Showing posts with label penerbit sendiri. Show all posts
Showing posts with label penerbit sendiri. Show all posts

Thursday, 11 December 2014

Teknik Bestseller: Biar Buku Nipis Asal Diminati

(pinjam gambar smzumrahdanhaji.blogspot.com)

Jika kita nak buat duit dengan buku mesti ada teknik dan taktik. Hakikat sesebuah bisnes buku khususnya penerbit sendiri, ia melibatkan dua perkara penting:

a) Kos penerbitan yang murah
b) Keuntungan pulangan yang banyak

Sunday, 26 October 2014

Bagaimana Merancang Penulisan Buku


FIKIR!  FIKIR! FIKIR! FIKIR!

Bila anda rancang untuk tulis buku, pastikan anda bukan rancang
untuk tulis secara sambil-lewa. Menulis buku bukan perkara main-main dan hobi.

Ia sejenis perniagaan.
Ia sejenis prospek keuntungan produk.
Ia juga kredibilit dan maruah.

Friday, 17 October 2014

Buku Baru dari Wan Kamarul Ariffin

"SEKADAR CETUSAN IDEA"


"BIAR SEDIKIT ASAL DIBERKATI"


Kedua-dua buku ini adalah tulisan salah seorang pembaca blog jutawanpena iaitu En. Wan Kamarul Ariffin. Beliau menulis dan menerbit sendiri buku ini.

Bagi mana-mana pengedar, pemborong, guru perpustakaan atau pekedai yang ingin menempah terus melalui beliau, boleh dihubungi melalui emelnya

wan_kamarul@usa.com



Sunday, 8 December 2013

Maksud Buku Bestseller...

Bestseller bermaksud 'terlaris' atau 'paling laris'.

Bestseller dalam dunia penerbitan ada pelbagai takrifan. Manakala Persatuan Penulis Malaysia, Persatuan Pemborong Buku atau Persatuan Penerbit tidak menetapkan berapakah jumlah jualan setahun yang dikira bestseller.

Tetapi, bagi kebanyakan penerbit, pemborong dan kedai buku, mereka meletakkan indikator sendiri yang kebanyakan ukurannya hampir sama.

Dalam dunia buku di Malaysia, buku yang terjual 5000 naskah setahun dikira BESTSELLER.

Tetapi kebanyakan buku, untuk dihabiskan jualan 2000 naskah setahun pun agak susah. Jika tuan-tuan jumpa buku yang tertulis bilangan terjual di kulit hadapan, sememangnya buku itu BESTSELLER.

Tidak semua penerbit menghebahkan bilangan jualan buku-buku mereka. Jika tuan-tuan nak tahu, boleh juga maklumat itu didapati daripada pekedai-pekedai buku.

Jika pembaca sekelian nak menulis dan menerbit buku, maka target yang perlu diletakkan ialah sekurang-kurangnya 5000 naskah setahun.

Sunday, 14 July 2013

Senarai Bestseller MPH (1-14 Julai 2013)

1.  Teduhan Kasih - Marissa


ID produk:9789670246222
Format:Kulit Nipis
Penerbit:Karya Seni
Kategori (utama):Novel
Kategori (sub):Cinta
Harga:RM 22.00*

2.  Sebenarnya Saya Isteri Dia - Zura Asyfar


ID produk:9789670246178
Format:Kulit Nipis
Penerbit:Karya Seni
Kategori (utama):Novel
Kategori (sub):Cinta
Harga:RM 30.00*

3.  Cintaku Bukan Murah - Aleya Aneesa


ID produk:9789831248805
Format:Kulit Nipis
Penerbit:Alaf 21
Tarikh terbitan:01-JUL-2013
Kategori (utama):Novel
Kategori (sub):Cinta
Harga:RM 26.00*

4.  Curi-Curi Cinta - Siti Rosmizah


ID produk:9789675822124
Format:Kulit Nipis
Penerbit:SR ONE Sdn Bhd (Penerbit Sendiri)
Tarikh terbitan:15-MAY-2013
Kategori (utama):Novel
Kategori (sub):Cinta
Harga:RM 37.90*

