Friday, 15 July 2022

Guru Semakin Stress Kerana Tugasan Luar Bidang??


Sebagai bekas guru dan pernah menjawat jawatan tertinggi sekolah, saya memahami situasi ini. Kadang-kadang semangat membara untuk mengajar itu hilang macam tu saja bila diberi tugasan luar bidang. Biasanya tugasan luar bidang ini diberi ketika mesyuarat sesama guru. Atau pun paling kejam hanya terima notis dari Pengetua/Guru Besar.

Tugasan luar bidang bermaksud, tugasan yang tiada kena-mengena dengan Pengajaran dan Pembelajaran (PnP) seperti mengurus pendaftaran pelajar baru atau asrama, mencari tukang baik-pulih tandas sekolah, key-in data ke dalam sistem yang begitu banyak dan macam-macam lagilah.

Jika tugasan ini hanya melibatkan masa 1-2 hari, ia boleh juga munasabah. Tetapi jika ia menjadi kebiasaan assignment di mata pengetua...jenuh lah.

Bukanlah guru tidak mahu membuat kerja luar bidang tetapi bila ia menjadi kebiasaan dan amalan sekolah, guru secara automatiknya akan mengurangkan komitmen mengajar kepada 70% sahaja. Baki 30% lagi akan ditumpukan pada menyiapkan tugasan-tugasan luar bidang tersebut. Jika tak disiapkan, ia mungkin dipersoal selumat mungkin dalam mesyuarat atau pun dihentam guru-guru lain.

Jika tugasan luar bidang yg diberi itu melibatkan urusan sekolah dengan institusi lain dan berlaku beberapa kali dalam setahun...dah tentu fokus pengajaran akan berkurang kepada 50% sahaja. Baki 50% akan ditumpu pada tugasan tersebut.

Jika sekolah tersebut ada 30 orang guru (tidak termasuk Pengetua dan Pen. Kanan) dan kesemuanya mengurangkan fokus pembelajaran kepada 70%...itu pun dah cukup beri kesan kepada pencapaian murid.

Wassalam...

Friday, 5 March 2021

Alhamdulillah.....berjaya buka juga !!!

 Sempena musim2 Covid ni, barulah dpt buka blog yg dh berhabuk ni...

Salam semua, peminat penulisan buku...harap anda semua sihat walafiat sekeluarga.

Amin ya rabbal 'aalamin.

Saturday, 24 November 2018

Ni lah akibatnya bila serah password kat Google suruh ingat!!!



Assalamu'alaikum...

Dah lama tak update...bukan sbb takde berita, tp hilang semua password. Maklumlah bila semua nak suruh pakcik google ingatkan untuk kita, last2 bila format komputer, terus hilang semua.

Nasib baik, saya ada catitkan pada buku nota lama yg baru terjumpa. Alhamdulillah....rasa udara segar masuk semula dalam benak kepala ini..

Sunday, 13 August 2017

KAJIAN DATA PASARAN BUKU - NEILSEN BOOKSCAN



Baru-baru kemungkinan sudah ada mesyuarat dikalangan penggiat buku tentang cadangan penggunaan servis Neilsen Bookscan.

Bagi saya ia suatu perkembangan yang baik. Dengan adanya servis ini, penulis buku dan penerbit sendiri boleh merujuk data pasaran buku dahulu sebelum menceburi bidang sesuatu tulisan. Jadi, tidaklah rugi dalam mengeluarkan kos cetak nanti.

Berikut artikel dari PTS Publication tentang penggunaan servis Neilsen Bookscan.

Thursday, 12 May 2016

Pembaca Tidak Suka Penulis Rojak!



Saya ada menerima pertanyaan dalam emel dari seseorang. Ia bertanyakan tentang genre manakah yang paling diminati atau laris pada masa sekarang?

Terus-terang saya mengatakan semua genre boleh dikira laris dan diminati kerana semua genre mempunyai peminatnya tersendiri. Tidak adil jika mahu katakan hanya novel cinta yang diminati memandangkan novel-novel ini banyak difilemkan di ASTRO.

Novel mungkin kelihatan popular tetapi ia hanya popular dikalangan wanita sahaja. Kaum lelaki jangan haraplah nak baca novel tebal-tebal dan berkhayal.

Genre yang boleh laris dan evergren sebenarnya yang boleh menarik minat kedua-dua kaum iaitu lelaki dan wanita.

Dan yang paling penting ialah...penulis bukan jenis rojak atau disebut caca-merba.

