Wednesday, 8 August 2012

Kerja Makan Gaji Kerajaan Sangat Bahaya

Mengapa saya katakan BAHAYA?

Sebabnya, duit gaji kakitangan awam adalah duit rakyat. Manakala duit rakyat terhimpun dari wang-wang cukai, zakat, bil-bil yg dibayar rakyat dan sebagainya. Apabila ia sejenis wang dari tabung rakyat maka ia adalah kumpulan wang yang berkategori Amanah.

Maksudnya, wang tersebut adalah amanah rakyat yang diberikan sebahagiannya kepada anda untuk menjalankan tugas-tugas di perkhidmatan awam.

(gambar hiasan)

Jika bayaran gaji anda dibayar untuk tempoh 8 jam sehari. Adakah anda benar-benar bekerja selama 8 jam sehari? Banyak kerja tidak berkat kerana ramai kakitangan suka mencuri tulang waktu kerja. Antaranya:

1.  Pulang awal sebelum waktu sepatutnya.
2.  Bersembang-sembang di kafe dan kedai makan.
3.  Tidur di rumah ketika waktu kerja. Kes ni biasanya berlaku kat budak despatch, kalau surat yg dihantar berdekatan rumah, mesti singgah rumah punya. Sesetengah pembaca meter air, TNB, Telekom pun buat kerja macam ni jugak.
4.  Membuat majlis keraian peribadi di pejabat pada waktu kerja.

Apabila kita melakukan perkara-perkara di luar bidang tugas pada waktu kerja, bagaimana wang gaji hendak berkat?

Kakitangan Awam Lebih Terdedah Kepada Miskin

Disebabkan tak berkat, maka ramai staf kerajaan berhutang dengan bank, banyak kad kredit. Kemudian terpaksa pula buat part time. Itulah tanda-tanda tak berkat.

Ada sesetengah guru yg menjadi penceramah motivasi juga dikira tidak berkat gajinya kerana apa? kerana beliau berceramah di luar kawasan kerja dan mendapat wang. Walaupun beliau berceramah dalam bidang pendidikan tetapi gaji sebulannya dibayar bukan untuk berceramah tetapi untuk mengajar di kelasnya.

Apabila keluar berceramah, maka beliau telah meninggalkan anak murid di dalam kelas. Murid pula dijamin tidak belajar apa-apa kerana guru ganti hanya akan ganti atau paling kuat pun buat kuiz. Mengapa tak berkat? jawapannya guru tersebut tetap mendapat gaji sehari penuh walaupun tidak mengajar 3 jam kerana pergi berceramah.

Lainlah kalau keluar berkursus.

Jika apa yg saya katakan ini tak benar, sila rujuk laman web kementerian pelajaran. Sekarang kerajaan sedang dlm proses menyenaraikan staf-staf awam yang berhutang banyak dgn bank. Bank negara pula dah mula bagi syarat, mana-mana kakitangan kerajaan yg bergaji RM3000 ke bawah hanya boleh guna 2 kad kredit sahaja.

No comments:

Post a Comment