(gambar: harian metro)
Guru lebih mudah buat duit melalui buku kerana beberapa sebab:
1) Anak murid adalah pembeli dan pempromosi.
2) Facebook memudahkan promosi tajuk buku
3) Kemungkinan menerima jemputan sekolah lain adalah tinggi.
Semuanya adalah faktor kepada keunggulan pendapatan tambahan. Guru yang mempunyai buku lebih popular dari Guru Cemerlang. Ia fenomena yang berlaku seluruh Malaysia.
Guru yang ada buku sering diingati anak-anaka murid berbanding Guru Cemerlang atau guru pembuat soalan.
Guru yang ada buku akan diingati di facebook-facebook pelajar. Facebook itu pula di share dan kekal sehingga anak murid tamat pelajaran dan bekerja.
Ia sesuatu yang sangat berharga untuk guru.
Rebutlah peluang menjadi penulis buku. Terbitlah apa-apa genre pun asalkan ianya buku. Disitulah 'kenikmatan' pendapatan tambahan yang akan dirasai.
Percaya atau tidak, majoriti penulis novel remaja adalah guru.