Penulis Rojak bermaksud penulis tersebut cuba tulis semua bidang yang diminatinya. Dia menulis novel, menulis buku motivasi, tulis buku agama, tulis buku politik dan macam-macam lagi.

Pada anggapannya mungkin dia dianggap serba-boleh, tapi itu anggapan sahaja. Dalam indsutri buku, profesional adalah keutamaan para pembeli buku.

Pembeli mahu kenali seseorang penulis berdasarkan genrenya. Setiap genre ada penulis hardcore tersendiri.

Genre novel cinta berkaitan lelaki, sudah tentu orang akan cari Ahadiat Aqasyah. Jika genre novel cinta remaja, mungkin orang cari penulis Ain Maisarah, Nisah Haron dan lain-lain lagi.

Jika buku genre perubatan Islam dan rawatan jin, dah tentu orang cari buku Dato Haron Din, Dato Ismail Kamus dan Ustaz Syarhan Syafie.

Jika buku genre usahawan millionaire, dah tentu orang cari buku Dr. Azizan Osman, Dr. Irfan Khairi atau Azizi Ali.

Begitulah seterusnya...

Saturday, 23 April 2016

Bos Perempuan Lebih Cerewet?

Di dalam perkhidmatan kerajaan, kita sering terdengar rungutan para pekerja tentang bos-bos mereka. Ada macam-macam perkara yang dirungut dari hal besar hinggalah hal sekecil semut.

Antara perkara yang paling pelik saya dengar ialah bos perempuan di satu jabatan yang selalu marah-marah bila ada staf perempuan berpakaian cantik atau blink-blink. Apabila pakaian yang cantik menjadi bahan untuk marah, ia sangat pelik.

Akhir sekali, setelah diteliti barulah saya ketahui, bos tersebut marah-marah kerana dia tidak suka staf-stafnya lebih cantik penampilan lebih darinya. Ini memang pelik.

Pada saya, selagi staf perempuan tidak memakai pakaian yang mendedahkan aurat, itu dah kira bagus. Jika pakaian cantik, pelanggan yang datang berurusan di pejabat pun agak selesa apatah lagi jika perkhidmatan juga baik.

Setakat yang saya selidik dari rakan-rakan, staf-staf perempuan di mana-mana jabatan pun tidak suka jika bos mereka PEREMPUAN.

Saya dapat simpulkan;

"HANYA PEREMPUAN MENGENALI PEREMPUAN"

Monday, 11 April 2016

Panduan Mengira Muka Surat Buku Dalam MS WORD

Untuk menghasilkan buku dan design reka letak dalaman, penerbit akan menggunakan perisian Adobe InDesign. Hanya melalui perisian ini bilangan muka surat sesuatu manuskrip yang dihantar kepada penerbit dapat ditentukan. Kemungkinan penulis buku sukar untuk mengagak ketebalan muka surat buku tulisannya.

Biasanya penulis akan menaip di dalam MS WORD bukannya di dalam Adobe InDesign. Jadi untuk mengetahui berapakah jumlah perkataan yang perlu ditaip dalam WORD untuk melihat hasil muka surat buku bersaiz sebenar, sila lihat panduan di bawah.

Diandaikan buku yg bakal diterbitkan bersaiz berikut:

8.5 (T) X 6 (L) inci.

Jika guna font Times New Roman, saiz 13pt dan spacing 6pt (before & after). Maka,

30,000 patah perkataan (MS WORD) = 225 ms (buku sebenar)

Maksudnya jika ditaip dalam MS Word sebanyak 30,000 perkataan. Selepas manuskrip itu dipindahkan ke dalam Adobe InDesign, buku anda akan menjadi setebal 225 muka surat, tanpa sebarang gambar, hiasan dan kulit buku.

Mudah-mudahan panduan ini memberi manfaat kepada penulis semua.

Tuesday, 16 February 2016

Buku "MUDAHNYA ENDNOTE X7" Versi Penyelidikan Sains Sosial dan Pengajian Islam


Buku terbaru dari penerbit sendiri (pembaca blog Jutawan Pena).
Buku ini berkaitan cara mudah menggunakan perisian penyelidikan  ENDNOTE X7.

VERSI PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL DAN PENGAJIAN ISLAM

Harga: RM40 (Semenanjung) RM45 (Sabah/Sarawak)

Ditulis oleh Ahmad Syukran dan Siti Robiatun

*Untuk yang berminat sila emel kepada 

yousuffrayyan@gmail.com





Sunday, 24 January 2016

Tulis Buku Berdasarkan Pelanggan Terhampir



Apakah PELANGGAN TERHAMPIR?

