Showing posts with label pensyarah. Show all posts
Showing posts with label pensyarah. Show all posts

Thursday, 11 April 2013

Pengalaman Pertama Saya Dalam Penerbitan

Salam,

Ada yg minta saya cerita bagaimana saya blh terjun dlm dunia penerbitan. Ceritanya simple saja. Semuanya based on kemahiran komputer saya. Saya bukan pelajar IT, di IPT pun saya cuma ambil kos Psikologi tapi dalam masa yg sama saya memang minat komputer.

Semuanya belajar sendiri. Saya beli buku komputer, dapat loan PTPTN, objek pertama saya beli ialah desktop komputer beserta printer. Itu masa semester 1. Kemahiran saya berkomputer meningkat mendadak bila saya terlalu gila main strategy game. Masa di IPT dulu, saya kerap main Red Alert, Warcraft dan KKND.

Tapi masa saya jd guru, saya pernah tangkap anak2 murid saya main game kat cyber cafe. Masa tangkap bebudak tu, dalam hati saya sebut, "Korang tak tau, aku dulu lg terer." Kadang2 saya tersenyum sendiri melihat gelagat anak murid saya.

Saya ada satu kemahiran lagi yg jarang-jarang orang ada. Saya pandai melukis kartun. Kartun saya pernah dihantar kepada majalah Gila-Gila dan Gelihati (zaman 90-an). Tak ingatlah, terbit ke tak. Saya hantar kartun ketika tu umur saya baru 13 tahun. Sekarang saya masih melukis kartun tetapi masih belum terbit.

Pengalaman pertama terbit buku saya lalui ketika berada di semester 4 di IPT. Seorang pensyarah bahasa Arab, saya dengar sedang mencari orang yang boleh melukis untuk buku belajar bahasa Arabnya. Saya tawarkan diri. Saya diberi manuskrip arab (berserta terjemahan) untuk melakar kartun ikut dialog dalam manuskrip tersebut. Jadi bila balik ke hostel, saya pun lukislah kartun. Masa saya lukis biasanya ada beberapa orang tukang 'kacau daun' (kawan-kawan) yang akan bertenggek di keliling melihat saya melukis.

Selepas mengetahui saya juga mahir dalam komputer khususnya Word, ustaz arab itu pun suruh saya edit softcopy manuskripnya. Saya lakukan dengan baik sekali dan berjaya hantar manuskrip mengikut tarikh yang ditetapkan pihak universiti. Apa lagi, bukan main melompat ustaz arab tu. Jadi dia hadiahkan pada saya satu softcopy keseluruhan kajian sarjananya yang baru saja siap sebulan. Tajuknya tentang Zindiq.

Itulah buku pertama yg saya terbit. Takde apa2 royalti tapi dapat pengalaman.

Tuesday, 5 June 2012

Perisian Untuk Menulis Buku



Di dalam industri buku, perisian apakah yang paling sesuai digunakan?

Dalam dunia penerbitan, tidak kiralah nak terbit majalah, tulis buku, katalog atau apa saja. Hanya ada dua software yang paling popular digunakan iaitu QuarkXpress dan Adobe InDesign.

Kedua-dua perisian ini digunakan oleh syarikat-syarikat antarabangsa seluruh dunia. Ia satu perisian profesional dan berkeupayaan tinggi. Harga kedua-duanya juga boleh tahan.

QuarkXpress RM 4000 lebih
InDesign RM2000 lebih.

Macam mana kalau sekadar tulis novel, buku sejarah atau buku yang tak perlukan banyak reka  bentuk profesional, sesuaikah pakai QuarkXpress dan InDesign?

Jawapannya, ikhlas cakap kurang sesuai. Kalau sekadar tulis buku yang tidak banyak reka bentuk dalaman saya cadangkan pakai Microsoft Publisher atau taip saja dalam Microsoft Word.

Tapi bagi mereka yang bekerja dengan penerbit besar, tak perlulah payah-payah guna Publisher, QuarkXpress atau InDesign, cukuplah sekadar tulis dalam WORD. Perisian-perisian itu saya maksudkan untuk kegunaan editor sesebuah syarikat penerbitan atau penulis yang mahu menerbitkan sendiri buku.

Paparan QuarkXpress versi Mac.

Paparan Adobe InDesign