Thursday, 11 April 2013

Penulis Buku: Satu-satunya bisnes di Malaysia yang paling cepat jadi kaya

Di Malaysia dan seluruh dunia, bisnes paling cepat jadi kaya dalam masa setahun ialah 'menerbitkan buku'. Ia bisnes profesional yang diiktiraf seluruh dunia. Ia bergantung sepenuhnya kepada idea walaupun anda tak mahir komputer skala tinggi.

Bisnes internet pun tak boleh lawan termasuklah google adsense, jualan online dan sebagainya. Apakah kelebihan menjadi penulis sepenuh masa?

Penulis buku ada kelebihan-kelebihan berikut:

1) Boleh duduk di rumah 24 jam.
2) Tidak perlu fikir soal promosi buku.
3) Tidak perlu kemahiran komputer yang tinggi. Cukup sekadar mashir WORD.
4) Jika buku anda terkenal, anda menjadi rebutan pula dari penerbit-penerbit lain.
5) Walaupun hanya 1 buku, keuntungan royalti buku boleh diwarisi sehingga anak cucu.
6) Jika buku anda luar biasa, ia akan difilemkan - dapat lagi royalti percuma.
7) Anda tak perlu fikir cara nak reka cover buku.
8) Anda tak perlu berurusan dengan pemborong dan pengedar.
9) Kerja anda sehari-hari hanya cari idea yang bernas.
10) Masa yg terluang dapat pula membuat menjalankan bisnes lain.

Antara faktor itulah menyebabkan sejauh mana pun kaya seseorang itu, walaupun bertahap billionaire, mereka cuba menulis buku sendiri. Cuba cari billionaire yang tiada buku.

Orang kata bisnes internet lebih laju income sebab ramai guna internet. Salah. Saya berani sanggah kenyataan itu. Mentaliti penduduk Malaysia tak sama macam Amerika dan Eropah. Di barat, nak beli kereta pun dah pakai internet, hal2 macam tu belum sampai lagi di Malaysia.

Jadi bagi yang memilih jalan menulis buku, jangan bimbang, bisnes jenis ini memang relevan.

Friday, 29 March 2013

Mengapa Berat Berhenti Kerja Kerajaan?

Mengapa agaknya?

Ada beberapa sebab mengapa orang ramai susah nak tinggalkan kerja kerajaan, antaranya ialah:

  1. Ada pencen
  2. Senang buat loan rumah/kereta/peribadi
  3. Senang dapat jodoh
Di atas adalah perkara-perkara yang pasti tidak kira berapa gaji yang diterima. Tetapi penjawat awam juga tidak lari dari beberapa tindakan ekonomi berikut:
  1. Ingin menambah pendapatan secara part-time.
  2. Mahu jalankan bisnes yang tidak perlu berhenti kerja. Maksudya, untung bisnes pun nak dan pencen pun nak.
  3. Melibatkan diri dalam jualan langsung.
Di bawah pula, adalah sebab-sebab seseorang penjawat susah nak berhenti kerja. Hati sebut nak berhenti dan menjalankan bisnes tetapi ada beberapa faktor yang menghalang.
  1. Cemuhan dari ibu bapa dan ahli keluarga - biasanya cemuhan ini datang dari keluarga jenis yang makan gaji sahaja. Maksudnya, tidak ada ahli-ahli keluarga yang mempunyai perniagaan sendiri yang untungnya puluhan ribu sebulan.
  2. Ketidakyakinan pasangan suami/isteri - Jika isteri nak berhenti kerja atas sebab nak bisnes, maka suami kurang yakin kemampuan isteri. Biasalah tu, lelaki hanya akan yakin bila nampak income isteri belasan ribu sebulan, barulah mereka yakin. Iisteri pula tidak yakin pada suami kerana suami jenis ikut-ikut orang dan takde pun dalam keturunan keluarga suami jenis bisnes.
  3. Tidak ada rakan dan ahli keluarga yang berbisnes - Ramai orang tak berani nak berniaga kerana tiada sahabat atau ahli keluarga yang mempunyai syarikat perniagaan sendiri. Bila ada rakan2 dan saudara mara yang berbisnes maka banyak maklumat bisnes akan diperolehi. Jadi keyakinan akan menebal.

