Proses ini melibatkan 4 jenis peringkat dan beberapa mesin untuk setiap peringkat.
**Peringkat Pertama: WASHING (Pembersihan botol)
Peringkat ini botol-botol yang dikumpulkan pada satu mesin khusus yang membersihkan dalaman botol. Ia juga beritndak mengeringkan botol tersebut sebelum diisi air.
Kos anggaran RM2,000 - RM5,000 (saiz kecil)
Lihat lagi maklumat di bawah
**Peringkat Kedua: FILLING (Pengisian air)
Mesin Filling berbeza mengikut bilangan piston filler iaitu injap pengisi air. Ada sesetengah mesin 1 injap saja. Itu mungkin jenis home business. Jika saiz besar, mungkin 20 injap lebih.
Mesin di atas ada 8 piston
Kos anggaran RM20,000 - RM35,000 (jenis semi-auto)
**Peringkat Ketiga CAPPING (Penutup botol)
Mesin ini berfungsi meletakkan penutup botol secara automatik ke atas botol yang sedang bergerak.
Mesin capping saiz sederhana besar.
Kos anggaran RM18,000 - RM35,000 (saiz sederhana)
Mesin capping jenis tabletop. Sesuai untuk produk sederhana yang diusahakan di rumah.
Kos anggaran RM1,000 - RM2500 (semi auto)
**Peringkat Keempat LABELING (Melabel botol)
Peringkat ini botol-botol akan dilabelkan jenama mereka. Jenis-jenis label adalah pelbagai mengikut industri atau kesesuaian botol. Jenis-jenis label:
1) Sticker (pelekat)
2) Shrink label (plastik pembalut keseluruhan botol seperti Spritzer)
Mesin jenis automatik
Mesin labeling jenis table top. Boleh diletak di atas meja. Sesuai untuk industri kecil yang dibuat di rumah seperti botol minyak angin, kicap, sos dan kosmetik. Ini jenis Sticker Labeler
Ini mesin jenis Shrink Label Tunnel. Maksudnya, botol air mineral yang sudah diletakkan label plastik akan dimasukkan ke dalamnya, kemudian mesin akan memanaskan plastik label pada botol.
Anggaran kos RM5,000 - RM10,000 (bergantung kepada saiz)
No comments:
Post a Comment