Saturday, 29 December 2012

Panduan Memilih Pengedar Buku

Bagi penulis-penulis Self Publisher, masalah utama ialah mencari pengedar buku yang sanggup mengambil buku untuk diedarkan ke kedai-kedai buku. Sepanjang pengalaman saya, Self-Publisher akan mempertimbangkan ciri-ciri berikut kepada pengedar:

1) Pengedar yang mempunyai sistem rangkaian seluruh Malaysia.
2) Pengedar yang mempunyai link dengan kedai buku POPULAR, MPH, BORDER dan KINOKUNIYA.
3) Pengedar yang mempunyai link dengan peniaga-peniaga pasar malam.
4) Pengedar yang mempunyai data analisis pencapaian jualan.
5) Pengedar yang jujur dan tidak cetak rompak buku.
6) Pengedar membenarkan penerbit yang menggunakan khidmatnya membuat tinjauan di stor buku pada bila-bila masa.

Daripada kesemua 5 ciri-ciri di atas, ciri ke-5 dan ke-6 adalah yang paling susah untuk didapati. Hampir 80% pengedar-pengedar besar seluruh Malaysia berpotensi mencetak rompak buku anda jika didapati ia bestseller.

(Gambar hiasan) Khabarnya pemilik kedai buku ini seorang siswazah OKU. Lawati blognya.

Maksud cetak rompak ialah, pengedar meminta softcopy buku anda atau menyuruh mana-mana tokey kilang cetak mengklon buku anda tanpa pengetahuan anda.

Sebagai Self-Publisher anda mempunyai dua pilihan dengan pengedar:

1) Anda mencetak sendiri buku dan mahu buku diedar oleh pengedar besar ke seluruh Malaysia.
2) Anda hanya menerbit buku, pengedar akan membantu anda mencetak dan mengedar buku anda ke seluruh Malaysia.

Untuk pilihan pertama, anda perlu ada modal sendiri. Contohnya, jika anda cetak 2000 unit hari ini dan memasuki pasaran seluruh Malaysia minggu depan, dan tiba2 buku anda 'meletup', anda kena cepat-cepat cetak, tak boleh tunggu. Biasanya pengedar akan memberitahu anda dengan segera jika buku anda hanya tinggal 200 unit di stor.

Untuk pilihan kedua, lebih mudah dan jimat wang. Tetapi anda harus beri softcopy kepada pengedar dan memastikan pengedar tersebut jujur dalam menyatakan berapakah jumlah sebenar yang dicetaknya dengan pencetak.


Dalam industri buku di Malaysia, pengedar yang bertalam dua muka dengan mengklon buku-buku bestseller yang menggunakan khidmatnya digelar dengan 2 istilah "Pirates King" atau Putar Alam. Istilah ini hanya digunakan pengedar-pengedar kedai buku indie, kemungkinan penulis-penulis terkenal pun tidak tahu istilah ini. InsyaAllah, saya akan terangkan kedua-dua istilah ini jika ada kesempatan.

Monday, 3 December 2012

Ingin Berhenti Tapi Takut Hilang Pencen

Assalamu'alaikum wbt,

Saya menulis artikel ini berdasarkan beberapa emel dan komen yang bertanyakan tentang kebimbangan tiada pencen disebabkan berhenti kerja.

Saya juga menghadapi masalah yg sama ketika hendak berhenti kerja dr kerajaan. Tapi saya mendapat ilham utk mengira semula adakah pada umur 56 tahun kelak saya akan mendapat pendapatan JUSA C. Ia suatu gred yg diidamkan oleh semua org tp kerajaan pun cerdik. Kalau semua org bijak, mana mungkin kerajaan mahu bayar gaji Gred JUSA C. Sebab itulah kerajaan buat kuota utk gred DG48 ke atas.

Tentang pencen, ia adalah kos lepas yg perlu kita tanggung jika berhenti kerja kerajaan. Saya sarankan, bagi sesiapa yg mahu berhenti dr penjawat awam, mantapkan dahulu bisnes yg diusahakan. Jgn buat bisnes part time, buat full time.

Berhentilah dr penjawat awam jika income dr bisnes dah mencapai RM5,000 ke atas. Jika kurang dr itu, boleh juga berhenti tp masih di bawah paras gaji DG52.


Monday, 29 October 2012

Pendapatan Tambahan Untuk Pensyarah

Bagi sesiapa yang bekerja sebagai pensyarah, saya ada berita baik. Pesnyarah adalah golongan yang boleh membuat side-income sebagai penulis buku yang lebih lumayan. Silap hari bulan, income dari menulis buku lebih lebat dari gaji sebenar.