Tuesday, 12 March 2013

Peminat Merungut Buku Tiada Di Kedai POPULAR

Ini kisah benar.

Seorang penerbit yang saya kenali merungut tentang bukunya yang tidak dijual di kedai buku POPULAR walaupun kedai buku elit itu pernah mengambil buku-bukunya sebelum ini.

Apa yang dirungutnya sebenarnya bukanlah tentang bukunya yang tiada di POPULAR tetapi masalah peminat-peminat yang menghantar emel kepadanya menghentam bagaimana bukunya tidak dijual di POPULAR sedangkan jarak stor pengedar utamanya hanya 10km dari kedai POPULAR.

Penerbit ini memberitahu peminat-peminat buku tidak faham situasi sebenar. Peminat hanya tahu, jika buku itu bagus, maka ia mesti ada di rak-rak buku kedai POPULAR.

Menurutnya ialah bukan kerana bukunya tidak laku atau tidak menarik, tetapi masalah kedai buku POPULAR itu sendiri yang berhutang banyak dengannya. Khabarnya RM10 ribu lebih. Malah hutang tak berbayar itu juga sudah lebih dari tempoh matang iaitu hampir 1 tahun tidak dibayar.

Dalam prosedur kewangan perjanjian, biasalah, jika kedai buku tak langsaikan huang kepada penerbit maka stok jualan buku akan ditahan sehingga hutang selesai. Paling tidak pun, kedai buku bayar 50% dari jumlah hutang keseluruhan.

Jadi penerbit ini memberitahu, sesetengah pembeli buku sangat skeptik. Pada mereka kedai buku POPULAR adalah segala-galanya.

Itu cerita dari penerbit terkenal juga tu. Sehingga hari ini, hutang POPULAR kepadanya sudah pun dibayar.

Saturday, 2 March 2013

Adakah Industri Buku Masih Releven?

Post kali ini khas utk menjawab soalan dr emel seorang pembaca kpd saya.

"tuan rasa industry buku ni masih sesuai untuk diceburi oleh orang orang yang baru ( dalam industry buku) di mana kedai kedai besar seperti popular dan mph memonopolinya."

Jawapan


Industri buku masih sesuai diceburi dan masih relevan sehingga sekarang. Walaupun dalam jarak kurang 2 kilometer ada kedai buku lain, kedai buku tetap relevan dibuka asalkan tempat tersebut ramai orang lalu-lalang khususnya budak2 sekolah atau pelajar IPT.

Adakah jika ada orang buka kedai buku berhampiran dgn anda maka kedai anda tidak akan ada pelanggan masuk?

Tidak benar. Kedai buku sedikit dibuka bukan kerana ada kedai buku lain tetapi kos pembukannya yg tinggi dan modal pusingan yg banyak. Itulah puncanya. Hanya yg benar2 kreatif dan cekap menilai pasaran shj yg berjaya.

Jika anda orang Islam, maka lebih relevan dibuka dan lebih banyak buku dpt dijual kerana 80% pengunjung masuk ke kedai buku adlh  utk cari buku agama. Jika anda seorang peniaga pasar malam anda tak akan berjumpa org jual buku sekolah, mereka jual buku agama shj, mengapa?

Berbalik kepada kedai buku, kita harus ingat. Pengunjung masuk ke kedai buku kerana kedai itu ada macam2 buku yg diiklankan di akhbar. Selain itu, pengunjung terus-menerus ke kedai buku (luar supermarket) kerana hanya kedai itu shj  yg ada di kawasannya dan sebab2 lain:

- ada stationary yg banyak.
- ada mesin photostat.
- susunan yg kemas.



Adakah sesuai kedai buku dibuka jika pasaran buku dimonopoli Popular dan MPH?

