Tuesday, 12 March 2013

Peminat Merungut Buku Tiada Di Kedai POPULAR

Ini kisah benar.

Seorang penerbit yang saya kenali merungut tentang bukunya yang tidak dijual di kedai buku POPULAR walaupun kedai buku elit itu pernah mengambil buku-bukunya sebelum ini.

Apa yang dirungutnya sebenarnya bukanlah tentang bukunya yang tiada di POPULAR tetapi masalah peminat-peminat yang menghantar emel kepadanya menghentam bagaimana bukunya tidak dijual di POPULAR sedangkan jarak stor pengedar utamanya hanya 10km dari kedai POPULAR.

Penerbit ini memberitahu peminat-peminat buku tidak faham situasi sebenar. Peminat hanya tahu, jika buku itu bagus, maka ia mesti ada di rak-rak buku kedai POPULAR.

Menurutnya ialah bukan kerana bukunya tidak laku atau tidak menarik, tetapi masalah kedai buku POPULAR itu sendiri yang berhutang banyak dengannya. Khabarnya RM10 ribu lebih. Malah hutang tak berbayar itu juga sudah lebih dari tempoh matang iaitu hampir 1 tahun tidak dibayar.

Dalam prosedur kewangan perjanjian, biasalah, jika kedai buku tak langsaikan huang kepada penerbit maka stok jualan buku akan ditahan sehingga hutang selesai. Paling tidak pun, kedai buku bayar 50% dari jumlah hutang keseluruhan.

Jadi penerbit ini memberitahu, sesetengah pembeli buku sangat skeptik. Pada mereka kedai buku POPULAR adalah segala-galanya.

Itu cerita dari penerbit terkenal juga tu. Sehingga hari ini, hutang POPULAR kepadanya sudah pun dibayar.

No comments:

Post a Comment