Bagaimana seseorang pensyarah boleh menambah pendapatan maksima? Ianya mudah, anda hanya perlu menulis buku nota sendiri yang diterbit melalui syarikat sendiri. Bagi memaksimakan pendapatan, jangan terbit melalui penerbit besar luar negara seperti Prentice Hall, McGrew Hill dan sebagainya. Mereka sudah kaya-raya dan buku mereka berselerak seluruh dunia.

Sesetengah pensyarah berasa bangga jika buku mereka diterbitkan oleh syarikat2 besar seperti itu tetapi mereka mendapat percent yang sedikit. Buangkan kebanggaan itu kerana ia tidak mendatangkan pendapatan lumayan. Yang penting adalah kerja yang kita lakukan hari-hari itu boleh memberi pendapatan yang lumayan. Barulah berbaloi dengan kos yang kita tanggung selama ini.

Cara menambah pendapatan ialah :-
1.  Pastikan semua pelajar membeli buku tulisan sendiri dan jadikan buku itu silibus ringkas yang lengkap.
2.  Banyakkan mengajar subjek-subjek teras program. Lebih banyak subjek teras lebih untung.

Kiraan pendapatan;

Misalnya, satu semester (6 bulan) seorang pensyarah diarahkan mengajar 3 kelas. Satu kelas berjumlah 200 pelajar. Jadi jumlah pelajar keseluruhannya adalah 600 pelajar.

Jika buku anda berharga RM20 sebuah, maka 600 pelajar X RM20 = RM12,000.

Maka pendapatan kasar setiap semester ialah RM12,000 untuk satu subjek. Bagaimana jika anda mengajar 2 atau 3 subjek.

RM12,000 selama 1 semester bersamaan pendapatan RM2000 sebulan. RM2k itu juga bersamaan gaji seorang guru siswazah sekolah menengah.

Jika 1 semester anda berjaya menjual 2 tajuk, maka didarabkan dengan 2 jadi pendapatan tetap setiap semester ialah RM24,000.

Inilah pendapatan sampingan seseorang pensyarah. Jangan terlalu bimbang tentang kos cetak kerana kos cetak sebenar sebuah buku hanya lingkungan RM4 sahaja untuk 5000 naskah.

Masalah-masalah:

Sebenarnya tiada masalah, yang masalahnya ialah ramai pensyarah suka menerbit buku melalui pihak universiti dan penerbit luar. Mereka tidak berani tubuh syarikat sendiri. Jadi usaha mereka yang kuat dan lama itu yang sepatutnya boleh menghasilkan berbelas-belas ribu satu  semester telah ditelan keuntungannya oleh penerbit besar dan penerbit unviersiti.

Wednesday, 19 September 2012

Motivasi: Mencipta Kerja Lebih Baik Dari Mencari Kerja

Ada 2 golongan dalam dunia ini, yang pertama "mencipta kerja" dan kedua "mencari kerja". Golongan pertama bebas melakukan apa sahaja, mereka mencipta laluan wang dengan idea-idea mereka malah mereka juga boleh menentukan undang-undang untuk diri sendiri.

Golongan kedua adalah "pencari kerja". Golongan in adalah kategori masyarakat kelas bawahan walaupun mereka memiliki PhD. Mengapa? Lazimnya orang berusaha memiliki IJazah, Master dan PhD kerana mahukan pendapatan yang lebih dari kerja mereka. Walaupun bekerja di IPT, Menara Pencakar Langit dan tempat-tempat eksklusif, mereka tidak digelar "pencari kerja".

Golongan "pencipta kerja" sentiasa didambakan orang awam kerana mereka menyediakan jawatan kosong dan gaji bulanan. Manakala golongan "pencari kerja" (walaupun pegawai Gred Jusa C) tetap tersisih dalam kebajikan kerana tidak mampu memberi gaji kepada keluarga-keluarga miskin.

Golongan "Pencipta Kerja" atau Usahawan juga dinobatkan golongan yang murah rezeki malah disabdakan dalam hadith yang mengatakan 9 dari 10 rezeki adalah datang dari perniagaan.

Anda seorang makan gaji hari ini? Jika Ya, berhati-hatilah kerana walaupun anda bergaji RM5 ribu sebulan dan memiliki pangkat, wang gaji anda adalah dari cukai-cukai yang dikutip dari kekayaan golongan "pencipta kerja."

