Thursday, 11 April 2013
Jemari Seni: Tawaran Menulis Novel
Perihal Manuskrip
* Ketebalan halaman ~ untuk novel umum jumlah halaman ialah antara 400–500
* Dicetak langkau dua baris di atas kertas A4 warna putih pada sebelah halaman sahaja
* Sila cetakkan nombor pada setiap halaman
* Format untuk letak atur:
(a) Gunakan saiz huruf (font) 12, jenis Times New Roman
(b) Page set-up: First line, 0.3” , Double spacing
(c) Selang antara satu bab ke satu bab ialah LIMA kali enter
(d) Selang antara satu perenggan baru (cerita atau latar baharu, tetapi masih dalam bab yang sama) ialah TIGA kali enter
* Cadangkan sebuah JUDUL yang menarik serta memperlihatkan keaslian dan ada kelainan berbanding lambakan novel-novel di pasaran
* Penggunaan judul klise dengan kombinasi kata cinta, rindu, kasih dan sayang, tidak digalakkan
* Menggunakan tatabahasa dan tanda bacaan yang betul
* Hantarkan dalam file Word.
maklumat lanjut, rujuk sini.
Pengalaman Pertama Saya Dalam Penerbitan
Salam,
Ada yg minta saya cerita bagaimana saya blh terjun dlm dunia penerbitan. Ceritanya simple saja. Semuanya based on kemahiran komputer saya. Saya bukan pelajar IT, di IPT pun saya cuma ambil kos Psikologi tapi dalam masa yg sama saya memang minat komputer.
Semuanya belajar sendiri. Saya beli buku komputer, dapat loan PTPTN, objek pertama saya beli ialah desktop komputer beserta printer. Itu masa semester 1. Kemahiran saya berkomputer meningkat mendadak bila saya terlalu gila main strategy game. Masa di IPT dulu, saya kerap main Red Alert, Warcraft dan KKND.
Tapi masa saya jd guru, saya pernah tangkap anak2 murid saya main game kat cyber cafe. Masa tangkap bebudak tu, dalam hati saya sebut, "Korang tak tau, aku dulu lg terer." Kadang2 saya tersenyum sendiri melihat gelagat anak murid saya.
Saya ada satu kemahiran lagi yg jarang-jarang orang ada. Saya pandai melukis kartun. Kartun saya pernah dihantar kepada majalah Gila-Gila dan Gelihati (zaman 90-an). Tak ingatlah, terbit ke tak. Saya hantar kartun ketika tu umur saya baru 13 tahun. Sekarang saya masih melukis kartun tetapi masih belum terbit.
Pengalaman pertama terbit buku saya lalui ketika berada di semester 4 di IPT. Seorang pensyarah bahasa Arab, saya dengar sedang mencari orang yang boleh melukis untuk buku belajar bahasa Arabnya. Saya tawarkan diri. Saya diberi manuskrip arab (berserta terjemahan) untuk melakar kartun ikut dialog dalam manuskrip tersebut. Jadi bila balik ke hostel, saya pun lukislah kartun. Masa saya lukis biasanya ada beberapa orang tukang 'kacau daun' (kawan-kawan) yang akan bertenggek di keliling melihat saya melukis.
Selepas mengetahui saya juga mahir dalam komputer khususnya Word, ustaz arab itu pun suruh saya edit softcopy manuskripnya. Saya lakukan dengan baik sekali dan berjaya hantar manuskrip mengikut tarikh yang ditetapkan pihak universiti. Apa lagi, bukan main melompat ustaz arab tu. Jadi dia hadiahkan pada saya satu softcopy keseluruhan kajian sarjananya yang baru saja siap sebulan. Tajuknya tentang Zindiq.
Itulah buku pertama yg saya terbit. Takde apa2 royalti tapi dapat pengalaman.

Penulis Buku: Satu-satunya bisnes di Malaysia yang paling cepat jadi kaya
Di Malaysia dan seluruh dunia, bisnes paling cepat jadi kaya dalam masa setahun ialah 'menerbitkan buku'. Ia bisnes profesional yang diiktiraf seluruh dunia. Ia bergantung sepenuhnya kepada idea walaupun anda tak mahir komputer skala tinggi.
Bisnes internet pun tak boleh lawan termasuklah google adsense, jualan online dan sebagainya. Apakah kelebihan menjadi penulis sepenuh masa?
Penulis buku ada kelebihan-kelebihan berikut:
1) Boleh duduk di rumah 24 jam.
2) Tidak perlu fikir soal promosi buku.
