Semasa menjadi guru dahulu, ada seorang pelajar bertanya satu soalan yg tak mungkin saya lupa. Dia bertanya, "Cikgu, apa kelebihan jadi pelajar cemerlang berbanding pelajar lain?"
Pertanyaan itu sebenarnya tentang masa depan, kerja dan seumpamanya kerana ketika itu saya sedang membebel bab masa depan pelajar. Pelajar yang bertanya tu pelajar lelaki, sederhana sahaja pencapaian tetapi sangat berakhlak dan menghormati guru.
Saya menjawab begini, "Terus terang saya jawab, peluang sama sahaja, kalau ada beza hanya 10 %." Semua pelajar terkejut bila saya jawab macam tu. Mereka bertanya mengapa.
"Saya sebagai guru tidak akan menipu kamu tentang cita-cita dan masa depan bagi suasana sebenar dalam Malaysia ini. Peluang pelajar cemerlang dengan pelajar biasa seperti kamu sama sahaja. Pelajar cemerlang SPM 10A jika masuk IPT akan tinggal sebilik macam kamu juga. Tiada beza. Mereka tidak akan dapat bilik tidur istimewa."
"Mereka juga kena dapat pinjaman PTPTN macam kamu juga jika masuk IPT. Tiada beza. Kecualilah jika sampai masuk TV dan surat khabar. Habis kuat pun kamu akan terima tawaran ke luar negara."
"Selepas tamat belajar, mereka juga kena cari kerja. Kerja tak akan datang sendiri. Hatta Bill Gates yang genius matematik itu juga cari kerja sendiri."
"Yang paling penting, ketika sudah tamat belajar. Tidak ada pelajar cemerlang Malaysia, bila tamat belajar terus jadi bos, pegawai besar bila masuk kerja. Ia pemikiran yang perlu kamu buang. Ia satu mitos." Saya beritahu dengan tegas.
"Masuk IPT tu perlu sebagai membalas jasa ibu bapa kita yang berpenat lelah memberi wang setiap hari. Tetapi penat lelah ibu bapa akan lebih terubat jika kamu semua ada pendapatan RM10,000 lebih sebulan."
Pelajar-pelajar saya sangat bersemangat mendengar tu. Pada tahap pemikiran mereka itu, soalan yang mereka tanya ialah, "Kerja apa cikgu RM10 ribu sebulan?" Saya memang dah agak soalan tu. Tapi kalau orang dewasa, mereka tak akan tanya, "Kerja apa?", orang dewasa akan tanya, "Macam mana nak dapat?"
Saya jawab, "Berbisneslah, maksudnya kamu ada perniagaan sendiri, pekerja sendiri dan syarikat sendiri.Ingat dalam dunia sebenar, bila kamu dewasa kelak, perkara paling penting sekali bukan jenis pekerjaan tetapi berapa pendapatan sebulan yang berjaya kamu dapat."
Dalam industri buku ada yang berpendapatan RM250,000 sebulan sehingga RM600,000 sebulan. Saya tidak mahu beritahu siapa kerana ia mendedahkan maklumat. Mereka tak terkenal tapi syarikat mereka memang terkenal seluruh Malaysia.
Dalam dunia sebenar, perkara yang paling penting ialah berapa pendapatan sebulan yang diperolehi.
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete