Showing posts with label pengedar. Show all posts
Showing posts with label pengedar. Show all posts

Friday, 17 October 2014

Buku Baru dari Wan Kamarul Ariffin

"SEKADAR CETUSAN IDEA"


"BIAR SEDIKIT ASAL DIBERKATI"


Kedua-dua buku ini adalah tulisan salah seorang pembaca blog jutawanpena iaitu En. Wan Kamarul Ariffin. Beliau menulis dan menerbit sendiri buku ini.

Bagi mana-mana pengedar, pemborong, guru perpustakaan atau pekedai yang ingin menempah terus melalui beliau, boleh dihubungi melalui emelnya

wan_kamarul@usa.com



Thursday, 30 May 2013

Review Pesta Buku Selangor 2013


PBS 2013 yang saya pergi baru2 ni, agak biasa dan sama suasananya seperti tahun lepas. Cuma bezanya, kali ni di tengah-tengah dewan tu ada perkhidmatan urut kaki refleksologi lelaki dan wanita. Susunan ruang juga sama seperti tahun lepas cuma bahagian tengah disediakan beberapa set sofa untuk pengunjung duduk.

Rata-rata sambutan agak menggalakkan walaupun pada cuti sekolah. Ketika saya pergi pada waktu tengahari iaitu ketika orang ramai masih banyak yg bekerja, keadaan dlm dewan juga agak ramai. Selain itu ada pertandingan kuiz untuk kanak2 sekolah rendah sedang berlangsung.

Secara kesimpulannya, pesta buku kali ini dilakukan dengan baik. Program-program bersama pengunjung yang diatur sepanjang pesta buku juga berjaya menarik kehadiran orang ramai.




















Tuesday, 14 May 2013

Pesta Buku Antarabangsa 2013: Rungutan Kurang Pengunjung

Pesta buku yang baru berlangsung di PWTC baru-baru ni memang meriah bagi para pengunjung. Terdapat pelbagai aktiviti yang disediakan setiap hari sepanjang tempoh pesta. Tetapi itu bagi pengunjung.

Bagi penerbit dan pengedar buku pula, ia antara terburuk dalam sejarah Pesta Buku. Ramai penerbit & pengedar merungut tentang hal yang sama iaitu pengunjung kurang. Jika tidak disebabkan budak-budak sekolah yang datang berbelas-belas bas, maka 'hancur' lah pesta tersebut.

Sama ada pesta buku itu menguntungkan atau tidak hanya penerbit dan pengedar yang dapat menjawab. Berdasarkan tinjauan saya dan rakan-rakan lain, dan hasil perbualan dengan pengedar-pengedar, kesemuanya merungut hal yang sama. Mereka rugi dari segi kos sewa dan promosi.

Punca utama ialah kelewatan PM mengumumkan tarikh pilihanraya. Sedangkan tarikh pesta buku 2013 telah pun ditetapkan sebelum Disember 2012 lagi. Apabila diumumkan, tiba2 betul2 kena masa Pesta Buku. Penyewa-penyewa booth tak dapat elak dari pesta kerana sewa telah ditempah awal dan persiapan telah dibuat.

Sewa booth yang berapa besar tu lebih kurang Rm5000. Tapi takkan nak ambil satu booth sedangkan buku yang nak dijual ada lebih 100 tajuk. Ini memeningkan banyak pihak.

Terdapat juga penerbit & pengedar yang mengambil inisiatif menyewakan semula booth yang mereka ambil. Biasanya tindakan ini dilakukan oleh penerbit2 & pengedar2 besar. Saya dapati nama pada booth adalah nama penyewa sebenar tetapi orang yang menjual pula syarikat lain. Ini mungkin strategi nak jimat kos.

Buku Bestseller Penyelamat Pesta Buku

Dalam situasi ni, ramai penyewa booth mengatakan hanya buku status bestseller saja yg mampu mengatasi masalah ni atau setidak-tidaknya boleh menampung kos sewa sepanjang pesta. Buku2 lain terpaksa diletakkan saja, nasiblah, kalau ada yang berkenaan, pengunjung akan ambil. Kalau tak berkenaan, jangankan nak belek2, nak sentuh pun tidak.

Apa pun, sepanjang pesta ini saya dapati, ia satu pengajaran kepada penerbit & pengedar iaitu walaupun persiapan dan target telah ditetapkan tetapi akhirnya faktor luaran tak dijangka akan jadi penyebab kepada kemerosotan jualan iaitu politik.