Fokus pelanggan bermaksud orang yang berada berhampiran anda. Mereka ada pada jarak yang mampu anda capai setiap hari. Tidak kiralah di depan anda atau dalam lingkungan 50km persegi.

Apakah KEUPAYAAN pelanggan terhampir?

Keupayaannya ialah anda menjimatkan masa menulis sesuatu buku. Anda tahun 'kehendak' sebenar pelanggan anda dan anda tahu kemampuan kewangan pelanggan terhampir anda itu. Malah anda juga sangat mengetahui bilakah waktu sesuai pelanggan anda akan mengeluarkan wang untuk membeli buku anda.

Dan yang lebih terbaik, pelanggan anda sendiri tertunggu-tunggu anda menerbitkan buku kerana mereka tidak sabar mahu membelinya.

--------------------------------------------
*****************************

Dalam hal Pelanggan Terhampir ini, ia sangat sesuai untuk tenaga pengajar sama ada guru, pensyarah, pendakwah agama dan penceramah motivasi.

Mereka ini semuanya kerja bercakap dan berjumpa orang seharian tanpa rasa jemu. Maka pelanggan terhampir mereka adalah sesiapa sahaja yang mereka jumpa.

Jika guru sekolah, dia sudah tahu apa yang dikehendaki oleh pelajarnya, jika rajin sikit, dia akan buat kajian apakah perkara lain yang pelajar-pelajarnya minat berkaitan buku. Maka buku itu dihasilkan secepat mungkin.

Jika guru agama atau penceramah motivasi, buku2 yang ditulis sudah boleh dibawa ke mana-mana sahaja. Pelanggan akan membeli secara direct, untung pun lebih lagi, tidak perlu ditolak diskaun pemborong atau pekedai buku.


Thursday, 19 November 2015

Industri Buku Sedang Tenat!

Sekarang kemelesetan ekonomi yg teruk dlm Malaysia. Dlm industri buku, ada sesetengah penerbit besar yg makin tenat.

Ada desas-desus juga sesetengah penerbit mula menolak buku-buku mereka kpd kedai buku hanya dgn harga RM1.00, betul2 murah! Pekedai akan jual semula dgn harga RM8-10.00

Ini dah kira jual bisnes bukan jual buku lagi.

Ada jg sesetengah penerbit besar mula menawarkan harga rendah kpd orang awam yg ingin menjadi agen secara bebas, maksudnya blh jual buku tanpa ada kedai atau lesen berniaga.

Sy dengar ramai pekedai buku tak puas hati kpd penerbit tersebut. Sebabnya, pembeli dah mula dpt keistimewaan sama taraf seperti pekedai. Ini hal yg tak sihat! Pembeli mungkin rasa untung tetapi pekedai jg mahukan untung kerana mereka nak bayar gaji pekerja.

Dlm hal ni, saya percaya penerbit cuba menghabiskan semua buku yg ada dlm stok mereka. Pekedai pula fikirkan penerbit tersebut tak fikirkan maruah dan jangka hayat industri buku.

Jika kedua-dua pihak ini berkelahi dan terus-menerus berkonflik, orang yg terselamat ialah penulis.

Sebab apa?

Jika penerbit gulung tikar, penulis blh berpindah penerbit. Jika penerbit lain tak mau terima, penulis boleh menerbit sendiri.

Apa pun tidak elok situasi ini berlaku. Lebih baik jgn berlaku. Setiap orang ada peranan dan kepakaran bidang masing-masing. Jika penulis nak terbit sendiri, mereka terpaksa pula tanggung modal cetak dan promosi sendiri.

Saturday, 31 October 2015

Murid Adalah Sumber Pendapatan Guru

Bagaimana murid boleh menjadi sumber pendapatan guru?

Caranya ialah menjadikan murid itu sebagai 'peminat' kepada penulisan guru.

Pelajar-pelajar sekarang semuanya ada Facebook, Twitter, Instagram, Blog dan sebagainya. Pelajar-pelajar juga sangat bangga jika mereka mendapat tahu guru kelas mereka mempunyai buku.

Bahkan pelajar-pelajar sendiri (khususnya pelajar sekolah menengah) sentiasa menjadikan guru yang mempunyai buku ada lebih 'pakar' dari guru tanpa buku.

Jika anda ada buku, apa perlu anda buat?

