Showing posts with label hotel. Show all posts
Showing posts with label hotel. Show all posts

Friday, 26 September 2014

Family Suite di Hotel Grand Bluewave Shah Alam

Saya dan keluarga gemar tinggal hotel bilik jenis suite. Bukan apa, anak2 suka sangat berlari-lari. Jadi bila ruang luas, mereka tak lagi lompat-lompat atas katil.

Walaupun tak jauh dengan rumah saya. Saya suka bawa ke hotel. Tetapi saya sendiri yang suka duduk hotel kerana beralih suasana. Kalau duduk di rumah mesti nak menghadap komputer 7-8 jam sehari. Bila pergi hotel, relaks skit otak. Idea-idea menulis pun datang banyak.

Katil jenis King. Ambil dulu gambar sebelum anak2 saya melompat-lompat menyemakkan katil.

Sunday, 21 September 2014

Queen Suite di Hotel Primula, Kuala Terengganu

Hadapan hotel Primula

Baru-baru ni saya ada sertai Terengganu Century Ride 2014 di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu.  Ia sebenarnya kayuhan berbasikal sejauh 160km anjuran bersama Jabatan Pelancongan Terengganu.

Jadi saya dan keluarga menempah sebuah suite di hotel Primula, Kuala Terengganu. Sebenarnya bilik dah habis, hanya tinggal suite sahaja jadi terpaksalah juga tempah Queen Suite. Hari yang sama juga sebenarnya pihak AmBank Malaysia cawangan utara buat hari keluarga. Maka macam sadinlah suasana di sana.

Pukul 7.00 pagi, saya sempat ambil gambar dgn handphone peserta2 sedang tunggu flag off.

Masa ni lah nak tengok orang-orang kaya naik basikal. Ada ramai yang pakai basikal harga antara RM15,000 - RM25,000. Cuba bayangkan, basikal saja dah sama harga dengan Perodua Viva. Basikal saya murah saja sekitar RM6,000. Itupun setelah ditukar sikit-sikir spare partnya.

Sepanjang kayuhan kurang meletihkan kerana tiada jalan berbukit tinggi. Tapi ramai juga yang tidak dapat habiskan kayuhan dan terpaksa naik lori pengangkut.

Ini beberapa gambar Queen Suite yang saya menginap. (Klik gambar untuk besarkan)

Ruang makan. Di sebelah tirai tu adalah tingkap menghadap laut.