Showing posts with label buku. Show all posts
Showing posts with label buku. Show all posts

Sunday, 13 August 2017

KAJIAN DATA PASARAN BUKU - NEILSEN BOOKSCAN



Baru-baru kemungkinan sudah ada mesyuarat dikalangan penggiat buku tentang cadangan penggunaan servis Neilsen Bookscan.

Bagi saya ia suatu perkembangan yang baik. Dengan adanya servis ini, penulis buku dan penerbit sendiri boleh merujuk data pasaran buku dahulu sebelum menceburi bidang sesuatu tulisan. Jadi, tidaklah rugi dalam mengeluarkan kos cetak nanti.

Berikut artikel dari PTS Publication tentang penggunaan servis Neilsen Bookscan.

Thursday, 12 May 2016

Pembaca Tidak Suka Penulis Rojak!



Saya ada menerima pertanyaan dalam emel dari seseorang. Ia bertanyakan tentang genre manakah yang paling diminati atau laris pada masa sekarang?

Terus-terang saya mengatakan semua genre boleh dikira laris dan diminati kerana semua genre mempunyai peminatnya tersendiri. Tidak adil jika mahu katakan hanya novel cinta yang diminati memandangkan novel-novel ini banyak difilemkan di ASTRO.

Novel mungkin kelihatan popular tetapi ia hanya popular dikalangan wanita sahaja. Kaum lelaki jangan haraplah nak baca novel tebal-tebal dan berkhayal.

Genre yang boleh laris dan evergren sebenarnya yang boleh menarik minat kedua-dua kaum iaitu lelaki dan wanita.

Dan yang paling penting ialah...penulis bukan jenis rojak atau disebut caca-merba.

Penulis Rojak bermaksud penulis tersebut cuba tulis semua bidang yang diminatinya. Dia menulis novel, menulis buku motivasi, tulis buku agama, tulis buku politik dan macam-macam lagi.

Pada anggapannya mungkin dia dianggap serba-boleh, tapi itu anggapan sahaja. Dalam indsutri buku, profesional adalah keutamaan para pembeli buku.

Pembeli mahu kenali seseorang penulis berdasarkan genrenya. Setiap genre ada penulis hardcore tersendiri.

Genre novel cinta berkaitan lelaki, sudah tentu orang akan cari Ahadiat Aqasyah. Jika genre novel cinta remaja, mungkin orang cari penulis Ain Maisarah, Nisah Haron dan lain-lain lagi.

Jika buku genre perubatan Islam dan rawatan jin, dah tentu orang cari buku Dato Haron Din, Dato Ismail Kamus dan Ustaz Syarhan Syafie.

Jika buku genre usahawan millionaire, dah tentu orang cari buku Dr. Azizan Osman, Dr. Irfan Khairi atau Azizi Ali.

Begitulah seterusnya...

Monday, 11 April 2016

Panduan Mengira Muka Surat Buku Dalam MS WORD

Untuk menghasilkan buku dan design reka letak dalaman, penerbit akan menggunakan perisian Adobe InDesign. Hanya melalui perisian ini bilangan muka surat sesuatu manuskrip yang dihantar kepada penerbit dapat ditentukan. Kemungkinan penulis buku sukar untuk mengagak ketebalan muka surat buku tulisannya.

Biasanya penulis akan menaip di dalam MS WORD bukannya di dalam Adobe InDesign. Jadi untuk mengetahui berapakah jumlah perkataan yang perlu ditaip dalam WORD untuk melihat hasil muka surat buku bersaiz sebenar, sila lihat panduan di bawah.

Diandaikan buku yg bakal diterbitkan bersaiz berikut:

8.5 (T) X 6 (L) inci.

Jika guna font Times New Roman, saiz 13pt dan spacing 6pt (before & after). Maka,

30,000 patah perkataan (MS WORD) = 225 ms (buku sebenar)

Maksudnya jika ditaip dalam MS Word sebanyak 30,000 perkataan. Selepas manuskrip itu dipindahkan ke dalam Adobe InDesign, buku anda akan menjadi setebal 225 muka surat, tanpa sebarang gambar, hiasan dan kulit buku.

Mudah-mudahan panduan ini memberi manfaat kepada penulis semua.

Saturday, 4 July 2015

Semua Penulis Wajib Tahu Adobe InDesign

Antara muka program InDesign yang digunakan Layout Designer di syarikat penerbitan


Majoriti penulis, mungkin 90% menulis menggunakan Microsoft Word (termasuk saya). Tapi majoriti juga tidak pernah menggunakan Adobe InDesign.

