Hadapan hotel Primula
Baru-baru ni saya ada sertai Terengganu Century Ride 2014 di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu. Ia sebenarnya kayuhan berbasikal sejauh 160km anjuran bersama Jabatan Pelancongan Terengganu.
Jadi saya dan keluarga menempah sebuah suite di hotel Primula, Kuala Terengganu. Sebenarnya bilik dah habis, hanya tinggal suite sahaja jadi terpaksalah juga tempah Queen Suite. Hari yang sama juga sebenarnya pihak AmBank Malaysia cawangan utara buat hari keluarga. Maka macam sadinlah suasana di sana.
Pukul 7.00 pagi, saya sempat ambil gambar dgn handphone peserta2 sedang tunggu flag off.
Masa ni lah nak tengok orang-orang kaya naik basikal. Ada ramai yang pakai basikal harga antara RM15,000 - RM25,000. Cuba bayangkan, basikal saja dah sama harga dengan Perodua Viva. Basikal saya murah saja sekitar RM6,000. Itupun setelah ditukar sikit-sikir spare partnya.
Sepanjang kayuhan kurang meletihkan kerana tiada jalan berbukit tinggi. Tapi ramai juga yang tidak dapat habiskan kayuhan dan terpaksa naik lori pengangkut.
Ini beberapa gambar Queen Suite yang saya menginap. (Klik gambar untuk besarkan)
Ruang makan. Di sebelah tirai tu adalah tingkap menghadap laut.
Dekorasi ruang tamu menggunakan lampu chandelier jenis sederhana besar.
Pintu kiri tu adalah ruang dapur.
Ruang dapur berkabinet atas bawah.
Ruang masuk dari pintu utama ke ruang tamu.
Bilik air pada ruang tamu. Bilik tidur ada bilik air asing.
Ruang tamu yang luas berserta dekorasi kayu jati. TV LCD saiz 32 inci.
Alat kawalan seluruh bilik. Jenis lama. Saya pernah lihat yang lebih
canggih di hotel Quality Kuala Lumpur dan Hotel Parkroyal, Batu Feringgi, Penang.
Katil jenis Queen saja!! sepatutnya berilah jenis King sebab harganya hampir seribu semalam.
Kerusi membaca di dalam bilik tidur. Bakul rotan di belakang tu adalah
bakul letak baju untuk basuhan.
Ruang almari agak kecil. Safety Box juga jenis lama.
Bilik air di bilik tidur utama dilengkapi jakuzi. Susah juga nak guna sebab takde panduan.
Pemandangan dari balkoni utama di ruang tamu. Satu lagi balkoni ada di dalam bilik tidur.
Kemasan dan hiasan bilik air biasa saja macam hotel2 lain.
Antara dekorasi kain tuala kecil yang menarik.
Ini hadiah percuma set bahan mandian jakuzi. Boleh dibawa balik tanpa cas.
Saiz kotak ni 35cm panjang.
Sebelah kiri untuk buang air kecil.
Panduan booking di hotel ni:
Untuk booking macam biasalah, kena telefon dahulu. Selepas telefon mereka akan beri nombor booking. Tapi saya nasihatkan tempah melalui Agoda.com, lebih murah sedikit.
Kos bilik ni semalam ialah RM700.
Panduan parking:
Hotel ni tiada parkir berbumbung. Jadi saya nasihatkan jika ke sini, jangan parking di bahagian atas bersebelahan pintu lobi. Parkir di bahagian bawah sahaja dan berjalan naik. Jika park di atas, nanti bila dah penuh susah nak keluar sebab ruang untuk undur kereta sangat sempit.
Kesimpulan:
Di Kuala Terengganu, saya lebih suka tinggal di Primula. Pilihan lain yang ada ialah Hotel Permai, lebih kurang 400 meter dari Primula, cuma ia ditepi jalan besar bukannya di tepi pantai.
Staf-staf di Primula sangat membantu dan ramai.
wow 700 satu malam!
ReplyDelete