Showing posts with label ebook. Show all posts
Showing posts with label ebook. Show all posts

Tuesday, 28 August 2012

Persaingan eBook dan Buku di Pasaran Malaysia



Ramai orang berkata khususnya golongan blogger bahawa pasaran eBook akan mengecutkan pasaran buku tradisional. Ini tidak benar. Penerbitan buku tradisional tidak akan mati malah akan lebih menjulang tinggi jualannya walaupun dgn kehadiran eBook, Kindle dan sebagainya.

Mengapa? Di Malaysia, tidak akan ada orang yg sanggup duduk berjam-jam di depan Ipad, Kindle dan Laptop semata-mata untuk membaca. Masyarakat lebih berfikir bahawa daripada berjam-jam mencekang mata membaca lebih baik berFacebook, tulis artikel blog, tengok YouTube, main games dan sebagainya.



Budaya membaca eBook memang ada di Malaysia, tetapi ia lebih kepada 'bahan rujukan' untuk membuat sesuatu perkara atau analisis.

Pada pendapat saya, kemajuan teknologi Ipad, smartphone dan social networking sekarang ini adalah lebih berfungsi kepada agen promosi untuk buku-buku konvesional.

Perlu ingat, rakyat Malaysia bukan rakyat Barat. Rakyat Malaysia lebih kepada tunggu dan lihat sesuatu teknologi. Manakala masyarakat barat lebih kepada 'ingin mencuba' sesuatu teknologi. Sebab itulah apa sahaja teknologi yg diperkenalkan akan laku mendadak di pasaran sana.

Kepada penulis-penulis buku, saya nasihatkan jangan bimbang dengan pengaruh eBook. Buku yang anda tulis masih berguna dan akan terus berguna kerana buku bercetak adalah khazanah hidup yang boleh disentuh, dirasa dan dipamerkan di rak-rak buku rumah. Manakala ebook hanya boleh dilihat tetapi tidak boleh dipamerkan.

Wednesday, 7 December 2011

Jangan Bimbang Serangan Pasaran Buku Digital

Para penulis yg terbit sendiri buku jangan terpengaruh dgn dakyah sesetengah artikel bhw era bacaan buku secara digital atau e-bokk bakal menggantikan bacaan buku konvensional. Ia tidak benar. Pasaran buku digital (ebook) walaupun sedang meningkat ia tetap tidak blh mengatasi buku konvensional.

Jgn terburu-buru hendak menulis buku dlm bentuk eBook atas alasan dunia telah berubah. Dunia sebenarnya tidak berubah, ia 'menambah'. Org masih perlukan buku bercetak walaupun telah hadir teknologi iPad, Kindle, mobile eBook dan sebagainya.

Mengapa buku digital tidak blh mengatasi buku bercetak?

Kelemahan buku digital utk tempoh 100 tahun akan datang (mungkin selama-lamanya) ialah ia memerlukan 2 komponen utk membaca. Komponen pertama ialah gadget seperti kindle pad, iPad, komputer, handphone dan PDA.

Manakala komponen kedua ialah 'kuasa elektrik'. Alat-alat tersebut tidak mungkin hidup tanpa elektrik sama ada berwayar atau bateri. Jika guna bateri, ia mempunyai had masa. Jika anda menggunakan iPad di tengah2 padang bola yg panas, skrin akan bersilau. Ia tetap ada kelemahan.

Maka disebabkan itulah buku adalah medium paling lama umurnya dlm sejarah manusia. Bayangkan dari zaman Greek dahulu hinggalah sekarang era 2000 ini, buku tetap wujud dan masih berbentuk empat segi. Yang membezakannya hanyalah tebal atau nipis.

Percayalah, jangan terpedaya dgn pasaran eBook, ia tidak akan menjejas buku anda.