Sebenarnya Popular dan MPH tidak memonopoli pasaran buku. Hanya tanggapan orang awam kedai2 itu menguasai pasaran buku. Tahukah anda keuntungan sebenar Popular bukan kerana buku tetapi stationary dlm kedai itu. Barang2nya diambil dr China. Mereka dpt dgn harga yg murah.

POPULAR menjadi popular kerana semua kedainya dibuka dalm supermarket2 mewah. Orang suka masuk ke kedainya kerana interior design yg menarik yg mengalahkan IKEA, begitu juga MPH. 

POPULAR semakin popular hanya disebabkan ada segelintir penerbit besar seperti PTS, Al-Hidayah dan sebagainya menganggap jika buku2 syarikat mereka berada di POPULAR maka produk itu benar2 laku.

POPULAR sebenarnya tidak boleh menjual buku2 agama seperti al-Quran, jualan tersebut haram di sisi Islam. Tetapi dari situlah keuntungan dibuat.

Disebabkan itu kita lihat kedai buku indie masih hidup kerana mereka sudah tahu hakikat sebenar pasaran buku yg tidak memonopoli pasaran. Mereka juga sudah tahu POPULAR juga ada masalah utk bayar ambilan buku dr penerbit2.

Jika anda seorang penerbit dan mahukan buku anda diambil POPULAR, mereka akan terima. Syaratnya bayaran untuk buku anda ialah 6 bulan. Bayangkan POPULAR mengambil masa setengah tahun utk bayar anda.

Kesimpulannya, jika ingin membuka kedai buku, jgn lihat kepada POPULAR dan MPH. Syarikat2 ini hanya berani buka di dalam supermarket besar kerana walk-in pengunjung yg ramai setiap hari. Mereka tidak berani buka di luar supermarket kerana walk-in yg sedikit. Di situlah kekuatan kedai buku indie.

Syarikat penerbit Telaga Biru, PTS dan lain2 menjadi popular bukan kerana POPULAR dan MPH, semasa mula2 masuk pasaran buku yakni belum dikenali ramai, kedai2 indie lah yg mengambil dan menjual buku2 mereka dan kedai2 indie lah yg bertanggungjawab menaikkan nama mereka sebenarnya. 

Sekiranya para pembaca sekelian ingin membuka kedai buku, maka tanamlah cita-cita2 agar mencapai tahap sehingga menjadi penerbit. Kedai buku yg dlm masa yg sama menjadi penerbit buku adalah yg paling kaya sekali. Contohilah Karangkraf, big brother dlm industri buku, hartanya puluh2 juta ringgit dan dia bermula dgn kedai buku kecil dahulu.

Saturday, 16 February 2013

Bank Suka Syarikat Penerbitan



Beberapa hari lepas saya ke bank berdekatan untuk membuka akaun syarikat baru. Ini syarikat kedua saya, bisnes penerbitan juga tapi lebih fokus kepada design buku-buku agama.

Saya membuka akaun di Maybank, bukannya apa, sebab ada Maybank2u. Dah biasa dengan pengurusan Maybank. Gaji masa jd guru dulu pun masuk guna akaun Maybank jugak.

Cuma peliknya masa saya hendak buka akaun kebetulan berurusan dengan pengurus bank tersebut. Dia juga kebetulan berada di situ di kaunter pelanggan memerhati pekerjanya. Bila melihat borang buka akaun syarikat saya di meja kaunter, dia terus panggil nama saya. Saya agak terkejut kerana sepatutnya staf di kaunter yang panggil.

Bila nampak saya berdiri dia datang dekat dengan saya dan bercakap perlahan macam orang nak berbisik, "Kamu buat bisnes publishing ka?". Saya jawab Ya! Kemudian dia cakap, "Self publisher?". Saya jawab Ya! sambil tersenyum dan kehairan tengok muka dia.

Tiba-tiba dia jawab begini, "Kamu punya equipment mesti hampir 100K punya?". Saya tak menjawab apa-apa, sebab memang betul. Saya cuma tanya mengapa dia kata begitu.

Dia cakap biasanya, bank suka kalau ada syarikat penerbitan buka akaun syarikat dengan mereka. Menurutnya, akaun syarikat penerbitan sentiasa aktif berbanding syarikat lain. Dia juga beritahu, kalau akaun syarikat penerbitan, bank lebih 'jaga' dari syarikat lain.