Sehingga artikel ini ditulis, saya belum dapat lagi analisis2 rawak antara buku terlaris di pesta buku. Jika saya dapat, saya akan posting di blog ini. InsyaAllah.

Thursday, 11 April 2013

Penulis Buku: Satu-satunya bisnes di Malaysia yang paling cepat jadi kaya

Di Malaysia dan seluruh dunia, bisnes paling cepat jadi kaya dalam masa setahun ialah 'menerbitkan buku'. Ia bisnes profesional yang diiktiraf seluruh dunia. Ia bergantung sepenuhnya kepada idea walaupun anda tak mahir komputer skala tinggi.

Bisnes internet pun tak boleh lawan termasuklah google adsense, jualan online dan sebagainya. Apakah kelebihan menjadi penulis sepenuh masa?

Penulis buku ada kelebihan-kelebihan berikut:

1) Boleh duduk di rumah 24 jam.
2) Tidak perlu fikir soal promosi buku.
3) Tidak perlu kemahiran komputer yang tinggi. Cukup sekadar mashir WORD.
4) Jika buku anda terkenal, anda menjadi rebutan pula dari penerbit-penerbit lain.
5) Walaupun hanya 1 buku, keuntungan royalti buku boleh diwarisi sehingga anak cucu.
6) Jika buku anda luar biasa, ia akan difilemkan - dapat lagi royalti percuma.
7) Anda tak perlu fikir cara nak reka cover buku.
8) Anda tak perlu berurusan dengan pemborong dan pengedar.
9) Kerja anda sehari-hari hanya cari idea yang bernas.
10) Masa yg terluang dapat pula membuat menjalankan bisnes lain.

Antara faktor itulah menyebabkan sejauh mana pun kaya seseorang itu, walaupun bertahap billionaire, mereka cuba menulis buku sendiri. Cuba cari billionaire yang tiada buku.

Orang kata bisnes internet lebih laju income sebab ramai guna internet. Salah. Saya berani sanggah kenyataan itu. Mentaliti penduduk Malaysia tak sama macam Amerika dan Eropah. Di barat, nak beli kereta pun dah pakai internet, hal2 macam tu belum sampai lagi di Malaysia.

Jadi bagi yang memilih jalan menulis buku, jangan bimbang, bisnes jenis ini memang relevan.

Saturday, 29 December 2012

Panduan Memilih Pengedar Buku

Bagi penulis-penulis Self Publisher, masalah utama ialah mencari pengedar buku yang sanggup mengambil buku untuk diedarkan ke kedai-kedai buku. Sepanjang pengalaman saya, Self-Publisher akan mempertimbangkan ciri-ciri berikut kepada pengedar:

1) Pengedar yang mempunyai sistem rangkaian seluruh Malaysia.
2) Pengedar yang mempunyai link dengan kedai buku POPULAR, MPH, BORDER dan KINOKUNIYA.
3) Pengedar yang mempunyai link dengan peniaga-peniaga pasar malam.
4) Pengedar yang mempunyai data analisis pencapaian jualan.
5) Pengedar yang jujur dan tidak cetak rompak buku.
6) Pengedar membenarkan penerbit yang menggunakan khidmatnya membuat tinjauan di stor buku pada bila-bila masa.

Daripada kesemua 5 ciri-ciri di atas, ciri ke-5 dan ke-6 adalah yang paling susah untuk didapati. Hampir 80% pengedar-pengedar besar seluruh Malaysia berpotensi mencetak rompak buku anda jika didapati ia bestseller.

(Gambar hiasan) Khabarnya pemilik kedai buku ini seorang siswazah OKU. Lawati blognya.

Maksud cetak rompak ialah, pengedar meminta softcopy buku anda atau menyuruh mana-mana tokey kilang cetak mengklon buku anda tanpa pengetahuan anda.

Sebagai Self-Publisher anda mempunyai dua pilihan dengan pengedar:

1) Anda mencetak sendiri buku dan mahu buku diedar oleh pengedar besar ke seluruh Malaysia.
2) Anda hanya menerbit buku, pengedar akan membantu anda mencetak dan mengedar buku anda ke seluruh Malaysia.