5.  Pengantin Ekspress - Pitria Abdullah


ID produk:9789670535074
Format:Kulit Nipis
Penerbit

Tarikh terbitan
:

:
Alaf 21

31-MAR-2013
Kategori (utama):Novel
Kategori (sub):Cinta
Harga:RM 19.90*

Saturday, 16 February 2013

Bank Suka Syarikat Penerbitan



Beberapa hari lepas saya ke bank berdekatan untuk membuka akaun syarikat baru. Ini syarikat kedua saya, bisnes penerbitan juga tapi lebih fokus kepada design buku-buku agama.

Saya membuka akaun di Maybank, bukannya apa, sebab ada Maybank2u. Dah biasa dengan pengurusan Maybank. Gaji masa jd guru dulu pun masuk guna akaun Maybank jugak.

Cuma peliknya masa saya hendak buka akaun kebetulan berurusan dengan pengurus bank tersebut. Dia juga kebetulan berada di situ di kaunter pelanggan memerhati pekerjanya. Bila melihat borang buka akaun syarikat saya di meja kaunter, dia terus panggil nama saya. Saya agak terkejut kerana sepatutnya staf di kaunter yang panggil.

Bila nampak saya berdiri dia datang dekat dengan saya dan bercakap perlahan macam orang nak berbisik, "Kamu buat bisnes publishing ka?". Saya jawab Ya! Kemudian dia cakap, "Self publisher?". Saya jawab Ya! sambil tersenyum dan kehairan tengok muka dia.

Tiba-tiba dia jawab begini, "Kamu punya equipment mesti hampir 100K punya?". Saya tak menjawab apa-apa, sebab memang betul. Saya cuma tanya mengapa dia kata begitu.

Dia cakap biasanya, bank suka kalau ada syarikat penerbitan buka akaun syarikat dengan mereka. Menurutnya, akaun syarikat penerbitan sentiasa aktif berbanding syarikat lain. Dia juga beritahu, kalau akaun syarikat penerbitan, bank lebih 'jaga' dari syarikat lain.

Dia juga meneka saya membuat sendiri semua kerja, dari pencarian bahan, suntingan, design layout dan cover design. Saya tak dapat mengelak dari berkata, "Tidak". Mana tahu, mungkin ada saudara mara atau kawan-kawannya yang juga jadi publisher.

Saya bimbang dia pun tahu bisnes jenis tu. Saya cuma tersenyum dan tersengih kerang saja.

Kemudian, manager berbangsa India yang agak separuh abad umurnya tu menawarkan kepada saya membuat loan rumah atau kereta. Dia memberitahu supaya menjaga tertib akaun selama 3 tahun dan pastikan membayar income tax. Selepas itu dia akan meluluskan apa2 loan jika saya memohon.

Saya agak terkejut dengan tawaran itu kerana dalam sejarah bank, Maybank adalah antara bank paling kedekut sekali nak bagi loan kat individu melainkan orang tersebut benar2 cekang akaunnya. Apatah lagi nak bagi personal loan, lagilah kedekut.

Tapi saya memang berhasrat membeli sebuah rumah yg berharga RM1 juta lebih, berpagar, berpengawal atau di kawasan golf-golf resort. InsyaAllah awal tahun depan.

Saya agak terfikir jugak, akaun belum dibuka tapi dah tawar macam2. Kawan saya seorang kontraktor, akaunnya ada beratus2 ribu, itu pun bank mengeliat nak bagi. Macam2 dokumen diminta, padahal rumah yg nak dibeli bukannya sampai RM250k pun.

Tapi kita kena ingat, Maybank adalah bank tempatan yg terkaya di Malaysia dr mana2 bank. Sahamnya berada di papan utama dan lebih tinggi dari saham Petronas sendiri.

Selepas beberapa minit bercakap dgn manager tersebut, baru saya faham sebab apa penerbit buku besar2 di Malaysia senang dapat loan berjuta2 dalam tempoh yg singkat. Maksudnya, bulan Januari buat loan 1 juta kemudian bulan November (tahun yg sama) buat pula 1 juta (dan diluluskan) walaupun loan pertama belum habis bayar.

