Saturday, 19 January 2013

Penulis Novel: Menjana Pendapatan Melalui Pelajar Sekolah

Kebanyakan penulis novel cinta dan remaja adalah guru-guru sekolah atau bekas guru. Dan kebanyakan penulis novel yang berjaya adalah wanita.

Bagi guru-guru yang sedang berkerja dan dalam masa yang sama minat penulisan novel. Saya dapati teramat mudah untuk mereka membina kelompok peminat dan pembeli tegar.

Oleh itu, guru-guru berpeluang besar menggunakan pelajar-pelajar mereka sebagai satu sumber pendapatan berterusan sepanjang hayat jika kaedah yang digunakan kena dengan situasinya.

Cara membina kelompok peminat dikalangan pelajar.

1.  Tulis novel berkaitan remaja lingkungan umuar 11-17 tahun.
2.  Tulis satu bab novel dan minta pelajar-pelajar anda masukkan dalam facebook mereka.
3.  Sentiasa tangkap gambar pelajar dan anda dan masukkan dalam facebook anda.
4.  Pastikan anda menjadi tempat pelajar meluahkan perasaan.
5.  Pelajar akan lebih puas apabila sebahagian kisah hidup mereka dimasukkan dalam cerita novel

Pelajar yang mengetahui sebahagian kisah-kisah mereka diadaptasikan dalam novel anda, maka mereka akan puas hati dan akan cuba mempromosikan novel tersebut kepada rakan-rakan lain. Dengan ini, anda sudah mempunyai agen jualan tak rasmi tanpa gaji.

Gunakan Konsep Baiah

Dalam konsep Bai'ah yang diperkenalkan KPM, Pengetua atau Guru Besar bertungkus-lumus 'menekan' guru untuk mendapat imbuhan RM7000 sedangkan guru hanya RM800. Nilai tersebut tidak ketara malah memberi tekanan perasaan kepada guru.

Sekarang anda gunakan pelajar sebagai sumber pendapatan. Jadikan naluri perasaan mereka sebagai sumber inspirasi dan jalan menyiapkan novel anda. Ia lebih baik keran penat-lelah menulis akan dibayar dengan royalti jualan novel yang tinggi.

Sekiranya novel anda  berjaya, anda tidak perlu lagi bimbang tentang borang prestasi yang perlu diisi setiap tahun yang mana Penolong-Penolong Kanan menggunakan borang itu untuk 'mengugut' guru agar tidak dicadangkan kenaikan gaji beberapa ratus setahun.

Thursday, 10 January 2013

Durian Runtuh Baucar Buku 1Malaysia 2013

Rata-rata penggiat industri buku sedang ternanti-nanti janji Najib untuk melancarkan secara rasmi baucar buku 1Malaysia yang dijanjikan pada bulan Januari hingga Februari ini. Tapi masih belum ada tanda-tanda nak bergerak.

Beberapa sahabat saya yang menjadi penerbit, agen buku dan pekedai buku dah mula cetak iklan, flyer, poster mewar-warkan baucar 1Malaysia walaupun keputusan tu agak berpeluh nak dibuat. Mana tidaknya, takut Najib batal saat-saat akhir.

Seorang sahabat kelmarin menelefon terus orang Kementerian Kewangan di Putrajaya, mereka mengatakan waran telah diluluskan dan cuma tungguh tarikh pelancarannya sahaja dari Perdana Menteri. Dengar berita tu, saya rasa lega sebab inilah peluang penerbit, penulis, agen dan tokey kedai buku mendapat wang tunai dari jualan.


Persiapan Menjadi Penerbit Sendiri

Untuk menjadi penerbit sendiri, hendaklah tubuh syarikat penerbitan sendiri. Adakah sukar? tidak, modalnya pun tak banyak. Di bawah adalah langkah-langkah menubuh syarikat.

Langkah-langkah tubuh syarikat penerbitan.

1. Daftarkan perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Sehari saja dah siap.
2. Buat 2 cop syarikat. Satu jenis biasa, satu jenis bulat.
3. BUka akaun semasa dengan bank. Jangan guna akaun peribadi.

* Saya syorkan buka akaun Maybank dan register Maybank2u. Urusan cek Maybank lebih cekap. Belajar serba sedikit menulis cek.

Kelengkapan lain yang wajib.

1. Pastikan anda membeli mesin faks untuk pasang di rumah. Jangan beli printer 4 in 1 yang ada fungsi faks, nanti cepat rosak. MEsin faks penting untuk urusan dengan Peprustakaan Negara kelak.
2. Buat emel nama syarikat, jangan guna emel peribadi.
3. Reka logo syarikat sendiri untuk diletakkan dalam letterhead.