3) Tidak perlu kemahiran komputer yang tinggi. Cukup sekadar mashir WORD.
4) Jika buku anda terkenal, anda menjadi rebutan pula dari penerbit-penerbit lain.
5) Walaupun hanya 1 buku, keuntungan royalti buku boleh diwarisi sehingga anak cucu.
6) Jika buku anda luar biasa, ia akan difilemkan - dapat lagi royalti percuma.
7) Anda tak perlu fikir cara nak reka cover buku.
8) Anda tak perlu berurusan dengan pemborong dan pengedar.
9) Kerja anda sehari-hari hanya cari idea yang bernas.
10) Masa yg terluang dapat pula membuat menjalankan bisnes lain.
Antara faktor itulah menyebabkan sejauh mana pun kaya seseorang itu, walaupun bertahap billionaire, mereka cuba menulis buku sendiri. Cuba cari billionaire yang tiada buku.
Orang kata bisnes internet lebih laju income sebab ramai guna internet. Salah. Saya berani sanggah kenyataan itu. Mentaliti penduduk Malaysia tak sama macam Amerika dan Eropah. Di barat, nak beli kereta pun dah pakai internet, hal2 macam tu belum sampai lagi di Malaysia.
Jadi bagi yang memilih jalan menulis buku, jangan bimbang, bisnes jenis ini memang relevan.

Friday, 29 March 2013
Mengapa Berat Berhenti Kerja Kerajaan?
Mengapa agaknya?
Ada beberapa sebab mengapa orang ramai susah nak tinggalkan kerja kerajaan, antaranya ialah:

- Ada pencen
- Senang buat loan rumah/kereta/peribadi
- Senang dapat jodoh
Di atas adalah perkara-perkara yang pasti tidak kira berapa gaji yang diterima. Tetapi penjawat awam juga tidak lari dari beberapa tindakan ekonomi berikut:
- Ingin menambah pendapatan secara part-time.
- Mahu jalankan bisnes yang tidak perlu berhenti kerja. Maksudya, untung bisnes pun nak dan pencen pun nak.
- Melibatkan diri dalam jualan langsung.
Di bawah pula, adalah sebab-sebab seseorang penjawat susah nak berhenti kerja. Hati sebut nak berhenti dan menjalankan bisnes tetapi ada beberapa faktor yang menghalang.
- Cemuhan dari ibu bapa dan ahli keluarga - biasanya cemuhan ini datang dari keluarga jenis yang makan gaji sahaja. Maksudnya, tidak ada ahli-ahli keluarga yang mempunyai perniagaan sendiri yang untungnya puluhan ribu sebulan.
- Ketidakyakinan pasangan suami/isteri - Jika isteri nak berhenti kerja atas sebab nak bisnes, maka suami kurang yakin kemampuan isteri. Biasalah tu, lelaki hanya akan yakin bila nampak income isteri belasan ribu sebulan, barulah mereka yakin. Iisteri pula tidak yakin pada suami kerana suami jenis ikut-ikut orang dan takde pun dalam keturunan keluarga suami jenis bisnes.
- Tidak ada rakan dan ahli keluarga yang berbisnes - Ramai orang tak berani nak berniaga kerana tiada sahabat atau ahli keluarga yang mempunyai syarikat perniagaan sendiri. Bila ada rakan2 dan saudara mara yang berbisnes maka banyak maklumat bisnes akan diperolehi. Jadi keyakinan akan menebal.
Tuesday, 12 March 2013
Peminat Merungut Buku Tiada Di Kedai POPULAR
Ini kisah benar.
Seorang penerbit yang saya kenali merungut tentang bukunya yang tidak dijual di kedai buku POPULAR walaupun kedai buku elit itu pernah mengambil buku-bukunya sebelum ini.
Apa yang dirungutnya sebenarnya bukanlah tentang bukunya yang tiada di POPULAR tetapi masalah peminat-peminat yang menghantar emel kepadanya menghentam bagaimana bukunya tidak dijual di POPULAR sedangkan jarak stor pengedar utamanya hanya 10km dari kedai POPULAR.
Penerbit ini memberitahu peminat-peminat buku tidak faham situasi sebenar. Peminat hanya tahu, jika buku itu bagus, maka ia mesti ada di rak-rak buku kedai POPULAR.
Menurutnya ialah bukan kerana bukunya tidak laku atau tidak menarik, tetapi masalah kedai buku POPULAR itu sendiri yang berhutang banyak dengannya. Khabarnya RM10 ribu lebih. Malah hutang tak berbayar itu juga sudah lebih dari tempoh matang iaitu hampir 1 tahun tidak dibayar.
