Baru-baru ini saya pergi ke JPJ untuk urusan renew road-tax, berjumpa dengan kenalan lama Tauke Leong. Dia sudah berumur 50-an, orang kampung tetapi mempunyai kebun sayur dan nenas yang tak kurang kecilnya.
Sambil duduk dan minum bersama-sama, saya bertanya tentang bisnesnya,
"Camna, bisnes buah sekarang? ok?"
"Ok jugak la. You sudah angkat itu buah?, I sudah hantar rumah U punya mak." tanya dia.
"Ya, mereka sudah ambik, terima kasih banyak," jawab saya. Beberapa hari sebelum tu, dia ada beri hasil-hasil buah nenasnya kepada adik saya. Dia hantar sendiri dengan kereta buruknya.
"Kerja di kebun terukkah tauke?" tanya saya.
"Biasalah, dah tua-tua ini macam, ada sikit letih. Wife pun kurang sihat." jelasnya sambil meneguk kopi.
Lantas saya teringatkan anak-anaknya dan bertanya tentang mereka.
"Apa susah, anak-anak kan ada. Mereka semua lelaki."
Saya cuba menggembirakan hati dia. Tapi dia agak tersentak dan menunduk dengan soalan itu. Agak lama dia diam sambil menoleh ke arah jalan-raya yang sibuk dengan kereta.
"Mereka orang muda, mana mau kerja-kerja kotor macam ini. Mereka suka kerja pejabat."
Agak perlahan nadanya, tanpa melihat saya dia memberikan jawapan.
"Hujung-hujung minggu pun takkan tak datang ke kebun." saya bertanya sambil mencari jawapan.
"Mereka cakap kebun takde air-cond, susah la budak-budak sekarang ni," jelasnya.
Dahinya agak berkerut sambil peluh menitik ke pipi. Dia masih dengan baju kebunnya brand Pagoda. Seluar hitam dan berkasut kung-fu. Dia belanja minuman saya.
Dalam 15 minit kami berbual selepas tu kami beredar dari kedai tersebut dan membawa haluan masing-masing.
No comments:
Post a Comment