Perlukah kita sebagai penulis tahu Adobe InDesign?

Ya, WAJIB.

Kita tak perlu menggunakannya, tak perlu beli softwarenya atau membuka program itu jika ada. Sebagai penulis, adalah memadai kita mengetahui apa itu perisian Adobe InDesign.

Apa itu Adobe InDesign?


  • Ia software yang digunakan oleh seorang designer di pejabat penerbit anda. 
  • Biasanya jawatan kerja untuk designer tu digelar LAYOUT DESIGNER, PEREKA GRAFIK DALAMAN atau sebagainya.
  • Selepas penulis hantar manuksrip (bentuk softcopy) kepada Penerbit, editor akan memberikan kepada Layout Designer untuk dipindah masuk ke dalam Adobe InDesign.
Penulis tak perlu beli Adobe InDesign kerana ia mahal. Yang penulis perlu tahu ialah fungsi Adobe InDesign dan mengapa setiap syarikat penerbitan memerlukannya.

Logo Adobe InDesign




Friday, 19 December 2014

Jika ditakdirkan buku pertama anda bestseller?

Jika anda baru menulis, kemudian baru pertama kali terbit buku. Ditakdirkan buku pertama anda itu bestseller...apa akan jadi?

Saya berani jamin, semua taukeh-taukeh buku, kedai buku dan penerbit-penerbit buku (tak kira kecik ke besar ke) akan kenal anda.

Kalau mereka tak pernah dengar nama anda, mereka akan cari. Orang pertama yang akan mereka hubungi ialah pengedar buku atau kedai buku.

Percayalah! 

Malaysia ni kecik je... tambahan pula bos-bos penerbit buku majoritinya educated. Mereka sangat sensitif dengan perkataan 'BESTSELLER'. Maklumat yang paling mereka percaya ialah dari tuan-tuan kedai.

Mereka tak akan telefon direct kepada penulis atau penerbit tetapi mereka akan siasat melalui orang lain.

Penerbit-penerbit memang jenis kuat ingatan. Mereka cukup ingat tajuk-tajuk buku bestseller walaupun dari buku terbitan penerbit lain. Ini kerana penerbit-penerbit buku menjadi ahli kepada Persatuan Penerbit Buku.

Percayalah!

Hanya dengan satu buku sahaja, anda akan terkenal dan nama-nama anda disebut oleh taukeh-taukeh buku yang bertaraf jutawan. Silap hari bulan, anda boleh kena pancing.

Catatan!

Saya biasanya berjumpa bos-bos buku seminggu sekali atau dua minggu sekali. Melepak di Nasi Kandar. Setiap kali jumpa, ada saja buku baru yang mereka sebut. Yang tak tahan tu, siap ingat tajuk buku, nama penulis, nama penerbit dan jumlah cetakan. Mana mereka dapat saya pun tak tahu. 

Wednesday, 17 December 2014

Buku bestseller PTS musim ini



Ramai pekedai buku mengakui sekarang ni buku Catatan Matlutfi memang hangat meletup di pasaran. Dikhabarkan PTS dah berjaya cetak 20,000 naskah dalam sebulan. 

Isu Pelekat Hologram Al-Quran



Isu ni memang buat banyak penerbit-penerbit buku dan pekedai buku 'bengkak' dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN). Syarat baru kepada penjual buku ialah semua Al-Quran mesti dilekatkan dengan pelekat Hologram.


Thursday, 11 December 2014

Teknik Bestseller: Biar Buku Nipis Asal Diminati

(pinjam gambar smzumrahdanhaji.blogspot.com)

Jika kita nak buat duit dengan buku mesti ada teknik dan taktik. Hakikat sesebuah bisnes buku khususnya penerbit sendiri, ia melibatkan dua perkara penting:

a) Kos penerbitan yang murah
b) Keuntungan pulangan yang banyak

Cara susun buku di kedai buku

(pinjam gambar abunuha.wordpress.com)


Baru-baru ini saya pegi ziarah kedai buku milik seorang sahabat. Masa sampai tu, ramai stafnya sedang susun buku di rak-rak yang tersedia. 

Pada saya, banyak buku baru yang dia order.

"Banyak buku kau order?"

"Takdelah, buku yang sama je...tukar tempat." sambil tersengih-sengih dia jawab.

"Apsal ubah plak, tukar rak baru ke?

"Taklah...kena sentiasa tukar kedudukan buku supaya pengunjung tak bosan." jawabnya ringkas.

Barulah saya faham, rupa-rupanya buku-buku di rak sentiasa di tukar lokasi agar para pengunjung tidak bosan bila melihat suasana kedai buku. Biasanya seminggu sekali walaupun tak melibatkan semua rak.

Sunday, 16 November 2014

Teknik Penulis Jutawan: Tulis Apa Orang Minat Bukan Apa Kita Minat

(gambar: abunuha.wordpress.com)


Cara paling cepat nak jadi jutawan melalui penulisan ialah menulis apa yang orang Malaysia suka beli dan baca. Ia sama seperti produk pengguna, pengilang hanya akan keluarkan apa yang orang Malaysia suka beli bukannya apa yang taukeh kilang minat.


Teknik Bestseller: Sentiasa Peka Tajuk-Tajuk Bestseller di Kedai Buku


Bila anda ke kedai-kedai buku indie, biasakan diri menjenguk ke rak-rak buku yang ditandakan oleh pekedai dengan label BESTSELLER. Maksud label bestseller ini adalah buku-buku yang laris di kedai tersebut. Ia mungkin sedikit berbeza dengan kedai-kedai lain. 

Thursday, 6 November 2014

Penerbit Terbit Buku Berasaskan Populariti Penulis


Antara yang menjadi hambatan penerbit-penerbit di Malaysia ialah mereka mendambakan penulis-penulis mereka dikalangan golongan yang ada nama, jawatan dan gelaran dalam masyarakat.

Lagi banyak pangkat lagi 'bagus' layanannya kerana pada pemikiran kebanyakan penerbit, gelaran dan pangkat yang dimiliki penulis tu boleh menarik banyak peminat. Betul ke...?

Kalau penulis ada pangkat seperti..

Dato', Prof. Madya, Tan Sri, Dr.. 

Maka layanan lainlah skit. Kalau ditakdirkan masuk TV, penulis-penulis lain yang buku tak popular kena undur ke belakang skit bagi orang berpangkat ke hadapan. Biasalah tu..

Penerbit Terbit Berasaskan Isu Semasa

Berasaskan Isu Semasa

Faktor seperti ini masih diamalkan oleh semua penerbit. Kita boleh melihat mengenai isu syiah. Buku-buku mengenai Syiah telah ada di pasaran sebelum 2012 lagi. Tetapi ia sekadar buku penjelasan agama dan kupasan ilmiah.

Selepas pilihanraya Mei 2013, maka isu Syiah timbul, surat-suratkhabar menyerang dengan ganas, televisyen dengan rancak menyiarkan forum-forum tentang bahaya Syiah. JAKIM membanteras dengan keras pengaruh Syiah.

Friday, 31 October 2014

GST dikenakan ke atas syarikat pendapatan tahunan lebih RM500 ribu!

sumber: myob.com.my


Arahan-arahan ghaib dah pun sampai terutamanya untuk syarikat-syarikat kecil dan besar. Tak kiralah jual kicap ka...jual burger ka...jual ubat ka..Kalau income setahun lebih RM500,000 kenalah daftar GST.

Saya bernasib baik tak kena. Maklumlah income tahunan tak sampai RM500k, Hampir-hampir adalah. Bg kompeni besar kira ciput lah income camtu. Audit Firm syarikat saya pun tak gelabah sangat.

Orang-orang industri buku sama ada yang jenis jujur dan jenis 'buaya besar' semuanya tak puas hati. Mula-mulanya Government bagitau buku-buku tak dikenakan GST. Kemudian, tup! tup! bila panggil briefing, buku-buku pun kena jugak.

Sunday, 26 October 2014

Teknik: Cara nak cari jenis-jenis buku yang laris di pasaran

Logo blog Universiti Terbuka PTS

LARIS! LARIS! LARIS!

Tak dapat tidak seseorang yang ingin menjadi penulis bestseller dan
ingin buat untung puluhan ribu melalui penulisan buku kena tahu
kategori buku yang laris di pasaran.

Untuk dapat maklumat tepat, kena tanyelah pekedai buku. Biasanya
buku yang laku dan DIJANGKA laku, mereka akan order lebih.

Kalau 10 kedai kira oklah nak tanya, tapi camna kalau  kedai-kedai
di negeri lain. Susah tu...