Dalam prosedur kewangan perjanjian, biasalah, jika kedai buku tak langsaikan huang kepada penerbit maka stok jualan buku akan ditahan sehingga hutang selesai. Paling tidak pun, kedai buku bayar 50% dari jumlah hutang keseluruhan.
Jadi penerbit ini memberitahu, sesetengah pembeli buku sangat skeptik. Pada mereka kedai buku POPULAR adalah segala-galanya.
Itu cerita dari penerbit terkenal juga tu. Sehingga hari ini, hutang POPULAR kepadanya sudah pun dibayar.

Saturday, 2 March 2013
Adakah Industri Buku Masih Releven?
Post kali ini khas utk menjawab soalan dr emel seorang pembaca kpd saya.
"tuan rasa industry buku ni masih sesuai untuk diceburi oleh orang orang yang baru ( dalam industry buku) di mana kedai kedai besar seperti popular dan mph memonopolinya."
Jawapan
Industri buku masih sesuai diceburi dan masih relevan sehingga sekarang. Walaupun dalam jarak kurang 2 kilometer ada kedai buku lain, kedai buku tetap relevan dibuka asalkan tempat tersebut ramai orang lalu-lalang khususnya budak2 sekolah atau pelajar IPT.
Adakah jika ada orang buka kedai buku berhampiran dgn anda maka kedai anda tidak akan ada pelanggan masuk?
Tidak benar. Kedai buku sedikit dibuka bukan kerana ada kedai buku lain tetapi kos pembukannya yg tinggi dan modal pusingan yg banyak. Itulah puncanya. Hanya yg benar2 kreatif dan cekap menilai pasaran shj yg berjaya.
Jika anda orang Islam, maka lebih relevan dibuka dan lebih banyak buku dpt dijual kerana 80% pengunjung masuk ke kedai buku adlh utk cari buku agama. Jika anda seorang peniaga pasar malam anda tak akan berjumpa org jual buku sekolah, mereka jual buku agama shj, mengapa?
Berbalik kepada kedai buku, kita harus ingat. Pengunjung masuk ke kedai buku kerana kedai itu ada macam2 buku yg diiklankan di akhbar. Selain itu, pengunjung terus-menerus ke kedai buku (luar supermarket) kerana hanya kedai itu shj yg ada di kawasannya dan sebab2 lain:
- ada stationary yg banyak.
- ada mesin photostat.
- susunan yg kemas.
Adakah sesuai kedai buku dibuka jika pasaran buku dimonopoli Popular dan MPH?
Sebenarnya Popular dan MPH tidak memonopoli pasaran buku. Hanya tanggapan orang awam kedai2 itu menguasai pasaran buku. Tahukah anda keuntungan sebenar Popular bukan kerana buku tetapi stationary dlm kedai itu. Barang2nya diambil dr China. Mereka dpt dgn harga yg murah.
POPULAR menjadi popular kerana semua kedainya dibuka dalm supermarket2 mewah. Orang suka masuk ke kedainya kerana interior design yg menarik yg mengalahkan IKEA, begitu juga MPH.
POPULAR semakin popular hanya disebabkan ada segelintir penerbit besar seperti PTS, Al-Hidayah dan sebagainya menganggap jika buku2 syarikat mereka berada di POPULAR maka produk itu benar2 laku.
POPULAR sebenarnya tidak boleh menjual buku2 agama seperti al-Quran, jualan tersebut haram di sisi Islam. Tetapi dari situlah keuntungan dibuat.
Disebabkan itu kita lihat kedai buku indie masih hidup kerana mereka sudah tahu hakikat sebenar pasaran buku yg tidak memonopoli pasaran. Mereka juga sudah tahu POPULAR juga ada masalah utk bayar ambilan buku dr penerbit2.
Jika anda seorang penerbit dan mahukan buku anda diambil POPULAR, mereka akan terima. Syaratnya bayaran untuk buku anda ialah 6 bulan. Bayangkan POPULAR mengambil masa setengah tahun utk bayar anda.
Kesimpulannya, jika ingin membuka kedai buku, jgn lihat kepada POPULAR dan MPH. Syarikat2 ini hanya berani buka di dalam supermarket besar kerana walk-in pengunjung yg ramai setiap hari. Mereka tidak berani buka di luar supermarket kerana walk-in yg sedikit. Di situlah kekuatan kedai buku indie.