Untuk pilihan pertama, anda perlu ada modal sendiri. Contohnya, jika anda cetak 2000 unit hari ini dan memasuki pasaran seluruh Malaysia minggu depan, dan tiba2 buku anda 'meletup', anda kena cepat-cepat cetak, tak boleh tunggu. Biasanya pengedar akan memberitahu anda dengan segera jika buku anda hanya tinggal 200 unit di stor.

Untuk pilihan kedua, lebih mudah dan jimat wang. Tetapi anda harus beri softcopy kepada pengedar dan memastikan pengedar tersebut jujur dalam menyatakan berapakah jumlah sebenar yang dicetaknya dengan pencetak.


Dalam industri buku di Malaysia, pengedar yang bertalam dua muka dengan mengklon buku-buku bestseller yang menggunakan khidmatnya digelar dengan 2 istilah "Pirates King" atau Putar Alam. Istilah ini hanya digunakan pengedar-pengedar kedai buku indie, kemungkinan penulis-penulis terkenal pun tidak tahu istilah ini. InsyaAllah, saya akan terangkan kedua-dua istilah ini jika ada kesempatan.

Tuesday, 13 December 2011

Bagaimana Mengekalkan Pendapatan Sebulan RM4000

Di sini saya tidak ajar cara menjadi jutawan kerana saya bukan jutawan. Walaupun bukan jutawan, sy tetap mendapat pendapatan dr penerbitan dan suntingan manuskrip lingkungan RM18-25 ribu sebulan.

Bagaimana caranya anda sebagai penulis dan penerbit sendiri mahu mendapat pendapatan minima RM4000 sebulan?

Untuk mendapat pendapatan sebegitu, anda hendaklah memastikan buku anda terjual sebanyak 5000 unit setahun. Dan buku anda hendaklah berharga RM24 hingga RM26.

Sekarang mari kita kira pendapatan anda setelah buku ditolak percent utk pengedar sebanyak 60%.

Maklumat:

  • Harga buku sebuah RM25.00
  • Unit terjual setahun 5000
  • Diskaun utk pengedar 60% dr harga buku.
  • Keuntungan anda, 40% dr harga buku.
Pengiraan:

Harga jualan keseluruhan = Harga buku X bil unit terjual setahun
                                       = RM25 X 5000
                                       = RM125,000

Keuntungan bahagian anda = Harga jualan keseluruhan - (Harga jualan keseluruhan X Diskaun pengedar)
                                         = RM125,000 - (125,000 X 60%)
                                         = RM125,000 - RM75,000
                                         = RM50,000

Jangkaan pendapatan bulanan = Keuntungan bahagian anda / 12 bulan
                                              = RM50,000 / 12 bulan
                                              = RM4166
*Biasanya pengedar membayar selepas 3 bulan. 

Tetapi harus diingat bahawa buku anda mungkin lakunya tidak sama setiap bulan. JIka bulan Januari laku 150 buah manakala bulan februari laku 80 buah, maka bayaran cek biasanya mengikut jumlah unit terjual.

Ada sesetengah pengedar membayar selepas 3 bulan, maksudnya dikumpulkan semua jumlah jualan buku anda selama 3 bulan kemudian dibayar sekali gus dlm bentuk cek.

Jika buku anda kategori bestseller, mungkin laku  dua tiga ribu selama sebulan. Pengedar akan membuat bayaran beransur-ansur kepada anda. Misalnya, jumlah perlu bayar RM30,000 utk 3 bulan terjual. Jadi pengedar akan bayar ansur selama 3 atau 4 kali bayaran. Kalau pengedar tu jenis kaya-raya, mereka akan bayar sekali gus.

Wednesday, 7 December 2011

Kelebihan Buku Status Bestseller

Jika anda ada buku bestseller, anda akan mendapat pelbagai bonus luaran dan dalaman yg tidak dijangka. Antara kelebihan yg anda dpt jika buku anda bestseller ialah:


