Bagi sesiapa yang bekerja sebagai pensyarah, saya ada berita baik. Pesnyarah adalah golongan yang boleh membuat side-income sebagai penulis buku yang lebih lumayan. Silap hari bulan, income dari menulis buku lebih lebat dari gaji sebenar.
Bagaimana seseorang pensyarah boleh menambah pendapatan maksima? Ianya mudah, anda hanya perlu menulis buku nota sendiri yang diterbit melalui syarikat sendiri. Bagi memaksimakan pendapatan, jangan terbit melalui penerbit besar luar negara seperti Prentice Hall, McGrew Hill dan sebagainya. Mereka sudah kaya-raya dan buku mereka berselerak seluruh dunia.
Sesetengah pensyarah berasa bangga jika buku mereka diterbitkan oleh syarikat2 besar seperti itu tetapi mereka mendapat percent yang sedikit. Buangkan kebanggaan itu kerana ia tidak mendatangkan pendapatan lumayan. Yang penting adalah kerja yang kita lakukan hari-hari itu boleh memberi pendapatan yang lumayan. Barulah berbaloi dengan kos yang kita tanggung selama ini.
Cara menambah pendapatan ialah :-
1. Pastikan semua pelajar membeli buku tulisan sendiri dan jadikan buku itu silibus ringkas yang lengkap.
2. Banyakkan mengajar subjek-subjek teras program. Lebih banyak subjek teras lebih untung.
Kiraan pendapatan;
Misalnya, satu semester (6 bulan) seorang pensyarah diarahkan mengajar 3 kelas. Satu kelas berjumlah 200 pelajar. Jadi jumlah pelajar keseluruhannya adalah 600 pelajar.
Jika buku anda berharga RM20 sebuah, maka 600 pelajar X RM20 = RM12,000.
Maka pendapatan kasar setiap semester ialah RM12,000 untuk satu subjek. Bagaimana jika anda mengajar 2 atau 3 subjek.
RM12,000 selama 1 semester bersamaan pendapatan RM2000 sebulan. RM2k itu juga bersamaan gaji seorang guru siswazah sekolah menengah.
Jika 1 semester anda berjaya menjual 2 tajuk, maka didarabkan dengan 2 jadi pendapatan tetap setiap semester ialah RM24,000.
Inilah pendapatan sampingan seseorang pensyarah. Jangan terlalu bimbang tentang kos cetak kerana kos cetak sebenar sebuah buku hanya lingkungan RM4 sahaja untuk 5000 naskah.
Masalah-masalah:
Sebenarnya tiada masalah, yang masalahnya ialah ramai pensyarah suka menerbit buku melalui pihak universiti dan penerbit luar. Mereka tidak berani tubuh syarikat sendiri. Jadi usaha mereka yang kuat dan lama itu yang sepatutnya boleh menghasilkan berbelas-belas ribu satu semester telah ditelan keuntungannya oleh penerbit besar dan penerbit unviersiti.
Salam tuan,
ReplyDeleteSaya telah kerja kjaan selama 10 tahun (pegawai senior)dan berjauhan dgn keluarga. As usual, hutang rmh dgn B.P.Perumahan yg masih banyak..Baru sebulan buat part time business belum ada hasil yg banyak tapi dah rasa bosan dan ingat duduk bersama keluarga.
Isunya bagi wanita hanyalah boleh bersara pilihan umut 40 dan masih jauh lagi utk sampai ke umur itu.Jika berhenti sebelum umur itu, bermakna saya tidak dpt pencen.
Minta pandangan tuan.
p/s Saya telah kemukakan perkara ini pd 2 minggu lalu (menerusi ruangan berhenti kerja kerajaan, 2 minggu lepas).
Tuan
ReplyDeleteSambungan dpd comment sy yg dihantar pd 18/10/12 01:07 itu juga, nampaknya mulai tahun depan, kemudahan pinjaman perumahan yg sedia ada kpd penjawat awam (PA) diambilalih oleh commercial banks, tidak lagi oleh BPP. Saya dengar dalam berita yg dinyatakan oleh Y. Bhg. KSN.
Dari dulu hingga kini, kita keje kjaan sbb nak pencen dan dapat buat loan rmh yg murah, itu sahaja......Namun dengan perkhabaran itu, sudah semakin kurang kelebihan bekerja kjaan ini...
Bermakna, kenyataan 'kerja kjaan ni senang dpt loan, kerja senang' adalah salah...Ini juga bertujuan utk melahirkan human capital yang baik dan efisyen.
Tak mustahil,setahun dua lagi, beberapa kelebihan kerja kjaan akan dilupuskan...maka tiada beza lagi staff kjaan dan swasta kecuali pencen...
Ini pandangan peribadi saya.
terima kasih.
Ya, benar. Ramai yg kerja kerajaan bekerja dgn niat, senang buat loan dan bila pencen, duduk saja dan dpt duit bulan2. Itu adalah pemikiran org melayu 1950-an dan masih diguna hingga sekarang.
ReplyDeleteTapi hakikatnya, org yg kerja kerajaan susah nak saving. Gaji bulan ni, cukup2 utk bayar hutang bulan lepas. Saya yakin, sesetengah guru nak simpan RM700 sebulan pun payah.
Jd, nasihat saya ialah kukuhkan dahulu bisnes sehingga mencapai lebih RM5000 sebulan kemudian barulah berhenti.
salam. boleh emelkan kpd sy contoh surat letak jawatan kerajaan? mrsibnusina@gmail.com
ReplyDeleteTelah saya emelkan.
ReplyDelete