Dia juga meneka saya membuat sendiri semua kerja, dari pencarian bahan, suntingan, design layout dan cover design. Saya tak dapat mengelak dari berkata, "Tidak". Mana tahu, mungkin ada saudara mara atau kawan-kawannya yang juga jadi publisher.

Saya bimbang dia pun tahu bisnes jenis tu. Saya cuma tersenyum dan tersengih kerang saja.

Kemudian, manager berbangsa India yang agak separuh abad umurnya tu menawarkan kepada saya membuat loan rumah atau kereta. Dia memberitahu supaya menjaga tertib akaun selama 3 tahun dan pastikan membayar income tax. Selepas itu dia akan meluluskan apa2 loan jika saya memohon.

Saya agak terkejut dengan tawaran itu kerana dalam sejarah bank, Maybank adalah antara bank paling kedekut sekali nak bagi loan kat individu melainkan orang tersebut benar2 cekang akaunnya. Apatah lagi nak bagi personal loan, lagilah kedekut.

Tapi saya memang berhasrat membeli sebuah rumah yg berharga RM1 juta lebih, berpagar, berpengawal atau di kawasan golf-golf resort. InsyaAllah awal tahun depan.

Saya agak terfikir jugak, akaun belum dibuka tapi dah tawar macam2. Kawan saya seorang kontraktor, akaunnya ada beratus2 ribu, itu pun bank mengeliat nak bagi. Macam2 dokumen diminta, padahal rumah yg nak dibeli bukannya sampai RM250k pun.

Tapi kita kena ingat, Maybank adalah bank tempatan yg terkaya di Malaysia dr mana2 bank. Sahamnya berada di papan utama dan lebih tinggi dari saham Petronas sendiri.

Selepas beberapa minit bercakap dgn manager tersebut, baru saya faham sebab apa penerbit buku besar2 di Malaysia senang dapat loan berjuta2 dalam tempoh yg singkat. Maksudnya, bulan Januari buat loan 1 juta kemudian bulan November (tahun yg sama) buat pula 1 juta (dan diluluskan) walaupun loan pertama belum habis bayar.

Thursday, 14 February 2013

Guru Baru Kurang Pengalaman Hidup

Saya teringat lagi ketika sedang berkursus di IPTS, seorang guru wanita muda DG41 bertanya saya tentang perkara-perkara yang kurang disenanginya apabila berjumpa guru-guru senior. Dia melihat ramai guru-guru wanita berniaga direct selling dalam bilik guru. Dia kurang senang dengan situasi itu. Katanya guru sekarang tidak mengutamakan kerja.

Saya faham perasaannya tambahan pula masih bujang dan masih bersemangat. Tetapi memandangkan dia baru setahun jagung dalam pendidikan saya berikan jawapan yang lebih bersifat logik-analitik.

Saya kata kepadanya, "Itulah membuktikan gaji guru masih belum cukup. Tahukah kamu, gaji sebulan guru di Eropah dan Singapura sudah boleh membeli kereta."

Dia agak terdiam. Tetapi masih cuba memperbetulkan persepsinya. Katanya, "Bukankah peraturan tidak membenarkan guru berniaga dan membuat kerja lain ketika bekerja?"

Saya sudah agak soalan itu, lalu saya pun jawab begini,

"Itu hanya peraturan, tahu tak kamu berapa ramai pegawai JUSA yang memiliki syarikat sendiri? berapa ramai pengetua yang mempunyai syarikat kontraktor sendiri dan berapa ramai pegawai2 di PPD, JPN dan KPM yang ada part time busines?"

(Saya tahu benar tentang muslihat kakitangan pendidikan menggunakan tender sekolah untuk mengambil sedikit percent. Kalau peringkat IPT pula, pegawai2 besar suka tunggu kedai-kedai buku buat pameran buku. Ada saja percent 'bawah meja' yang hendak diminta.)