  1. Pekedai dan pengedar akan membuat bayaran secepat mungkin kpd syarikat anda. Mengapa? mereka bimbang jika bayaran lambat dibuat, mungkin mereka lambat dapat buku baru keluaran syarikat anda apatah lagi buku baru tersebut juga kategori bestseller.
  2. Jika anda ke kedai buku dan memperkenalkan sebagai manager syarikat, pekedai akan layan anda mcm orang besar kerana buku syarikat anda memberi untung kpd mereka.
  3. Jika anda ke kedai buku, pekedai akan sentiasa tanya bilakah buku baru akan dikeluarkan lagi. 
  4. Hubungan anda dgn pekedai-pekedai dan pengedar menjadi akrab dan banyak maklumat rahsia bisnis buku anda akan peroleh melalui mereka-mereka ini.
  5. Kebanyakan pekedai buku skrg ada laman web sendiri. Jika anda memperkenalkan diri anda sbg penulis dan penerbit kpd pekedai, mereka kemungkinan besar suka mengambil gambar anda utk diletakkan di dlm laman web mereka. Secara tak langsung berlakulah promosi.
  6. Anda mudah meminta analisis jualan dr pekedai dan pengedar.
  7. Anda mudah mengetahui genre apakah yg sebenarnya paling laku di pasaran. Anda perlu ingat!! sehebat manapun penulis dan penerbit, pengedar buku lebih arif tentang genre yg laku di pasaran dan maklumat mereka lebih tepat.
  8. Anda mudah mengetahui maklumat buku-buku yg bakal dikeluarkan oleh penerbit-penerbit lain walaupun buku mereka belum terjual di pasaran malahan sebelum dicetak.

Wednesday, 23 November 2011

Penjualan Buku: Kedai Buku Elit Tidak Selaras

Bagi mana-mana penerbit buku sendiri mungkin agak sukar untuk mengedar buku melalui kedai-kedai buku elit seperti Popular dan MPH. Apatah lagi jika anda hanya ada sebuah dua saja buku. Namun begitu, kesukaran mengedar melalui kedai-kedai buku ini dapat diatasi sekiranya anda mengedar melalui pengedar sedia.

Pengedar dan penerbit, adalah lain. Memang ada penerbit yang mengedar sendiri, tetapi padanlah mereka edar sendiri kerana mereka sudah ada berpuluh-puluh judul pelbagai genre. Jadi langkah anda untuk memastikan buku anda dijual di dalam kedai Popular dan MPH ialah;

1. Cari pengedar buku otai yang kerjanya mengedar sahaja. Biasanya ada di area Batu Caves.
2. Pastikan pengedar itu mengemukakan perjanjian bertulis percent keuntungan. Jika mereka minta 60%, anda perlu pertimbangkan dan anda masih tak rugi kerana anda sendiri yang mencetak dan menerbit.
3. Yakinkan pengedar tersebut buku anda memang boleh laku. Biasanya pengedar suka buku yang boleh laku  minima 1000 unit setahun.

Sesetengah orang kata kedai buku elit hanya terima penerbit besar atau penerbit yang ada minima 10 judul untuk dijual di kedai-kedai mereka, betulkah begitu?

Tidak. Walaupun memang ada. Misalnya, kedai buku POPULAR yang terdapat seluruh negara. Jika anda ada buku dan pergi ke ibu pejabatnya di Wisma Asma, Kuala Lumpur (depan Taman Conaught). Mereka akan bagi syarat sekurang-kurangnya 10 judul.

Tapi jangan bimbang. Keputusan untuk mengedar buku di semua kedai POPULAR seluruh Malaysia bukan di buat oleh HQ di Kuala Lumpur. Ia terpulang kepada cawangan Utara, Tengah dan Selatan. HQ POPULAR di KL hanya membuat keputusan utk kedai-kedainya di negeri-ngeri bahagian Tengah manakala Utara pula keputusannya di Kedai POPULAR Pulau Pinang.

Jadi jika HQ tidak terima, anda hendaklah menghubungi cawangan-cawangan lain. InsyaAllah diterima walaupun syarikat anda hanya ada 2 buku sahaja. Mereka baca dari segi kelarisan buku tersebut bukannya berapa besar syarikat anda. Kalau kompeni besar dan banyak buku tapi satu buku pun takde yang bestseller, belum tentu mereka ambil.

Tetapi MPH lebih murah hati. JIka buku anda benar-benar bagus, mereka tetap ambil.

Bagi mengedar buku anda ke kedai-kedai elit, eloklah cari pengedar yang memang dah berurusan dengan kedai-kedai ini. Jangan pergi sendiri, tak profesional. Kita bukannya negara Eropah dan Amerika, penerbit sendiri lebih disukai kedai buku berbanding penerbit besar (kalau kedai buku berurusan dgn penerbit secara direct, percent untung pun tinggilah, tak perlu kedai buku nak bagi cek kepada pengedar).

Sekian.