Wednesday, 23 November 2011

Penjualan Buku: Kedai Buku Elit Tidak Selaras

Bagi mana-mana penerbit buku sendiri mungkin agak sukar untuk mengedar buku melalui kedai-kedai buku elit seperti Popular dan MPH. Apatah lagi jika anda hanya ada sebuah dua saja buku. Namun begitu, kesukaran mengedar melalui kedai-kedai buku ini dapat diatasi sekiranya anda mengedar melalui pengedar sedia.

Pengedar dan penerbit, adalah lain. Memang ada penerbit yang mengedar sendiri, tetapi padanlah mereka edar sendiri kerana mereka sudah ada berpuluh-puluh judul pelbagai genre. Jadi langkah anda untuk memastikan buku anda dijual di dalam kedai Popular dan MPH ialah;

1. Cari pengedar buku otai yang kerjanya mengedar sahaja. Biasanya ada di area Batu Caves.
2. Pastikan pengedar itu mengemukakan perjanjian bertulis percent keuntungan. Jika mereka minta 60%, anda perlu pertimbangkan dan anda masih tak rugi kerana anda sendiri yang mencetak dan menerbit.
3. Yakinkan pengedar tersebut buku anda memang boleh laku. Biasanya pengedar suka buku yang boleh laku  minima 1000 unit setahun.

Sesetengah orang kata kedai buku elit hanya terima penerbit besar atau penerbit yang ada minima 10 judul untuk dijual di kedai-kedai mereka, betulkah begitu?

Tidak. Walaupun memang ada. Misalnya, kedai buku POPULAR yang terdapat seluruh negara. Jika anda ada buku dan pergi ke ibu pejabatnya di Wisma Asma, Kuala Lumpur (depan Taman Conaught). Mereka akan bagi syarat sekurang-kurangnya 10 judul.

Tapi jangan bimbang. Keputusan untuk mengedar buku di semua kedai POPULAR seluruh Malaysia bukan di buat oleh HQ di Kuala Lumpur. Ia terpulang kepada cawangan Utara, Tengah dan Selatan. HQ POPULAR di KL hanya membuat keputusan utk kedai-kedainya di negeri-ngeri bahagian Tengah manakala Utara pula keputusannya di Kedai POPULAR Pulau Pinang.

Jadi jika HQ tidak terima, anda hendaklah menghubungi cawangan-cawangan lain. InsyaAllah diterima walaupun syarikat anda hanya ada 2 buku sahaja. Mereka baca dari segi kelarisan buku tersebut bukannya berapa besar syarikat anda. Kalau kompeni besar dan banyak buku tapi satu buku pun takde yang bestseller, belum tentu mereka ambil.

Tetapi MPH lebih murah hati. JIka buku anda benar-benar bagus, mereka tetap ambil.

Bagi mengedar buku anda ke kedai-kedai elit, eloklah cari pengedar yang memang dah berurusan dengan kedai-kedai ini. Jangan pergi sendiri, tak profesional. Kita bukannya negara Eropah dan Amerika, penerbit sendiri lebih disukai kedai buku berbanding penerbit besar (kalau kedai buku berurusan dgn penerbit secara direct, percent untung pun tinggilah, tak perlu kedai buku nak bagi cek kepada pengedar).

Sekian.

No comments:

Post a Comment