Thursday, 6 November 2014

Penerbit Terbit Buku Berasaskan Populariti Penulis


Antara yang menjadi hambatan penerbit-penerbit di Malaysia ialah mereka mendambakan penulis-penulis mereka dikalangan golongan yang ada nama, jawatan dan gelaran dalam masyarakat.

Lagi banyak pangkat lagi 'bagus' layanannya kerana pada pemikiran kebanyakan penerbit, gelaran dan pangkat yang dimiliki penulis tu boleh menarik banyak peminat. Betul ke...?

Kalau penulis ada pangkat seperti..

Dato', Prof. Madya, Tan Sri, Dr.. 

Maka layanan lainlah skit. Kalau ditakdirkan masuk TV, penulis-penulis lain yang buku tak popular kena undur ke belakang skit bagi orang berpangkat ke hadapan. Biasalah tu..


Personaliti TV

Kalau ditakdirkan mana-mana orang popular TV nak buat buku, maka berebut-rebutlah penerbit mencelah offer diri. Ini perkara biasa juga. Sekarang ni zaman ustaz-ustaz muda menjadi pengacara popular. Kalau ada dikalangan mereka nak tulis buku, mungkin ramai penerbit nak offer.

Senario-senario ini menjadikan penulis-penulis baru yang baru nak ceburi dunia penerbitan agak kaku dan terkabur. Penulis-penulis baru terpaksa bersaing dgn populariti personaliti TV yang dibanggakan penerbit buku.

Penulis-penulis baru kena usaha lebih kuat. 

No comments:

Post a Comment