Jika anda ada buku, khususnya buku rujukan atau modul pengajaran, sebaiknya buku tersebut dibukukan secara profesional walaupun tiada nama syarikat dan barkod.

Guru yang menulis buku rujukan, latihan dan modul pembelajaran lebih mudah membuat duit apatah lagi jika buku yg dibawa berbentuk buku sebenar bukannya jenis comb-binding atau stapler sahaja.

Jika anda ada novel sendiri, war-warkan kepada pelajar. Sebelum itu, bina page FB khusus untuk tajuk novel itu agar pelajar-pelajar boleh LIKE dan SHARE segala posting.

Jika anda ada buku yg tiada kaitan dgn pembelajaran sekolah, buat perkara yang sama juga, bina page FB untuk tajuk buku tersebut dan war-warkan kepada pelajar.

Langkah ini akan memudahkan 'penyebaran' nama anda dan status populariti anda sebagai penulis. Secara tidak langsung, anda mempunyai peminat tersendiri beratus-ratus orang.

Dari mana hasil wang itu datang melalui murid?

Pelajar tidak mempunyai wang, hanya sebahagian sahaja yg mampu beli. Tetapi pada diri pelajar mereka boleh menjadi elemen promosi. Apabila pelajar ke kedai buku dan bertanyakan tentang buku anda, tetapi tiada, maka pekedai buku akan membuat tempahan.

Biasanya pekedai akan cari melalui internet nama buku tersebut. Dari situ mereka akan jumpa blog atau FB page anda.

Selain itu, nama anda sebagai penulis buku juga akan tersebar jika ada sebahagian murid-murid kelas anda merupakan anak guru. Biasanya mereka akan teruja memberitahu ibu bapa mereka yg juga guru tentang buku anda.

Secara tidak langsung, nama anda telah famous di sekolah lain. Jika nak cepatkan popular, beri percuma kepada anak-anak guru. Ibu bapa mereka akan membelek-belek buku anda, kemungkinan anda menjadi bahan rujukan mereka.

Monday, 28 September 2015

Antara istilah BISNES dan BERNIAGA

Dalam masyarakat Melayu kita, saya perhatikan ada sedikit perbezaan pemahaman terhadap dua istilah ini iaitu

BISNES dan BERNIAGA

Walaupun kedua-duanya membawa maksud yang sama tetapi sesetengah orang (mungkin juga ramai) secara tidak sedar menganggap ia istilah yang berbeza dari segi kefahaman semasa. Perbezaan ini lebih ketara jika diajukan kepada golongan tua yang bukan berlatar belakang pendidikan tinggi.

Apa yang berbeza?

Perkara yang berbeza ialah tentang pemahaman maksud kedua-dua istilah tersebut.

BISNES

Jika seorang individu menyebut, "Saya sedang buat BISNES".

Kebanyakan golongan tua atau muda menganggap ia sejenis perniagaan yang standard, mempunyai pejabat, kedai dan kakitangan untuk menguruskan perniagaan tersebut.

BERNIAGA

Tetapi jika seseorang itu menyebut, "Saya BERNIAGA sendiri saja."

Pemahaman bagi orang yang mendengar ialah, perkataan BERNIAGA lebih sinonim kepada aktiviti perniagaan menjual barang, membuka kios di tepi jalan, menjual makanan dan seumpamanya.

** Bagi orang-orang tua, penggunaan perkataan BISNES lebih menunjukkan aktiviti perniagaan yang hebat dan banyak duit manakala perkataan BERNIAGA lebih kepada aktiviti jual makanan tepi jalan atau jualan kecil-kecilan tanpa pejabat.

P/S: Ini berdasarkan pengalaman saya berbual-bual dengan pelbagai golongan sama ada yang berkerja atau tidak berkerja. Mungkin pandangan pembaca agak berbeza pula.

Monday, 14 September 2015

Adakah kereta mewah jimat minyak?




YA, kereta mewah memang jimat minyak. Tapi harganya, kena banyak bersabarlah.

Berdasarkan sembang-sembang dengan rakan-rakan yang kerap travel jauh dari KL ke Kedah atau Pulau Pinang, mereka katakan hanya sekali isi sahaja, tetapi masih ada lebihan.

Berikut kereta-kereta yang kerap dipakai:


Sunday, 6 September 2015

Nasib Tauke Leong!

Baru-baru ini saya pergi ke JPJ untuk urusan renew road-tax, berjumpa dengan kenalan lama Tauke Leong. Dia sudah berumur 50-an, orang kampung tetapi mempunyai kebun sayur dan nenas yang tak kurang kecilnya.

