Ada 2 golongan dalam dunia ini, yang pertama "mencipta kerja" dan kedua "mencari kerja". Golongan pertama bebas melakukan apa sahaja, mereka mencipta laluan wang dengan idea-idea mereka malah mereka juga boleh menentukan undang-undang untuk diri sendiri.
Golongan kedua adalah "pencari kerja". Golongan in adalah kategori masyarakat kelas bawahan walaupun mereka memiliki PhD. Mengapa? Lazimnya orang berusaha memiliki IJazah, Master dan PhD kerana mahukan pendapatan yang lebih dari kerja mereka. Walaupun bekerja di IPT, Menara Pencakar Langit dan tempat-tempat eksklusif, mereka tidak digelar "pencari kerja".
Golongan "pencipta kerja" sentiasa didambakan orang awam kerana mereka menyediakan jawatan kosong dan gaji bulanan. Manakala golongan "pencari kerja" (walaupun pegawai Gred Jusa C) tetap tersisih dalam kebajikan kerana tidak mampu memberi gaji kepada keluarga-keluarga miskin.
Golongan "Pencipta Kerja" atau Usahawan juga dinobatkan golongan yang murah rezeki malah disabdakan dalam hadith yang mengatakan 9 dari 10 rezeki adalah datang dari perniagaan.
Anda seorang makan gaji hari ini? Jika Ya, berhati-hatilah kerana walaupun anda bergaji RM5 ribu sebulan dan memiliki pangkat, wang gaji anda adalah dari cukai-cukai yang dikutip dari kekayaan golongan "pencipta kerja."
Pencipta Kerja tidak semestinya seorang jutawan atau taukeh kilang. Jika seseorang itu berniaga menjual air di pasar malam dan mengambil seorang pekerja sahaja dengan bayaran RM300 sebulan, maka dia tetap seorang Pencipta Kerja. Penjual air tersebut terpaksa membayar sewa tapak pasar malam, yuran lesen perniagaan yang mana semua itu akan dijumlahkan ke dalam perbendaharaan kerajaan setiap tahun bersama cukai-cukai lain. Kemudian beberapa peratus darinya digunakan untuk membayar gaji pegawai kerajaan dari Perdana Menteri hinggalah kepada tukang kebun sekolah.
Berbeza dengan pegawai kerajaan yang dikenakan cukai pendapatan, walaupun terpaksa membayar cukai tetapi pada akhir bulan, wang cukai tersebut akan masuk semula ke dalam akaun peribadi sebagai gaji bulanan.
Maka, siapakah paling mulia di sini?
No comments:
Post a Comment