Showing posts with label berhenti kerajaan. Show all posts
Showing posts with label berhenti kerajaan. Show all posts

Wednesday, 22 October 2014

Jangan Guna Emel Jabatan Untuk Berurusan Peribadi



PERHATIAN!  PERHATIAN!  PERHATIAN!

Hampir setiap hari, ada saja yang meminta contoh surat berhenti kerajaan. Tapi saya nak minta tolong satu perkara.

Sesiapa yang nak minta saya emelkan "SURAT BERHENTI KERAJAAN", harap dapat berikan saya emel dari server-server international seperti yahoo.com, gmail.com atau apa-apa saja.

JANGAN guna emel syarikat, sekolah, jabatan atau kementerian. Maksud saya emel yang dibelakang simbol @ ada tertulis begini....

nama_anda@abc.gov.my
nama_anda@abc.edu.my
nama_anda@abc.org

MENGAPA

Semua emel-emel ni boleh dibaca oleh pegawai Teknologi Maklumat tuan atau Guru Komputer sekolah anda atau sesiapa sahaja individu yang bertanggungjawab mengurus laman web organisasi tempat kerja tuan sama ada swasta atau kerajaan.

Apa sahaja password yang anda reka, semuanya boleh dibuka dan dibaca!!

Saturday, 21 December 2013

Bukti jutawan sebenar

Bila buka internet, ramai orang mengaku jutawan. Kemudian, disamping mengaku jutawan, ada yg promosikan produk2 mereka dan kursus2 jutawan.  Ada yg lebih teruk lagi bergambar dgn duit tunai dan kereta mewah2 (biasanya BMW).

Adakah jutawan benar2 bersikap macam tu?

Tidak. Sikap sebenar orang banyak duit ialah "lebih banyak duit dia dapat, lebih senyap dia dari orang lain." Itulah hakikatnya yang sebenar.

Biasanya orang yang takde duitlah sibuk mencanang ke sana ke mari apa yg diperolehnya. Jadi janganlah kita terpengaruh dgn sikap demikian.

Apa bukti jutawan sebenar?

Ramai orang mengaku jutawan termasuk bisnesman tapi ada 2 perkara yg tak dapat dibuktikan. Ada dua bukti yang boleh ditunjukkan:

1) Firma audit
2) Penyata cukai syarikat / individu (LHDN)

Mana2 yg memiliki syarikat wajib mempunyai firma audit lantikan bagi menguruskan kewangan tahunan dan bayaran cukai. Bayaran kos perkhidmatan firma audit dikira tahunan. Ada juga dikira bulanan. Jika benar syarikat itu jutawan, maklumkan kpd orang ramai firma audit yg digunakan.

(Saya akan jelaskan di artikel lain cara nak berurusan dgn firma audit)

(Biasanya pelajar akaun IPT yg praktikum, akan praktikum di firma2 audit swasta, mereka juga mempunyai maklumat ttg sykt yg benar2 pemiliknya millionaire)

Jika seseorang itu jutawan tetapi tak bayar cukai (termasuk zakat), maka ada masalahlah dgn wang tersebut. Mungkin black money.

(Jangan kiralah orang kampung jual tanah juta2, itu bukan bisnes, itu nasib. Sekarang kita kira org yg buat bisnes produk, service dan sebagainya.)

Wednesday, 30 October 2013

Jangan Lupa Kira Matematik Hidup Anda!!

Antara perkara yang terlupa dibuat oleh 90% manusia waras ialah mengira jam-jam waktu seharian. Dan orang yang paling kerap lupa ialah golongan pekerja siswazah.

Perkara apa yang perlu dikira seharian tu?

Perkara-perkara yang perlu dikira ialah:

1.   Waktu bangun tidur sebelum ke tempat kerja.
2.   Tempoh masa keluar dari rumah ke tempat kerja.
3.   Tempoh masa selepas hantar anak dari rumah pengasuh ke tempat kerja.
4.   Waktu pulang dari kerja. Berapa minit yang diambil di atas jalan raya.
5.   Jumlah wang yang dikeluarkan ketika makan di tempat kerja.
6.   Berapa kenaikan gaji tahunan pada kadar prestasi biasa.
7.   Berapa tahun lagi untuk pencen.
8.   Berapa belanja untuk anak anda pada hari raya jika semuanya sudah bersekolah.
9.   Berapa banyak (maksima) anda mampu simpan dalam sebulan. Darabnya dengan 10 tahun.
10. dan macam-macam lagilah.

Semua perkara di atas, anda akan lakukan setiap hari sehingga berumur 56 tahun, atau mungkin lebih.