Dia tidak menjawab tetapi kelihatan sedikit terkejut. Saya sudah agak reaksi tersebut.

Tambah saya, "Kamu belum kahwin, mungkin belum tahu kegunaan wang yang sebenarnya. Jika lepas kahwin nanti barulah tahu bagaiman duit tu mengalir keluar macam air."

Saya menjawab soalannya sambil tersenyum. Dia kelihatan tidak marah tetapi seperti seronok pula nak mengetahui apa realiti hidup jika sudah kahwin.

Realiti hidup selepas kahwin ialah jangan harap jika suami isteri bekerja dengan gaji DG41 masih mampu simpan duit setahun RM5000. Ia adalah realiti. Bukan salah suami isteri tetapi salah sistem gaji guru di Malaysia yang masih ketinggalan zaman.

Setengah orang dapat gaji sebulan RM2800 sudah melompat2. Tetapi kalau dibuat pengiraan matematik berdasarkan kos PTPTN, kos hidup seharian, kos susu anak dan pampers, kos jaga budak, kos ulang alik minyak kereta dan sebagainya, RM4000 pun belum cukup. Tambahan pula yang tinggal di bandar besar.

Saturday, 2 February 2013

Bisnes Buku Lebih Untung Dari Semua Bisnes

Bisnes paling untung dan paling bertahan lama ialah industri buku. Ia lebih kukuh dari pengeluar produk komputer, kereta, motosikal dan makanan. Mengapa?

Menerbitkan buku adalah mudah, ia hanya perlu menghasilkan 'idea' yg bernas. Selepas itu, buku tersebut akan laku seumur hidup paling kurang 100 tahun.

Untuk menghasilkan sebuah buku yang bestseller, ia tidak perlukan teknologi tinggi. Kulit yang cantik dan susun atur dalaman hanyalah persembahan sampingan, tetapi jika buku anda sangat berguna maka kandungan maklumat adalah tujuan utama para pembeli.

Jarang orang beli buku sebab kecantikan kulit buku. Orang beli kerana isi dalamannya. Orang nak tahu apa yang anda tulis dan apa manfaatnya jika buku tersebut dibaca.

Buku yang diterbitkan 300 tahun dahulu masih boleh diguna hingga sekarang kerana maklumatnya. Tetapi perisian komputer yang direka tahun lepas belum tentu boleh laku tahun ini. Jika nak laku, pengeluar perisian terpaksa mengubahsuai sedikit sistem dan mengisytiharkannya sebagai 'versi terkini di pasaran!'.

Buku tidak begitu, ia bergantung sepenuhnya kepada keupayaan maklumat. Dan orang Islam adalah masyarakat paling kaya di dunia dalam bisnis buku. Jangan lihat penulis Harry Potter, novelis J.R.R. Tolkien sebagai manusia terkaya. Mereka hanya kaya kerana buku mereka difilemkan. Lagi 10 tahun, filem tersebut orang sudah tidak berminat.

Buku paling laku di dunia ialah buku agama. Kitab Ihya Ulumuddin masih laku sehingga sekarang walaupun ia diterbitkan pada tahun 1100 M. Jika keturunan Imam Al-Ghazali ada dan mendaftarkan hakcipta, jenuhlah syarikat penerbitan hendak bayar royalti.

Dengan berkat kitab tersebut dan kitab ulama-ulama lain yang memberi hakcipta percuma, ia menyebabkan penerbit-penerbit Muslim menjadi kaya sekelip mata. Mereka boleh menjual kitab tanpa perlu bayar royalti kepada penulis.

Tahukah anda, dalam industri buku Malaysia, nadi utama sumber pendapatan yang stabil ialah penerbitan Al-Quran. Dalam dunia buku di Malaysia, setiap penerbit mengidam-idamkan mempunyai al-Quran terbitan sendiri kerana ia adalah sumber keuntungan yang evergreen. Yakni jika buku-buku lain syarikatnya tak laku maka hutang-piutang masih boleh dicover dengan keuntungan dari jualan Al-Quran.

Jualan Al-Quran lebih stabil dari mana-mana buku dalam Malaysia.