Tuesday, 28 August 2012
Persaingan eBook dan Buku di Pasaran Malaysia
Ramai orang berkata khususnya golongan blogger bahawa pasaran eBook akan mengecutkan pasaran buku tradisional. Ini tidak benar. Penerbitan buku tradisional tidak akan mati malah akan lebih menjulang tinggi jualannya walaupun dgn kehadiran eBook, Kindle dan sebagainya.
Mengapa? Di Malaysia, tidak akan ada orang yg sanggup duduk berjam-jam di depan Ipad, Kindle dan Laptop semata-mata untuk membaca. Masyarakat lebih berfikir bahawa daripada berjam-jam mencekang mata membaca lebih baik berFacebook, tulis artikel blog, tengok YouTube, main games dan sebagainya.
Budaya membaca eBook memang ada di Malaysia, tetapi ia lebih kepada 'bahan rujukan' untuk membuat sesuatu perkara atau analisis.
Pada pendapat saya, kemajuan teknologi Ipad, smartphone dan social networking sekarang ini adalah lebih berfungsi kepada agen promosi untuk buku-buku konvesional.
Perlu ingat, rakyat Malaysia bukan rakyat Barat. Rakyat Malaysia lebih kepada tunggu dan lihat sesuatu teknologi. Manakala masyarakat barat lebih kepada 'ingin mencuba' sesuatu teknologi. Sebab itulah apa sahaja teknologi yg diperkenalkan akan laku mendadak di pasaran sana.
Kepada penulis-penulis buku, saya nasihatkan jangan bimbang dengan pengaruh eBook. Buku yang anda tulis masih berguna dan akan terus berguna kerana buku bercetak adalah khazanah hidup yang boleh disentuh, dirasa dan dipamerkan di rak-rak buku rumah. Manakala ebook hanya boleh dilihat tetapi tidak boleh dipamerkan.
Thursday, 9 August 2012
Amanda Hocking: Penulis eBook Yang Jutawan
Beliau bukan penulis buku yang bercerita mengenai cara nak jadi jutawan tapi beliau adalah penulis yang buku-bukunya laku sehingga nilai jualannya mencecah jutaan dollar Amerika.
Amanda Hocking, the writer who made millions by self-publishing online
A couple of years ago, Amanda Hocking needed to raise a few hundred dollars so, in desperation, made her unpublished novel available on the Kindle. She has since sold over 1.5m books and, in the process, changed publishing forever
berita selanjutnya. BACA.
Bagi penulis-penulis eBook yang berminat mencuba nasib di pasaran eBook Kindle di Amerika dan Eropah terdapat syarat-syarat tertentu yang dikenakan Amazon.com bagi memasarkan eBook anda. Antaranya ialah mengisi borang cukai secara manual. Rujuk link ini.
P/S: Saya tak masuk lagi bidang eBook Kindle ni. Tapi berhajat juga satu hari nak masuk.
KItab2U: Himpunan Kitab-Kitab Untuk Penulis Buku
Ada satu ebook yang sangat baik untuk penulis-penulis buku agama iaitu e-Kitab yang mana melalui syarikat ini anda dapat menjimatkan masa mencari kitab-kitab turath berbahasa Arab ketika melakukan penulisan.
Untuk belian ebook kitab-kitab yang berjumlah 10,000 naskah ini, anda dapat jimat wang kerana tidak mungkin kita dapat memiliki 10,000 kitab yang berjilid-jilid di rumah kita. Perisian e-Kitab ini akan memudahkan penulis-penulis buku agama dalam melakukan dakwah penulisan.
Keterangan lanjut, sila rujuk www.kitab2u.com.
Saya cadangkan kepada penulis-penulis buku agama, agar membeli e-kitab ini kerana ia akan memudahkan kerja salinan ayat-ayat kitab. Anda tidak perlu lagi menulis semula ayat yang panjang-panjang. Dengan cara ini, ia akan mempercepatkan penulisan anda.
Sebelum memiliki e-Kitab ini, saya selalu membeli kitab-kitab arab import. Ada setengah ejen jual mahal dan ada yang murah. Contohnya, kitab Hadith Sahih Muslim berjumlah 10 jilid berharga lebih RM300.00. Itu belum lagi masuk hadith bukhari, tafsir-tafsir dan lain-lain.
InsyaAllah, pembelian e-Kitab ini memudahkan penulis-penulis buku dan editor melakukan kerja-kerja mereka.
Wednesday, 8 August 2012
Kerja Makan Gaji Kerajaan Sangat Bahaya
Mengapa saya katakan BAHAYA?
Sebabnya, duit gaji kakitangan awam adalah duit rakyat. Manakala duit rakyat terhimpun dari wang-wang cukai, zakat, bil-bil yg dibayar rakyat dan sebagainya. Apabila ia sejenis wang dari tabung rakyat maka ia adalah kumpulan wang yang berkategori Amanah.
Maksudnya, wang tersebut adalah amanah rakyat yang diberikan sebahagiannya kepada anda untuk menjalankan tugas-tugas di perkhidmatan awam.
Jika bayaran gaji anda dibayar untuk tempoh 8 jam sehari. Adakah anda benar-benar bekerja selama 8 jam sehari? Banyak kerja tidak berkat kerana ramai kakitangan suka mencuri tulang waktu kerja. Antaranya:
1. Pulang awal sebelum waktu sepatutnya.
2. Bersembang-sembang di kafe dan kedai makan.
3. Tidur di rumah ketika waktu kerja. Kes ni biasanya berlaku kat budak despatch, kalau surat yg dihantar berdekatan rumah, mesti singgah rumah punya. Sesetengah pembaca meter air, TNB, Telekom pun buat kerja macam ni jugak.
4. Membuat majlis keraian peribadi di pejabat pada waktu kerja.
Apabila kita melakukan perkara-perkara di luar bidang tugas pada waktu kerja, bagaimana wang gaji hendak berkat?
Kakitangan Awam Lebih Terdedah Kepada Miskin
Disebabkan tak berkat, maka ramai staf kerajaan berhutang dengan bank, banyak kad kredit. Kemudian terpaksa pula buat part time. Itulah tanda-tanda tak berkat.
Ada sesetengah guru yg menjadi penceramah motivasi juga dikira tidak berkat gajinya kerana apa? kerana beliau berceramah di luar kawasan kerja dan mendapat wang. Walaupun beliau berceramah dalam bidang pendidikan tetapi gaji sebulannya dibayar bukan untuk berceramah tetapi untuk mengajar di kelasnya.
Apabila keluar berceramah, maka beliau telah meninggalkan anak murid di dalam kelas. Murid pula dijamin tidak belajar apa-apa kerana guru ganti hanya akan ganti atau paling kuat pun buat kuiz. Mengapa tak berkat? jawapannya guru tersebut tetap mendapat gaji sehari penuh walaupun tidak mengajar 3 jam kerana pergi berceramah.
Lainlah kalau keluar berkursus.
Jika apa yg saya katakan ini tak benar, sila rujuk laman web kementerian pelajaran. Sekarang kerajaan sedang dlm proses menyenaraikan staf-staf awam yang berhutang banyak dgn bank. Bank negara pula dah mula bagi syarat, mana-mana kakitangan kerajaan yg bergaji RM3000 ke bawah hanya boleh guna 2 kad kredit sahaja.

(gambar hiasan)

Subscribe to:
Posts (Atom)