Tuesday, 22 January 2013

Penerbit Besar Takut Penerbit Kecil

Baru-baru ni seorang sahabat saya didatangani bos-bos kanan dari sebuah penerbit besar terkenal. Sahabat saya tu bukan penerbit tetapi pengedar buku terkenal di seluruh Malaysia. Dalam sembang-sembang mereka, tiba-tiba bos kanan merungut tentang situasi sesetengah penerbit kecil di Malaysia yang memberi diskaun yang tinggi kepada pekedai.

Kenyataan ini agak memeranjatkan sahabat saya, apa tidaknya orang yang meluahkan kenyataan itu adalah penerbit besar melayu yang mempunyai ramai penulis-penulis terkenal bernaung di bawahnya. Dalam luahan mereka itu, mereka seolah-olah merungut kemunculan banyak penerbit kecil apatah lagi buku yang dibawa penerbit-penerbit kecil ada sesetengahnya mencapai tahap 'bestseller'.

Sedangkan penerbit besar mengeluarkan berpuluh-puluh judul setahun tetapi nak hasilkan 1 produk bestseller setahun pun susah. Malah buku yang tak laku di return pulak oleh kedai dari seluruh Malaysia.

Kesimpulan dari rungutan penerbit besar itu, sahabat saya memberitahu bahawa mereka (penerbit besar) sebenarnya tidak puas hati kerana keuntungan dari terbitan buku sukar dibuat apabila banyak buku-buku mereka tidak laku sedangkan nama mereka dikenali ramai.

Bagi saya, ia satu yang memalukan apabila penerbit besar tidak puas hati dengan keuntungan yang dibuat penerbit kecil. Mereka seolah-olah cemburu dengan penerbit-penerbit kecil yang sebahagiannya mempunyai buku-buku bestseller sedangkan mereka hanya ramai penulis tetapi tiada pun buku bestseller.

Lagipun, mereka tidak sepatutnya merungut kerana kehadiran penerbit-penerbit buku sebenarnya merancakkan lagi industri buku negara. Mereka seolah-olah mahu keuntungan buku di seluruh Malaysia disapu bersih oleh mereka sahaja. Penerbit besar ini perlu ingat, kemunculan penerbit-penerbit kecil langsung tidak menggunakan wang dana dari penerbit besar.


Thursday, 10 January 2013

Tentukan Bidang Penulisan

(sumber: hassan1663.blogspot.com)

Jika anda sudah menetapkan untuk menceburi dalam penulisan (walaupun secara part time), saya nasihatkan tentukan niche penulisan anda terlebih dahulu. Niche penulisan ialah bidang fokus anda. Pilih bidang yang paling cekap anda tulis dan minat. Dalam erti kata lain anda sangat obses dengan bidang tersebut.

Jika anda ingin menjadi jutawan buku di Malaysia, di bawah ini ialah bidang-bidang yang telah dikenal pasti mampu meningkatkan jualan kepada kadar lebih RM1 juta setahun.
  1. Bidang agama
  2. Novel remaja
  3. Novel cinta Islamik
  4. Isu-isu akhir zaman atau teori konspirasi
  5. Buku rujukan sekolah rendah & menengah
  6. Masakan
  7. Bisnes
Bidang motivasi juga boleh membuatkan buku anda laku tetapi, anda haruslah seorang yang popular, pernah masuk TV, dan macam-macam lagi. Itu agak memenatkan dan tak berbaloi. Kalau hari ini anda diminati, tiba2 esok hari ada motivator lain yang muncul yang lebih menarik, kepopularan anda akan jatuh.

Sebaik-baik bidang yang dipilih hendaklah apa yang diminati sahaja. Itu sudah memadai.

Tuesday, 13 December 2011

Penerbit Sendiri: Elakkan Ikut Rentak Penerbit Besar

Kepada penulis-penulis yg menerbit buku sendiri, dinasihatkan agar jangan mengikut rentak pasaran penerbit-penerbit besar walaupun penerbit itu sahabat kita.