Pencipta Kerja tidak semestinya seorang jutawan atau taukeh kilang. Jika seseorang itu berniaga menjual air di pasar malam dan mengambil seorang pekerja sahaja dengan bayaran RM300 sebulan, maka dia tetap seorang Pencipta Kerja. Penjual air tersebut terpaksa membayar sewa tapak pasar malam, yuran lesen perniagaan yang mana semua itu akan dijumlahkan ke dalam perbendaharaan kerajaan setiap tahun bersama cukai-cukai lain. Kemudian beberapa peratus darinya digunakan untuk membayar gaji pegawai kerajaan dari  Perdana Menteri hinggalah kepada tukang kebun sekolah.

Berbeza dengan pegawai kerajaan yang dikenakan cukai pendapatan, walaupun terpaksa membayar cukai tetapi pada akhir bulan, wang cukai tersebut akan masuk semula ke dalam akaun peribadi sebagai gaji bulanan.

Maka, siapakah paling mulia di sini?

Tuesday, 4 September 2012

Beza Fail Format Word 2003 dan Word 2010

Sesetengah dari kita lebih selesa gunakan Microsoft Word 2003 yang mempunyai antaramuka mendatar pada menu berbanding Word 2010 yang lebih banyak kepada simbol-simbol dan logo. Penggunaan simbol dan logo bagi memilih arahan mungkin sukar untuk sesetengah orang yang lebih gemar membaca arahan secara alphabet.


Di atas adalah interface untuk Microsoft Word 2003. Cuba lihat, menu-menunya tersusun secara mendatar.


Di atas adalah Word 2010, semua menu-menunya mempunyai simbol-simbol khusus. Anda perlukan masa untuk membiasakan diri dengan interface jenis ini. Lama-kelamaan ia jadi lebih senang.


Contoh simbol. Lihat pada 'Office Button', ia menggantikan perkataan 'File' jika pada Word 2003. Jika hendak print document, kena la tekan button ni.

Kelebihan sebenar Microsoft Word 2010?

Kelebihan sebenarnya ialah semua document yang dihasilkan oleh MS Word 2010 akan menjadi lebih ringan berbanding document dari MS Word 2003. Ini bermakna, Word 2010 berfungsi meringankan lagi berat fail anda dan menjimatkan hard disk, thumbdrive dan sebagainya.

Kadar penguncupan fail ialah 38-40%. Misalnya, jika document dari Word 2003 berjumlah 100kb, maka jika di 'save as' dalam Word 2010, fail akan menguncup kepada 60kb. 

Untuk para penulis buku, novel dan penggiat penerbitan, saya cadangkan gunalah Word 2010. 







Contoh Surat Letak Jawatan Penjawat Awam

Memandangkan ramai yang bertanya saya tentang contoh surat letak jawatan. Di sini saya berikan link download untuk pembaca yang mahukan contoh surat letak jawatan.

(download surat)

Surat ini hanya contoh yang saya reka sendiri. Bagi yang telah meletak jawatan, saya doakan selamat berjaya dan selamat menempuh 'hidup baru', mudah-mudahan murah rezeki.

Tuesday, 28 August 2012

Persaingan eBook dan Buku di Pasaran Malaysia



Ramai orang berkata khususnya golongan blogger bahawa pasaran eBook akan mengecutkan pasaran buku tradisional. Ini tidak benar. Penerbitan buku tradisional tidak akan mati malah akan lebih menjulang tinggi jualannya walaupun dgn kehadiran eBook, Kindle dan sebagainya.

Mengapa? Di Malaysia, tidak akan ada orang yg sanggup duduk berjam-jam di depan Ipad, Kindle dan Laptop semata-mata untuk membaca. Masyarakat lebih berfikir bahawa daripada berjam-jam mencekang mata membaca lebih baik berFacebook, tulis artikel blog, tengok YouTube, main games dan sebagainya.



Budaya membaca eBook memang ada di Malaysia, tetapi ia lebih kepada 'bahan rujukan' untuk membuat sesuatu perkara atau analisis.

Pada pendapat saya, kemajuan teknologi Ipad, smartphone dan social networking sekarang ini adalah lebih berfungsi kepada agen promosi untuk buku-buku konvesional.

Perlu ingat, rakyat Malaysia bukan rakyat Barat. Rakyat Malaysia lebih kepada tunggu dan lihat sesuatu teknologi. Manakala masyarakat barat lebih kepada 'ingin mencuba' sesuatu teknologi. Sebab itulah apa sahaja teknologi yg diperkenalkan akan laku mendadak di pasaran sana.

Kepada penulis-penulis buku, saya nasihatkan jangan bimbang dengan pengaruh eBook. Buku yang anda tulis masih berguna dan akan terus berguna kerana buku bercetak adalah khazanah hidup yang boleh disentuh, dirasa dan dipamerkan di rak-rak buku rumah. Manakala ebook hanya boleh dilihat tetapi tidak boleh dipamerkan.