Tentukan Bidang Penulisan

(sumber: hassan1663.blogspot.com)

Jika anda sudah menetapkan untuk menceburi dalam penulisan (walaupun secara part time), saya nasihatkan tentukan niche penulisan anda terlebih dahulu. Niche penulisan ialah bidang fokus anda. Pilih bidang yang paling cekap anda tulis dan minat. Dalam erti kata lain anda sangat obses dengan bidang tersebut.

Jika anda ingin menjadi jutawan buku di Malaysia, di bawah ini ialah bidang-bidang yang telah dikenal pasti mampu meningkatkan jualan kepada kadar lebih RM1 juta setahun.
  1. Bidang agama
  2. Novel remaja
  3. Novel cinta Islamik
  4. Isu-isu akhir zaman atau teori konspirasi
  5. Buku rujukan sekolah rendah & menengah
  6. Masakan
  7. Bisnes
Bidang motivasi juga boleh membuatkan buku anda laku tetapi, anda haruslah seorang yang popular, pernah masuk TV, dan macam-macam lagi. Itu agak memenatkan dan tak berbaloi. Kalau hari ini anda diminati, tiba2 esok hari ada motivator lain yang muncul yang lebih menarik, kepopularan anda akan jatuh.

Sebaik-baik bidang yang dipilih hendaklah apa yang diminati sahaja. Itu sudah memadai.

Sunday, 6 January 2013

Ekosistem Industri Buku

Industri buku adalah perniagaan yang paling kalis ekonomi. Buku bukan dibeli dengan paksa (kecualilah buku sekolah), buku dibeli sebab minat atau hobi atau sifat ingin tahu. Jika di bulan Ramadhan, buku-buku amalan sepanjang bulan Rejab, Syaaban, Syawal, panduan terawikh dan cara solat raya akan laku.

Pada Disember setiap tahun, buku-buku teks akan laku. Pada bulan Januari hingga Mac, buku-buku rujukan sekolah akan laku. Pada 6 bulan sebelum musim haji, buku-buku berkaitan haji akan laku. Pada waktu kegawatan ekonomi yakni ketika banyak orang menganggur, buku-buku jenis cara menambah pendapatan, memulakan bisnes sendiri akan laku.

Ekosistem Buku

Buku dijual di kedai buku. Maksudnya, operasi akhir industri buku ialah kedai buku. Keuntungan sesebuah kedai buku ialah melalui berapa banyak buku dibeli dikedainya. Namun begitu, pekedai buku lebih suka kalau buku-buku bestseller ada di kedainya kerana buku sebegitulah yang akan laku cepat. Pekedai buku tak suka kalau hanya ada buku yang sama sahaja di kedainya, pelanggan akan bosan. Pekedai buku suka kalau penerbit keluarkan berbagai-bagai tajuk pada setiap masa.

Oleh itu, pekedai buku sentiasa perlukan buku. Buku pula hanya dikeluarkan oleh penerbit. Manakala penerbit tidak dapat mengeluarkan buku jika tiada penulis yang mahu menulis. Penerbit yang mahu untung mahukan buku-buku terbitannya bertaraf bestseller. Buku bestseller hanya mampu dikeluarkan oleh penulis-penulis tertentu sahaja mengikut bidang masing-masing.

Kesimpulannya, punca utama yang menghidupkan industri buku seluruh dunia ialah penulis. Tanpa penulis, penerbit tak boleh hidup, tanpa penerbit, kilang cetak buku tak boleh cari makan, tanpa penerbit, pekedai buku tak boleh buka kedai. Tanpa kedai buku, masyarakat tak dapat membeli buku dan membaca.

Maka sekarang menjadi trend baru, pekedai buku mula bertindak menjadi penerbit, malah ada yang dah mula mencari pelbagai bakat-bakat penulis. Ini perkara yang menguntungkan penulis kerana percent royalti akan lebih luas dan tak perlu dikerat-kerat oleh penerbit lagi.

Keperluan Perisian Untuk Penerbit Sendiri

Bagi penulis-penulis yang berminat untuk menerbit sendiri buku, perkara terbaik bagi mereka ialah mengetahui 3 perisian utama dalam dunia penerbitan. Perisian itu ialah:

  1. Adobe InDesign
  2. Adobe Photoshop
  3. Adobe Illustrator
InDesign direka khusus untuk tujuan menghasilkan buku, jurnal, flyer, risalah, katalog-katalog barang, portfolio dan sebagainya. Ciri-ciri dalamannnya disesuaikan mengikut keperluan mesin pencetak kertas yang berada di kilang-kilang cetak. Semua buku di pasaran menggunakan perisian ini apatah lagi buku-buku akademik dari luar negara. InDesign model terbaru iaitu CS6, mempunyai option untuk menghasilkan digital publishing seperti ebook-ebook untuk Ipad dan Galaxy.

contoh layout majalah menggunanakan InDesign.