Maksud saya disini, skala bisnis penerbit sendiri berbeza dengan penerbit besar. Penerbit besar bila membuat sesuatu genre baru dalam pasaran, mereka sudah bersedia untuk menghadapi risiko rugi berpuluh-puluh ribu. Sedangkan penerbit sendiri, dlm apa juga strategi tidak mahu (jika boleh) rugi walau sesen pun.

Maka hendaklah jgn ikut penerbit besar dlm membuat telahan genre pasaran.

Saya percaya ramai yg terpengaruh dgn artikel2 dlm universiti PTS yg sentiasa mendedahkan pelbagai genre sedang laku seperti novel remaja islami, novel khusus utk remaja lelaki dsb. Sebenarnya penerbit hanya dlm kategori menjangkakan sesuatu genre akan 'boom'. Tetapi ia tidak menguasai pasaran genre tersebut.

Bagi penerbit sendiri, hendaklah membina penulisan di atas kemampuan sendiri bukannya tulisan mengikut mood syarikat besar. Ia bukanlah salah syarikat besar, mereka mempunyai strategi sendiri yg bergerak di atas mesyuarat kewangan mereka.

InsyaAllah. Jika para  penerbit sendiri membina keyakinan pasaran sendiri. Akan berjaya.

Friday, 4 November 2011

Panduan Cari Pencetak Buku

Bagi penerbit buku sendiri, ada beberapa panduan untuk mencari pencetak buku. Tetapi sebelum mencari pencetak buku hendaklah penerbit buku memahami beberapa kaedah cetakan dan prosesnya agar pencetak tidak ada kecenderungan untuk menipu kos.

Panduan-panduan mencari pencetak:
1.  Jangan pergi kepada pencetak yang mencetak untuk buku keluaran penerbit-penerbit besar.
2.  Jangan pergi kepada kilang mencetak buku yang besar tidak kira Cina atau Melayu.
3.  Jangan serahkan kepada orang tengah untuk menguruskan cetakan.
4.  Jangan tanya penerbit-penerbit besar tempat cetakan yang disyorkan.
5.  Jangan tanya kedai buku yang menerbit buku sendiri. Sesetengah kedai buku mereka berkemampuan menerbit sendiri buku. Biasanya buku-buku sekolah dan buku-buku agama.

Kesemua 'jangan' di atas bagi mengelakkan penipuan ke atas penerbit baru. Langkah terbaik untuk penerbit buku baru ialah mencari maklumat pencetak dengan bertanyakan kepada kedai-kedai buku. Mengapa?

Kebanyakan pekedai buku indie tahu di mana tempat-tempat sebenar penerbit-penerbit besar mencetak dan manakah pencetak yang boleh dipercayai.

Kedai buku indie juga tahu hubungan pencetak dengan penerbit dan kisah-kisah bisnis di belakang tabir sesebuah pencetak. Ada sesetengahnya mereka mengetahui penipuan-penipuan yang dilakukan pencetak ketika mencetak. Penipuan apa?

Penipuan berbentuk menjual harta intelek dan hak cipta. Misalnya, Pencetak A mencetak buku dengan penerbit Z sudah sekian lama, malah penerbit Z juga bersaiz besar. Apabila anda datang membawa manuskrip, maklumat manuskrip anda akan mudah sampai ke pengetahuan Penerbit Z. Ini akan memudahkan manuskrip buku anda diciplak dan dicuri konsepnya. Tambahan jika Penerbit Z mendapati tulisan anda boleh meningkatkan jualan buku.

Kadang-kadang anda akan terfikir, bagaimana anda baru hantar ke pencetak bulan Mei tiba-tiba pada penghujung bulan Jun sudah terbit buku yang sama konsepnya dengan anda, cuma penulisnya berbeza. Kemudian bulan Julai barulah buku anda dihantar oleh lori pencetak. Itu pun belum lagi diedar ke kedai-kedai buku.