Thursday, 12 May 2016

Pembaca Tidak Suka Penulis Rojak!



Saya ada menerima pertanyaan dalam emel dari seseorang. Ia bertanyakan tentang genre manakah yang paling diminati atau laris pada masa sekarang?

Terus-terang saya mengatakan semua genre boleh dikira laris dan diminati kerana semua genre mempunyai peminatnya tersendiri. Tidak adil jika mahu katakan hanya novel cinta yang diminati memandangkan novel-novel ini banyak difilemkan di ASTRO.

Novel mungkin kelihatan popular tetapi ia hanya popular dikalangan wanita sahaja. Kaum lelaki jangan haraplah nak baca novel tebal-tebal dan berkhayal.

Genre yang boleh laris dan evergren sebenarnya yang boleh menarik minat kedua-dua kaum iaitu lelaki dan wanita.

Dan yang paling penting ialah...penulis bukan jenis rojak atau disebut caca-merba.

Penulis Rojak bermaksud penulis tersebut cuba tulis semua bidang yang diminatinya. Dia menulis novel, menulis buku motivasi, tulis buku agama, tulis buku politik dan macam-macam lagi.

Pada anggapannya mungkin dia dianggap serba-boleh, tapi itu anggapan sahaja. Dalam indsutri buku, profesional adalah keutamaan para pembeli buku.

Pembeli mahu kenali seseorang penulis berdasarkan genrenya. Setiap genre ada penulis hardcore tersendiri.

Genre novel cinta berkaitan lelaki, sudah tentu orang akan cari Ahadiat Aqasyah. Jika genre novel cinta remaja, mungkin orang cari penulis Ain Maisarah, Nisah Haron dan lain-lain lagi.

Jika buku genre perubatan Islam dan rawatan jin, dah tentu orang cari buku Dato Haron Din, Dato Ismail Kamus dan Ustaz Syarhan Syafie.

Jika buku genre usahawan millionaire, dah tentu orang cari buku Dr. Azizan Osman, Dr. Irfan Khairi atau Azizi Ali.

Begitulah seterusnya...

1 comment:

  1. Halo,
    Ini adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Puan Henrietta Fernando, pemberi pinjaman pinjaman swasta telah membuka peluang kewangan kepada sesiapa yang memerlukan sebarang bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 2% untuk individu, syarikat dan syarikat di bawah terma dan syarat yang jelas dan difahami. Hubungi kami hari ini melalui e-mel untuk memohon dan mendapatkan pinjaman segera: (henriettafernandoloanfirm@gmail.com)

    ReplyDelete