Syarikat penerbit Telaga Biru, PTS dan lain2 menjadi popular bukan kerana POPULAR dan MPH, semasa mula2 masuk pasaran buku yakni belum dikenali ramai, kedai2 indie lah yg mengambil dan menjual buku2 mereka dan kedai2 indie lah yg bertanggungjawab menaikkan nama mereka sebenarnya.
Sekiranya para pembaca sekelian ingin membuka kedai buku, maka tanamlah cita-cita2 agar mencapai tahap sehingga menjadi penerbit. Kedai buku yg dlm masa yg sama menjadi penerbit buku adalah yg paling kaya sekali. Contohilah Karangkraf, big brother dlm industri buku, hartanya puluh2 juta ringgit dan dia bermula dgn kedai buku kecil dahulu.

Saturday, 16 February 2013
Bank Suka Syarikat Penerbitan
Beberapa hari lepas saya ke bank berdekatan untuk membuka akaun syarikat baru. Ini syarikat kedua saya, bisnes penerbitan juga tapi lebih fokus kepada design buku-buku agama.
Saya membuka akaun di Maybank, bukannya apa, sebab ada Maybank2u. Dah biasa dengan pengurusan Maybank. Gaji masa jd guru dulu pun masuk guna akaun Maybank jugak.
Cuma peliknya masa saya hendak buka akaun kebetulan berurusan dengan pengurus bank tersebut. Dia juga kebetulan berada di situ di kaunter pelanggan memerhati pekerjanya. Bila melihat borang buka akaun syarikat saya di meja kaunter, dia terus panggil nama saya. Saya agak terkejut kerana sepatutnya staf di kaunter yang panggil.
Bila nampak saya berdiri dia datang dekat dengan saya dan bercakap perlahan macam orang nak berbisik, "Kamu buat bisnes publishing ka?". Saya jawab Ya! Kemudian dia cakap, "Self publisher?". Saya jawab Ya! sambil tersenyum dan kehairan tengok muka dia.
Tiba-tiba dia jawab begini, "Kamu punya equipment mesti hampir 100K punya?". Saya tak menjawab apa-apa, sebab memang betul. Saya cuma tanya mengapa dia kata begitu.
Dia cakap biasanya, bank suka kalau ada syarikat penerbitan buka akaun syarikat dengan mereka. Menurutnya, akaun syarikat penerbitan sentiasa aktif berbanding syarikat lain. Dia juga beritahu, kalau akaun syarikat penerbitan, bank lebih 'jaga' dari syarikat lain.
Dia juga meneka saya membuat sendiri semua kerja, dari pencarian bahan, suntingan, design layout dan cover design. Saya tak dapat mengelak dari berkata, "Tidak". Mana tahu, mungkin ada saudara mara atau kawan-kawannya yang juga jadi publisher.
Saya bimbang dia pun tahu bisnes jenis tu. Saya cuma tersenyum dan tersengih kerang saja.
Kemudian, manager berbangsa India yang agak separuh abad umurnya tu menawarkan kepada saya membuat loan rumah atau kereta. Dia memberitahu supaya menjaga tertib akaun selama 3 tahun dan pastikan membayar income tax. Selepas itu dia akan meluluskan apa2 loan jika saya memohon.
Saya agak terkejut dengan tawaran itu kerana dalam sejarah bank, Maybank adalah antara bank paling kedekut sekali nak bagi loan kat individu melainkan orang tersebut benar2 cekang akaunnya. Apatah lagi nak bagi personal loan, lagilah kedekut.
Tapi saya memang berhasrat membeli sebuah rumah yg berharga RM1 juta lebih, berpagar, berpengawal atau di kawasan golf-golf resort. InsyaAllah awal tahun depan.
Saya agak terfikir jugak, akaun belum dibuka tapi dah tawar macam2. Kawan saya seorang kontraktor, akaunnya ada beratus2 ribu, itu pun bank mengeliat nak bagi. Macam2 dokumen diminta, padahal rumah yg nak dibeli bukannya sampai RM250k pun.
Tapi kita kena ingat, Maybank adalah bank tempatan yg terkaya di Malaysia dr mana2 bank. Sahamnya berada di papan utama dan lebih tinggi dari saham Petronas sendiri.
Selepas beberapa minit bercakap dgn manager tersebut, baru saya faham sebab apa penerbit buku besar2 di Malaysia senang dapat loan berjuta2 dalam tempoh yg singkat. Maksudnya, bulan Januari buat loan 1 juta kemudian bulan November (tahun yg sama) buat pula 1 juta (dan diluluskan) walaupun loan pertama belum habis bayar.
Subscribe to:
Posts (Atom)