Sambil duduk dan minum bersama-sama, saya bertanya tentang bisnesnya,

"Camna, bisnes buah sekarang? ok?"

"Ok jugak la. You sudah angkat itu buah?, I sudah hantar rumah U punya mak." tanya dia.

"Ya, mereka sudah ambik, terima kasih banyak," jawab saya. Beberapa hari sebelum tu, dia ada beri hasil-hasil buah nenasnya kepada adik saya. Dia hantar sendiri dengan kereta buruknya.

"Kerja di kebun terukkah tauke?" tanya saya.

"Biasalah, dah tua-tua ini macam, ada sikit letih. Wife pun kurang sihat." jelasnya sambil meneguk kopi.

Lantas saya teringatkan anak-anaknya dan bertanya tentang mereka.

"Apa susah, anak-anak kan ada. Mereka semua lelaki."

Saya cuba menggembirakan hati dia. Tapi dia agak tersentak dan menunduk dengan soalan itu. Agak lama dia diam sambil menoleh ke arah jalan-raya yang sibuk dengan kereta.

"Mereka orang muda, mana mau kerja-kerja kotor macam ini. Mereka suka kerja pejabat."

Agak perlahan nadanya, tanpa melihat saya dia memberikan jawapan.

"Hujung-hujung minggu pun takkan tak datang ke kebun." saya bertanya sambil mencari jawapan.

"Mereka cakap kebun takde air-cond, susah la budak-budak sekarang ni," jelasnya.

Dahinya agak berkerut sambil peluh menitik ke pipi. Dia masih dengan baju kebunnya brand Pagoda. Seluar hitam dan berkasut kung-fu. Dia belanja minuman saya.

Dalam 15 minit kami berbual selepas tu kami beredar dari kedai tersebut dan membawa haluan masing-masing.

Monday, 24 August 2015

Hari ini: 1 Dollar sama dengan RM4.25

Hari ni ekonomi Malaysia tahap paling teruk. Duit ringgit menjunam. Money changer di Thailand mula tak mau duit-duit dari Malaysia.

Paling kesian ialah kontraktor. Tender-tender kerajaan terpaksa dibatal dan dibuka semula kerana harga kos dah meningkat khususnya bagi barang-barang binaan yang diimport.

Negara Malaysia terkesan kerana kadar eksport kurang dari import. Barang yg digunakan oleh rakyat Malaysia lebih banyak yang diimport berbanding yg dieksport. Contohnya, susu bayi. Walaupun pada kotak atau tin susu tersebut ditulis 'Made in Malaysia' atau dibungkus di mana-mana kilang di Malaysia tetapi kandungan dalamnya sebenarnya diimport.

Susu tepung datang dalam keadaan pukal dari luar negara. Kemudian dimasukkan di kilang di Malaysia untuk pembungkusan sahaja seperti kotak baru, stiker baru dan barkod baru. Jadi harga akan tetap naik kerana kos import naik.

Bila

RINGGIT JATUH

Harga barang NAIK

Sunday, 16 August 2015

Berhati-hati dengan tempat pengasuh kanak-kanak!

Kelmarin bila berjumpa dengan rakan-rakan bekas guru, kami sempat berbual-bual tentang pengalaman masing-masing selepas tamat siswazah. Dalam banyak2 topik seperti politik, ekonomi dan profesion, timbullah soal tempat mengasuh.

Dari perbualan tu, ada seorang sahabat yg pernah tinggal di Bangi memberitahu, dia pernah hantar satu taman asuhan kanak-kanak, agak popular tempat tu, ada banyak cawangan. Tetapi pengasuhnya wanita Indonesia.

KES 1##

Satu hari ketika datang mengambil anaknya yang berusia 4 tahun, didapati anaknya menangis sambil ternganga-nganga mulutnya tapi tiada pulak suara. Dia terus saja bawa balik.

Sahabat ni agak kebingungan macam mana anaknya boleh hilang suara. Padahal anaknya memang agak nakal, kalau tercedera sikit tu, katanya boleh lg diterima.

Selepas dia siasat rupa-rupanya, teknik tempat asuhan tersebut untuk 'mengajar' kanak-kanak yang suka menangis ialah dengan mengurung mereka dalam satu bilik. Jadi budak tu akan menangis keseorangan  sehingga letih dan tertidur sendiri.

