kata berhenti pun takpa asalkan ada income lain yang stabil.

Yang penting tanya diri sendiri dan keluarga, mampukah survive dengan income sendiri?.

-Affendi

PERHATIAN : Saya banyak terima emel minta contoh surat berhenti, tapi bila saya emel, emel tu patah balik dan keluar error (emel tak wujud). Jd bagi sape-sape yg nak surat tu elok minta melalui emel saya. Kala tulis emel dalam ruang komen, mgkin takut tersilap huruf plak. Emel saya, jutawanpena11@gmail.com