Tuesday, 28 August 2012

Persaingan eBook dan Buku di Pasaran Malaysia



Ramai orang berkata khususnya golongan blogger bahawa pasaran eBook akan mengecutkan pasaran buku tradisional. Ini tidak benar. Penerbitan buku tradisional tidak akan mati malah akan lebih menjulang tinggi jualannya walaupun dgn kehadiran eBook, Kindle dan sebagainya.

Mengapa? Di Malaysia, tidak akan ada orang yg sanggup duduk berjam-jam di depan Ipad, Kindle dan Laptop semata-mata untuk membaca. Masyarakat lebih berfikir bahawa daripada berjam-jam mencekang mata membaca lebih baik berFacebook, tulis artikel blog, tengok YouTube, main games dan sebagainya.



Budaya membaca eBook memang ada di Malaysia, tetapi ia lebih kepada 'bahan rujukan' untuk membuat sesuatu perkara atau analisis.

Pada pendapat saya, kemajuan teknologi Ipad, smartphone dan social networking sekarang ini adalah lebih berfungsi kepada agen promosi untuk buku-buku konvesional.

Perlu ingat, rakyat Malaysia bukan rakyat Barat. Rakyat Malaysia lebih kepada tunggu dan lihat sesuatu teknologi. Manakala masyarakat barat lebih kepada 'ingin mencuba' sesuatu teknologi. Sebab itulah apa sahaja teknologi yg diperkenalkan akan laku mendadak di pasaran sana.

Kepada penulis-penulis buku, saya nasihatkan jangan bimbang dengan pengaruh eBook. Buku yang anda tulis masih berguna dan akan terus berguna kerana buku bercetak adalah khazanah hidup yang boleh disentuh, dirasa dan dipamerkan di rak-rak buku rumah. Manakala ebook hanya boleh dilihat tetapi tidak boleh dipamerkan.

1 comment:

  1. Pengenalan ebook2 yg menarik...
    Terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete