Sebenarnya, saya tidak mendapat apa-apa. Saya bekerja sendiri sebagai editor bebas dan saya mengharapkan anda juga mampu menjana wang dengan menjadi self-publisher. Saya di sini tidak menjual apa-apa produk dan hanya memberikan input pengalaman kepada anda yang berminat.
Bisnis buku kalau diceburi dapat menjana pendapatan RM30-40 ribu sebulan. Ia sesuatu yang serius. Saya berada dalam arena itu sekarang dan berpendapatan seperti itu. Saya tak perlu nak tunjukkan kemewahan yang ada kerana saya banyak gunakan wang untuk melabur dalam saham.
Tetapi saya bukanlah jutawan, saya juga jenis kategori suka berbelanja. Kalau tidur hotel tu, saya biasa ambik minima RM250 satu malam. Ada juga RM400 semalam. Bukanlah nak berbangga tetapi itu hasilnya dari kerja industri buku.
Nikmat jadi penerbit sendiri ni ialah anda mempunyai masa 24 jam bersama keluarga. Anda boleh buat kerja di rumah tanpa perlu membuang masa di tempat kerja. Kadang-kadang di tempat kerja, lebih banyak aktiviti bersembang-sembang dari bekerja, makan di kedai, berkursus, tidur dalam kursus, meeting dan sebagainya.
Ulama-ulama dahulu kerja mereka hanya menulis kitab bertimbun-timbun, banyak ilmu dicurahkan. Mereka tidak bekerja dengan orang-orang kaya. Nasib baiklah mereka tak letakkan Hak Cipta terpelihara pada kitab-kitab mereka, jika tidak jenuhlah syarikat-syarikat penerbitan seluruh dunia nak membayar royalti sehingga ke anak cucu mereka.
No comments:
Post a Comment