Jika ANDA bekerja makan gaji (walaupun gred JUSA), anda perlu lakukan kesemua di atas SEUMUR HIDUP anda.

Semua perkara di atas berlaku kepada golongan siswazah yang bekerja. Bayangkan gaji anda RM3000. Gaji isteri anda RM3000 jugak. Adakah anda boleh simpan RM6000 sebulan? Sudah tentu tidak.

Bayangkan anda mampu simpan RM2500.00 sebulan setelah dicampur simpanan isteri dan anda. Maka setahun ialah RM30,000.

Tetapi yang malangnya ialah, ada golongan yang siswazah seperti anda, umur lebih kurang anda, dan tidak perlu buat kesemua 10 perkara di atas tetapi mempunyai pendapatan RM70,000 sebulan. Jika anda dapat mengetahui dan mengenali golongan itu, sudah pasti anda cemburu sakan.

Di mana anda nak kenal golongan ini? Rajin-rajinlah lawat Pesta Buku Antarabangsa, Pameran Usahawan Asas Tani, MOCCIS, dan apa-apa sahaja pameran berkaitan perniagaan. Anda akan jumpa orang yang latar belakangnya seperti anda. Orang-orang biasa saja tetapi pendapatannya BESAR.

Paling anda akan sakit hati ialah apabila anda mengetahui ada sesetengah golongan ini tidak memiliki ijazah dan diploma pun, dan tak pernah masuk universiti. Mereka bukan orang-orang politik, menagih tender kerajaan atau broker tanah. Mereka orang yang mempunyai produk.

Jika mereka boleh, anda juga boleh. Mereka tiada bezanya dengan kita. Yang membezakan hanya cara berfikir.

Friday, 20 September 2013

Pangkat Besar Atau Gaji Besar?

Mana yang lebih penting, pangkat besar atau gaji besar?

Ada dua jawapan, jika diletakkan pada situasi kerja makan gaji, gaji besar lebih diutamakan berbanding pangkat kerana dalam organisasi, pekerja lebih suka kerja yang kurang tanggungjawab dan lebih imbuhan bulanan.

Dalam organisasi (swasta atau kerajaan), pangkat besar bermaksud lebih 'kurang' masa bersama keluarga dan di rumah. Kena sentiasa bersedia hadapi pelbagai kekangan kerja. Kena bersedia 'dimaki' oleh bos besar dan bersedia di komplen oleh staf bawahan.

Tapi dalam organisasi yang dibina sendiri iaitu di mana kita sendiri menjadi taukeh, maka pangkat telah sentiasa ada iaitu 'General Manager' walaupun bisnes jual keropok lekor. Cuma gaji pula bergantung kepada saiz bisnes yang dibuat, lebih luas pasaran lebih luaslah pendapatan.

Perbezaan General Manager kerja sendiri dengan Pegawai Besar kerajaan ialah, waktu bekerja GM kerja boleh ditentukan sendiri tetapi Pegawai Besar adalah sebaliknya.

Tuesday, 21 May 2013

Adakah kerja anda berjaya membebaskan dari hutang?



Anda pergi kerja pkl 8.00 pg, berkejar-kejaran atas jalan raya, sampai tempat kerja, ikut arahan bos sampai pukul 5.00 petang. Kemudian balik, bersabung nyawa atas jalan raya lagi, kemudian sampai rumah, terlupa plak ambil anak di nursery, kemudian keluar semula, ambil anak. Bila dah ambil, tak pulang rumah lagi sbb nak singgah kedai makan dulu, beli makan malam siap2.

Adakah hari2 anda macam tu. Jika macam tu, adakah anda sanggup hidup selama 20 tahun sebegitu? Yang paling teruk adakah dengan hidup seharian begitu anda berjaya melunaskan hutang PTPTN yg ada, hutang kereta atau rumah?

Ataupun anda berjaya menambah hutang? iaitu :

Hutang rumah (RM150,000) + Hutang kenderaan (RM80,000) + Loan peribadi (RM50,000) = Jumlah (RM280,000).

Hutang rumah adalah paling lama iaitu 20-30 tahun. Ini bermakna, jumlah hutang anda selama bekerja ialah RM280,000. Itu belum kira interest lagi tu.

Jika kerja anda hanya memberi keletihan dan tak berjaya melangsaikan hutang, maka kerja anda sekarang hanyalah sekadar untuk hidup, bukannya bersenang-senang. Itulah penilaiannya.

Friday, 17 May 2013

Pelajar Cemerlang VS Pelajar Sederhana

Semasa menjadi guru dahulu, ada seorang pelajar bertanya satu soalan yg tak mungkin saya lupa. Dia bertanya, "Cikgu, apa kelebihan jadi pelajar cemerlang berbanding pelajar lain?"

Pertanyaan itu sebenarnya tentang masa depan, kerja dan seumpamanya kerana ketika itu saya sedang membebel bab masa depan pelajar. Pelajar yang bertanya tu pelajar lelaki, sederhana sahaja pencapaian tetapi sangat berakhlak dan menghormati guru.

Saya menjawab begini, "Terus terang saya jawab, peluang sama sahaja, kalau ada beza hanya 10 %." Semua pelajar terkejut bila saya jawab macam tu. Mereka bertanya mengapa.

"Saya sebagai guru tidak akan menipu kamu tentang cita-cita dan masa depan bagi suasana sebenar dalam Malaysia ini. Peluang pelajar cemerlang dengan pelajar biasa seperti kamu sama sahaja. Pelajar cemerlang SPM 10A  jika masuk IPT akan tinggal sebilik macam kamu juga. Tiada beza. Mereka tidak akan dapat bilik tidur istimewa."

"Mereka juga kena dapat pinjaman PTPTN macam kamu juga jika masuk IPT. Tiada beza. Kecualilah jika sampai masuk TV dan surat khabar. Habis kuat pun kamu akan terima tawaran ke luar negara."

"Selepas tamat belajar, mereka juga kena cari kerja. Kerja tak akan datang sendiri. Hatta Bill Gates yang genius matematik itu juga cari kerja sendiri."

"Yang paling penting, ketika sudah tamat belajar. Tidak ada pelajar cemerlang Malaysia, bila tamat belajar terus jadi bos, pegawai besar bila masuk kerja. Ia pemikiran yang perlu kamu buang. Ia satu mitos." Saya beritahu dengan tegas.

"Masuk IPT tu perlu sebagai membalas jasa ibu bapa kita yang berpenat lelah memberi wang setiap hari. Tetapi penat lelah ibu bapa akan lebih terubat jika kamu semua ada pendapatan RM10,000 lebih sebulan."

Pelajar-pelajar saya sangat bersemangat mendengar tu. Pada tahap pemikiran mereka itu, soalan yang mereka tanya ialah, "Kerja apa cikgu RM10 ribu sebulan?" Saya memang dah agak soalan tu. Tapi kalau orang dewasa, mereka tak akan tanya, "Kerja apa?", orang dewasa akan tanya, "Macam mana nak dapat?"

Saya jawab, "Berbisneslah, maksudnya kamu ada perniagaan sendiri, pekerja sendiri dan syarikat sendiri.Ingat dalam dunia sebenar, bila kamu dewasa kelak, perkara paling penting sekali bukan jenis pekerjaan tetapi berapa pendapatan sebulan yang berjaya kamu dapat."

Dalam industri buku ada yang berpendapatan RM250,000 sebulan sehingga RM600,000 sebulan. Saya tidak mahu beritahu siapa kerana ia mendedahkan maklumat. Mereka tak terkenal tapi syarikat mereka memang terkenal seluruh Malaysia.

Dalam dunia sebenar, perkara yang paling penting ialah berapa pendapatan sebulan yang diperolehi.

Thursday, 11 April 2013

Penulis Buku: Satu-satunya bisnes di Malaysia yang paling cepat jadi kaya

Di Malaysia dan seluruh dunia, bisnes paling cepat jadi kaya dalam masa setahun ialah 'menerbitkan buku'. Ia bisnes profesional yang diiktiraf seluruh dunia. Ia bergantung sepenuhnya kepada idea walaupun anda tak mahir komputer skala tinggi.

Bisnes internet pun tak boleh lawan termasuklah google adsense, jualan online dan sebagainya. Apakah kelebihan menjadi penulis sepenuh masa?

Penulis buku ada kelebihan-kelebihan berikut:

1) Boleh duduk di rumah 24 jam.
2) Tidak perlu fikir soal promosi buku.
3) Tidak perlu kemahiran komputer yang tinggi. Cukup sekadar mashir WORD.
4) Jika buku anda terkenal, anda menjadi rebutan pula dari penerbit-penerbit lain.
5) Walaupun hanya 1 buku, keuntungan royalti buku boleh diwarisi sehingga anak cucu.
6) Jika buku anda luar biasa, ia akan difilemkan - dapat lagi royalti percuma.
7) Anda tak perlu fikir cara nak reka cover buku.
8) Anda tak perlu berurusan dengan pemborong dan pengedar.
9) Kerja anda sehari-hari hanya cari idea yang bernas.
10) Masa yg terluang dapat pula membuat menjalankan bisnes lain.