Akibatnya sekarang setelah 10 tahun berlalu, anak lelakinya itu kini bersuara parau seperti orang dewasa walaupun masih sekolah rendah. Sedangkan sahabat saya itu dan isterinya bersuara lembut dan kecil.

Tapi kini, isterinya tak lagi berkerja. Walaupun masih menjadi guru tetapi atas minat dalam perniagaan, dia berjaya mengusahakan kebun getah yg luas di Kelantan.

KES 2##

Seorang sahabat perempuan, menceritakan kepada saya tentang anaknya yang ditinggalkan di satu rumah pengasuh di Pandan Jaya. Pengasuh tu pasangan suami isteri umur lingkungan 50-an. Satu hari anaknya yang berusia 1 tahun tak mahu menyusu dengannya, jadi dia kehairanan.

Selepas diperiksa dan disiasat, rupa-rupanya pengasuh yang dah berumur tu cuba menyusu sendiri dengan badannya. Walaupun mungkin dah takde susu, tapi memandangkan setiap hari mulut budak tu dah kena puting badan perempuan lain, jadi budak tu akan rasa kelainan jika nak menyusu dengan ibunya.

Kemudian sahabat saya tu cari orang lain pula, pasangan dah berumur di sekitar kawasan perumahan tu juga. Malangnya, masalah tak selesai. Pengasuh baru memberitahu sahabat saya, yang pengasuh lamanya telah datang menyerangnya semasa suaminya tiada.

Ini dah kira kes psiko.

PENGAJARAN

Cuba mengasuh sendiri anak walau dengan apa cara sekalipun. Jika nak cari pengasuh, lebih baik cari keluarga terdekat. Jika tak ada jugak, jalan terbaik ialah dengan bertanyakan dahulu kepada rakan-rakan sekerja tentang pengasuh-pengasuh yang di rekomen.

Thursday, 23 July 2015

Buku Bestseller - Tarbiyah Sentap


Buku ini semakin popular sekarang. Dalam FBnya diberitahu sale sudah mencapai 63,000 unit. 

Beberapa sahabat saya membuka kedai buku juga mengakui, buku ini sangat laris.

Lawati laman ini :  Facebook Tarbiah Sentap  |   www.tarbiahsentap.com 


Saturday, 4 July 2015

Berapa harga Adobe InDesign?



Sesiapa yang ingin menubuhkan syarikat penerbitan secara profesional hendaklah memiliki software-software khusus untuk menjalankan operasi syarikat.

Antara software-software yang digunakan ialah:

1) Adobe InDesign
2) Adobe Photoshop
3) Adobe Illustrator

*Paling minima adalah 3 software di atas. Kos membeli software2 ini dikira kos syarikat.

Berapa harganya?

Jika beli satu per satu, harga beribu2 ringgit, mungkin jadi RM10,000. Jadi syarikat ADOBE buat jual secara bundle iaitu 20 software dalam satu pakej.

Pakej itu dinamakan Adobe Master Collection. Harganya mencapai RM9,000.

Saya beli dengan harga RM8,800.00. Dalam bundle ini ada semua jenis software keluaran Adobe berjumlah 20 jenis software. Berbaloikah? memang berbaloi sebelum BSA datang serbu syarikat anda walaupun menggunakan alamat rumah.



Semua Penulis Wajib Tahu Adobe InDesign

Antara muka program InDesign yang digunakan Layout Designer di syarikat penerbitan


Majoriti penulis, mungkin 90% menulis menggunakan Microsoft Word (termasuk saya). Tapi majoriti juga tidak pernah menggunakan Adobe InDesign.

Perlukah kita sebagai penulis tahu Adobe InDesign?

Ya, WAJIB.

Kita tak perlu menggunakannya, tak perlu beli softwarenya atau membuka program itu jika ada. Sebagai penulis, adalah memadai kita mengetahui apa itu perisian Adobe InDesign.

Apa itu Adobe InDesign?


  • Ia software yang digunakan oleh seorang designer di pejabat penerbit anda. 
  • Biasanya jawatan kerja untuk designer tu digelar LAYOUT DESIGNER, PEREKA GRAFIK DALAMAN atau sebagainya.
  • Selepas penulis hantar manuksrip (bentuk softcopy) kepada Penerbit, editor akan memberikan kepada Layout Designer untuk dipindah masuk ke dalam Adobe InDesign.
Penulis tak perlu beli Adobe InDesign kerana ia mahal. Yang penulis perlu tahu ialah fungsi Adobe InDesign dan mengapa setiap syarikat penerbitan memerlukannya.

Logo Adobe InDesign