Sunday, 26 October 2014

Syarat-Syarat Buku Bestseller di Malaysia


BUKU BESTSELLER!!

Sape tak nak buku sendiri jadi bestseller.. semua orang nak! Tapi menerbitkan buku bestseller perlu ada perancangan dan kajian terlebih dahulu.

Bestseller bermaksud dengan satu buku sahaja anda dapat PULUH-PULUH RIBU ringgit.

Perlu diingat! Buku bestseller perlu ada syarat-syarat tertentu. Berikut ialah syarat-syaratnya:




SYARAT-SYARAT BUKU BESTSELLER DI MALAYSIA

1) Kategori yang ditulis mestilah diminati oleh ramai orang. 

Bilangan rakyat Malaysia lebih 20 juta orang. Jadi berapa orang yang minat tajuk atau topik yang kita tulis? KITA TAK TAHU, susah tu. Kita tak boleh tulis dahulu kemudian terbit buku dan jual di pasaran untuk tahu minat orang ramai. Ia membazir kos.

Antara amalan penerbit-penerbit besar ialah melakukan KAJIAN MINAT orang awam. Bila kita tahu apa yang orang ramai minat, maka mudahlah kita menulis. Kita tulis ikut minat orang, bukannya minat kita. Tapi kalau minat orang ramai berkebetulan sama dengan minat kita, ia lebih bagus.

2) Ada target pengkhususan pembaca

Jika seorang pensyarah akaun nak tulis buku pasal Perakaunan, maka target pembelinya mestilah orang-orang yang minat akaun.

Di mana orang-orang minat akaun ni suka lepak? suka tinggal? penulis kena tahu berapa jumlah orang yang minat akaun di Malaysia ni. Camna nak tahu? susah tu...

Jika susah maka jalan mudah ialah memastikan buku itu DIBELI oleh setiap pelajar-pelajarnya. Maka ia menjadi bestseller dikalangan pelajar. Pelajar pulak terpaksa beli sebab pensyarah suka guna buku sendiri untuk beri nota.

3) Ada penjenamaan di peringkat internet

Di Malaysia dan kebanyakan penulis self-publisher bersifat menjenamakan dahulu nama dan topik yang mereka tuliskan di internet. Apabila mula dikenali dan mengumpul follower puluhan atau ratusan ribu orang, maka barulah buku dikeluarkan.

Penerbit-penerbit besar suka menerbitkan buku penulis yang ada follower blog tersendiri di internet. Tetapi bukan follower Facebook. Mengapa? ada perbezaan di situ, ia perbezaan teknikal dan taktikal. 

Bila nama anda sudah popular dikalangan follower tersendiri maka lakukan pula beberapa analisis MINAT orang ramai terhadap topik-topik yang anda tulis. 

Buku bestseller biasanya di mempunyai penampilan design laman web yang hebat di internet. Ia bagi menaikkan imej buku tersebut. Jika ia sejenis novel keremajaan, maka penulis tersebut perlu menampilkan design-design web atau blog yang ceria, friendly dan berciri-ciri keremajaan.

Ingat! 

PENJENAMAAN PRODUK adalah PELABURAN JANGKA PANJANG dalam bisnes.













No comments:

Post a Comment