sumber: myob.com.my
Arahan-arahan ghaib dah pun sampai terutamanya untuk syarikat-syarikat kecil dan besar. Tak kiralah jual kicap ka...jual burger ka...jual ubat ka..Kalau income setahun lebih RM500,000 kenalah daftar GST.
Saya bernasib baik tak kena. Maklumlah income tahunan tak sampai RM500k, Hampir-hampir adalah. Bg kompeni besar kira ciput lah income camtu. Audit Firm syarikat saya pun tak gelabah sangat.
Orang-orang industri buku sama ada yang jenis jujur dan jenis 'buaya besar' semuanya tak puas hati. Mula-mulanya Government bagitau buku-buku tak dikenakan GST. Kemudian, tup! tup! bila panggil briefing, buku-buku pun kena jugak.
Habis melantun-lantun kedai-kedai buku indie dan penerbit-penerbit buku. Yang kesiannya, penerbit-penerbit kecil yang baru nak memasuki industri buku.
Kelmarin, saya sempat melepak dgn beberapa 'bos-bos' buku terkenal. Semuanya naik angin. Mula-mula sembang elok je...lepas sentuh bab GST, terus semua bersembang dah macam drama hindustan. Kepala bergelek-gelek sambil tangan naik sama dengan paras hidung. Tunding sana tunding sini, kalau orang tengok macam bergaduh, padahal tengah bercakap biasa je. (maklumlah ramai mamak).
Mereka ni untung bulan-bulan RM5-10 juta. Tu tak kira lagi kedai-kedai emas dan money-changer yang berterabur di seluruh Malaysia.
Tapi dalam rata-rata yang hadir tu, semuanya anti Mydin. Maklumlah Mydin dah mula attack pasaran buku kedai-kedai indie dengan harga 'luar biasa dari manusia biasa'.
Saya pun perasan juga kalau pergi mydin k trg, dia pun jual buku-buku. Kebanyakannya dari pts banyak. Tak tahu pula diaorg jual lebih rendah dari kedai buku indie.- wka
ReplyDeleteEncik admin blog. Anda sebagai pencetak atau penerbit buku? Atau kedua2nya sekali?
ReplyDelete