Saya teringat lagi ketika sedang berkursus di IPTS, seorang guru wanita muda DG41 bertanya saya tentang perkara-perkara yang kurang disenanginya apabila berjumpa guru-guru senior. Dia melihat ramai guru-guru wanita berniaga direct selling dalam bilik guru. Dia kurang senang dengan situasi itu. Katanya guru sekarang tidak mengutamakan kerja.
Saya faham perasaannya tambahan pula masih bujang dan masih bersemangat. Tetapi memandangkan dia baru setahun jagung dalam pendidikan saya berikan jawapan yang lebih bersifat logik-analitik.
Saya kata kepadanya, "Itulah membuktikan gaji guru masih belum cukup. Tahukah kamu, gaji sebulan guru di Eropah dan Singapura sudah boleh membeli kereta."
Dia agak terdiam. Tetapi masih cuba memperbetulkan persepsinya. Katanya, "Bukankah peraturan tidak membenarkan guru berniaga dan membuat kerja lain ketika bekerja?"
Saya sudah agak soalan itu, lalu saya pun jawab begini,
"Itu hanya peraturan, tahu tak kamu berapa ramai pegawai JUSA yang memiliki syarikat sendiri? berapa ramai pengetua yang mempunyai syarikat kontraktor sendiri dan berapa ramai pegawai2 di PPD, JPN dan KPM yang ada part time busines?"
(Saya tahu benar tentang muslihat kakitangan pendidikan menggunakan tender sekolah untuk mengambil sedikit percent. Kalau peringkat IPT pula, pegawai2 besar suka tunggu kedai-kedai buku buat pameran buku. Ada saja percent 'bawah meja' yang hendak diminta.)
Dia tidak menjawab tetapi kelihatan sedikit terkejut. Saya sudah agak reaksi tersebut.
Tambah saya, "Kamu belum kahwin, mungkin belum tahu kegunaan wang yang sebenarnya. Jika lepas kahwin nanti barulah tahu bagaiman duit tu mengalir keluar macam air."
Saya menjawab soalannya sambil tersenyum. Dia kelihatan tidak marah tetapi seperti seronok pula nak mengetahui apa realiti hidup jika sudah kahwin.
Realiti hidup selepas kahwin ialah jangan harap jika suami isteri bekerja dengan gaji DG41 masih mampu simpan duit setahun RM5000. Ia adalah realiti. Bukan salah suami isteri tetapi salah sistem gaji guru di Malaysia yang masih ketinggalan zaman.
Setengah orang dapat gaji sebulan RM2800 sudah melompat2. Tetapi kalau dibuat pengiraan matematik berdasarkan kos PTPTN, kos hidup seharian, kos susu anak dan pampers, kos jaga budak, kos ulang alik minyak kereta dan sebagainya, RM4000 pun belum cukup. Tambahan pula yang tinggal di bandar besar.
No comments:
Post a Comment