Photoshop adalah perisian rekabentuk yang dibina khusus untuk menghasilkan grafik-grafik kualiti tinggi. Semua kilang pencetak saya jamin menggunakan Photoshop, tak kiralah sama ada buat kalendar kuda, poster, iklan, banner, kain rentang atau apa-apa sahaja. Iklan besar di papan Billboard tepi jalan itu juga menggunakan Photoshop.

Illustrator adalah perisian untuk mereka bentuk objek-objek kecil dan detail atau hiasan dalaman bagi sesuatu halaman. Biasanya selepas objek itu direkabentuk dengan Illustrator, selepas itu ia dipindahkan ke InDesign untuk di susun.


Buku di atas adalah contoh buku yang dihasilkan menggunakan Adobe InDesign. Kandungan dalaman menggunakan InDesign manakala design kulit kemungkinan besar menggunakan Illustrator atau Photoshop. Lihat corak bulatan kaligrafi yang terdapat perkataan Musu'ah As-Solat, design bulat yang bercorak-corak halus itu direka bentuk menggunakan Illustrator.

Adobe InDesign

Adobe Photoshop CS6

Adobe Illustrator CS6

Saturday, 5 January 2013

Pendapatan Tambahan Untuk Guru Sekolah

(Gambar hiasan)

Bila kementerian pendidikan umum untuk hapuskan UPSR dan PMR, ramai guru-guru yang merungut tapi rungutan paling kuat adalah dikalangan guru-guru tusyen. Dasar kali ini tak menyebelahi mereka malah yang lebih teruk ialah guru-guru yang berhenti kerja dan menjalankan tusyen semata-mata. Saya kenal beberapa orang guru ini, kesian mereka. Dasar KPM menjahanamkan pendapatan bulanan mereka.

Antaramuka sistem PBS yang perlu diisi guru.

Tapi bagi guru, mereka ada kelebihan. Semua guru mempunyai kelebihan yang tak mereka ketahui iaitu bisnes penulisan. Guru yang tak pandai menulis bukan guru namanya kerana hari-hari guru kena tulis buku Rancangan Mengajar Harian. Jadi jika dikumpulkan semua tulisan dalam buku rekod mengajar tu, ketebalannya dah boleh dibuat buku.

Bayangkan sehari guru menulis sekurang-kurangnya 200 perkataan walaupun ayat yang sama. Seminggu, jumlah perkataan dah menjadi 1000 perkataan (tak termasuk Sabtu dan Ahad). Jika 10 bulan, guru sudah menulis lebih kurang 40,000 patah perkataan, menghampiri 110-130 muka surat berdasarkan spesifikasi buku di bawah:

       Saiz buku: 8.5 X 5.5 inci
       Jenis huruf : Times New Roman
       Saiz Huruf : 11 point
       Spacing : Single Spacing.

Spesifikasi di atas belum lagi ditambah dengan perenggan-perenggan, kandungan, kata pengantar, muka surat bibliografi, indeks, ilustrasi, gambar-gambar, jadual dan rajah-rajah jika ada.

Jika dimasukkan semua itu, jumlah muka surat boleh mencecah 200 -350 muka surat. Maknanya, dengan kesibukan tugas seharian guru, seseorang guru sudah pun menerbitkan 1 judul dalam tempoh tak sampai 1 tahun. Jika 5 tahun bekerja, dia sudah pun ada 5 judul.

Bayangkan bertapa guru-guru sekarang banyak tidak menyedari mereka telah membuang masa mengejar kenaikan gaji setahun hanya seratus dua ratus itu sedangkan, pendapatan tambahan dari cetak buku mereka boleh dapat setahun RM10-12 ribu bersih.

Soal buku laku atau tidak, jangan dipeduli kerana mana-mana penerbit atau pengedar akan mencetak buku sekurang-kurangnya 2000 unit untuk edaran seluruh Malaysia.

Mari kita kira berapa royalti anda setahun.

Biasanya royalti yang diberi ialah 6% (dari harga buku) bagi cetakan 2000 -9999 unit. Jika buku anda laku lebih 10,000 unit maka royalti biasanya diberi 10-15%. Bergantung kepada penerbit.

Andaikan setahun anda tulis 1 buku sahaja dan hanya laku 2000 unit sahaja dengan harga RM20 senaskah (harga ditentukan oleh penerbit), maka kiraannya ialah;

RM20 x 2000 unit = RM40,000 (keuntungan kasar)

Royalti penulis = 6% x RM40,000
                      =  RM2400 (jika laku 2000 unit)

* Jika laku 5000 naskah setahun maka royaltinya ialah RM6000 setahun. Adakah jika anda bergred DG48 sekali pun kenaikan gaji ialah RM2400-5000 setahun?



Affandi
emel: jutawanpena11@gmail.com