Antara faktor itulah menyebabkan sejauh mana pun kaya seseorang itu, walaupun bertahap billionaire, mereka cuba menulis buku sendiri. Cuba cari billionaire yang tiada buku.

Orang kata bisnes internet lebih laju income sebab ramai guna internet. Salah. Saya berani sanggah kenyataan itu. Mentaliti penduduk Malaysia tak sama macam Amerika dan Eropah. Di barat, nak beli kereta pun dah pakai internet, hal2 macam tu belum sampai lagi di Malaysia.

Jadi bagi yang memilih jalan menulis buku, jangan bimbang, bisnes jenis ini memang relevan.

Friday, 18 May 2012

Berhenti kerja kerajaan jadi editor

Assalamu'alaikum,

Kali ni topik agak lain skit tapi sekadar nak suntik semangat golongan2 yg cuba nak buat kerja sendiri dari makan gaji.

Dulu saya bergelar guru di sebuah sekolah menengah. Dipendekkan cerita, timbullah seru 'perlu' resign kerja sebab nak fokus pada business. Income lebih daripada stabil dan mengalahkan JUSA C atau orang panggil jawatan premier kot. Jadi kalau diteruskan juga jadi guru umpama orang kaya yang tamak harta anak yatimlah.

Selalu sebelum berhenti kerja, perkara tu lah yang bermain dalam kepala. Mana taknya, side income dan jadi main income. Gaji dalam akaun jarang terusik. Jadi takut dimurkai Allah (...tuhan dah bagi side income banyak2 tapi gaji 2 ribu hang nak sapu lagi...) saya pun ambik keputusan resign dengan notis 3 bulan.

Kerja saya senang, kadang-kadang susah sedikit. Ambil manuskrip, edit, ubahsuai dan susun semula jadi bentuk buku. Kerja camni kena pandai guna MS Publisher, Adobe InDesing dan Photoshop. Susah skit bagi orang yang tak mahir komputer. Tapi income bulanan saya minima 15 ribu. Alhamdulillah.

Kalau nak berhenti kerja kerajaan kena bagi notis awal, mesti ikut Perintah Am Bab 61 (a) iaitu 3 bulan notis atau bayar sebulan gaji sebagai pengganti notis.

Sesetengah orang pula walaupun dah ada side income 10 ribu lebih tapi masih kerja kerajaan, mungkin sebab nakkan pencen kot. Atau bolehlah diringkaskan side income yang banyak tu sebenarnya tak stabil dan boleh berhenti bila-bila masa sahaja.

Saya bukan berhenti secara mengejut, memang dah rancang setahun sebelum tu lagi. Memandangkan saya ada personal loan dengan BSN melalui potongan gaji maka saya hubungi dahulu pihak BSN. Saya bercakap dengan manager bahagian kredit loan minta tukar status potongan gaji kepada status bayar secara manual. Maksudnya bulan kena pergi bank masuk duit untuk bayar loan.

Jadi saya diberitahu manager tu, agreement lama masih kekal just sambung je bayaran melalui bank-in. Saya pun rasa lega. Saya tanya lagi adakah interest loan akan berubah jika saya berhenti kerajaan? manager tu kata tidak, yang penting bayaran bulanan jangan putus. Cuma yang mudahnya saya berhenti mungkin sebab saya pilih KWSP bukan berpencen kot.

Tapi setahu saya bagi penjawat awam yang berjawatan pencen kalau minta berhenti kerja lagi la kerajaan suka sebab, kerajaan dah jimat duit dan tak payah bayar pencen. Bagi sapa2 yang nak berhenti kerja kerajaan saya nasihatkan, makesure ada income lain atau business yang betul2 bagi duit poket lebih dari makan gaji. InsyaAllah, tuhan akan tolong.

Sebenarnya, kepada sesiapa yang nak berhenti kerja tak payahlah tanya pendapat orang. Kalau kita tanya kat orang yang suka makan gaji tapi tak suka busines, mereka akan kata berhenti kerajaan rugi. Kalau tanya kat orang busines, mereka kata berhenti pun takpa asalkan ada income lain yang stabil.

Yang penting tanya diri sendiri dan keluarga, mampukah survive dengan income sendiri?.

-Affendi

PERHATIAN : Saya banyak terima emel minta contoh surat berhenti, tapi bila saya emel, emel tu patah balik dan keluar error (emel tak wujud). Jd bagi sape-sape yg nak surat tu elok minta melalui emel saya. Kala tulis emel dalam ruang komen, mgkin takut tersilap huruf plak. Emel saya, jutawanpena11@gmail.com