Syarat-Syarat Buku Bestseller di Malaysia


BUKU BESTSELLER!!

Sape tak nak buku sendiri jadi bestseller.. semua orang nak! Tapi menerbitkan buku bestseller perlu ada perancangan dan kajian terlebih dahulu.

Bestseller bermaksud dengan satu buku sahaja anda dapat PULUH-PULUH RIBU ringgit.

Perlu diingat! Buku bestseller perlu ada syarat-syarat tertentu. Berikut ialah syarat-syaratnya:

Friday, 17 October 2014

Buku Baru dari Wan Kamarul Ariffin

"SEKADAR CETUSAN IDEA"


"BIAR SEDIKIT ASAL DIBERKATI"


Kedua-dua buku ini adalah tulisan salah seorang pembaca blog jutawanpena iaitu En. Wan Kamarul Ariffin. Beliau menulis dan menerbit sendiri buku ini.

Bagi mana-mana pengedar, pemborong, guru perpustakaan atau pekedai yang ingin menempah terus melalui beliau, boleh dihubungi melalui emelnya

wan_kamarul@usa.com



Sunday, 28 September 2014

Guru lebih mudah buat duit jika jadi penulis buku

(gambar: harian metro)

PART TIME! PART TIME!  vs  FULL TIME

Guru lebih mudah buat duit melalui buku kerana beberapa sebab:

1)  Anak murid adalah pembeli dan pempromosi.

2)  Facebook memudahkan promosi tajuk buku

3)  Kemungkinan menerima jemputan sekolah lain adalah tinggi.

Semuanya adalah faktor kepada keunggulan pendapatan tambahan. Guru yang mempunyai buku lebih popular dari Guru Cemerlang. Ia fenomena yang berlaku seluruh Malaysia.

Guru yang ada buku sering diingati anak-anaka murid berbanding Guru Cemerlang atau guru pembuat soalan.

Guru yang ada buku akan diingati di facebook-facebook pelajar. Facebook itu pula di share dan kekal sehingga anak murid tamat pelajaran dan bekerja.

Ia sesuatu yang sangat berharga untuk guru.

Rebutlah peluang menjadi penulis buku. Terbitlah apa-apa genre pun asalkan ianya buku. Disitulah 'kenikmatan' pendapatan tambahan yang akan dirasai.

Percaya atau tidak, majoriti penulis novel remaja adalah guru.


Friday, 26 September 2014

Terma Bayaran dari MPH dan POPULAR

(gambar: khairulakmalazman.blogspot.com)


Ramai penulis menginginkan buku-buku mereka berada di rak-rak kedai MPH dan POPULAR. Tetapi lain pula dengan penerbit-penerbit, kebanyakan penerbit buku di Malaysia khususnya penerbit indie sudah mula meminggirkan diri dgn kompeni2 ni.

Sebabnya satu saja iaitu terma bayaran terlalu lama, berapa lama?

6 bulan

memang lama. Camna nak pusing modal?

Maksud 6 BULAN itu ialah, kalau mereka ambil buku tuan-tuan hari ini sebanyak 500 naskah. Maka mereka akan bayar 6 bulan lagi.

Masalahnya pencetak beri tempoh 3 bulan sahaja. Ada sesetengah pencetak mintak TUNAI.

Tuesday, 23 September 2014

Side Income RM500 sebulan untuk guru

PART TIME!  PART TIME! 
BISNES!  BISNES!  BISNES!

Sebagai bekas guru saya amat memahami bagaimana sukarnya tugas seorang guru. Cuti panjang langsung tak bermakna melainkan masih bujang.

Guru ibarat bertugas 24 jam. Gaji tak seberapa tapi kerja bukan setakat periksa kertas exam tetapi melayan karenah murid dan ibu bapa.

Ada sesetengah guru bernasib baik dan dapat mengurus masa dengan cekap tambahan pula masa untuk melakukan part time bisnes. Antara yang bernasib baiknya adalah saya.

Tetapi kebanyakannya tidak berpeluang walaupun ada niat, bukannya tidak mampu, tetapi TIADA PELUANG DAN RUANG yang benar-benar menepati masa seseorang guru itu.

**********

Sehingga sekarang saya masih memikirkan cara untuk memastikan guru-guru di Malaysia, khususnya DG41 ke bawah agar mendapat pendapatan tambahan minima RM500 sebulan hanya melalui buku.

Tidak tahulah macam mana, harap2 satu hari kelak Allah memberi idea.