Antara perkara yang terlupa dibuat oleh 90% manusia waras ialah mengira jam-jam waktu seharian. Dan orang yang paling kerap lupa ialah golongan pekerja siswazah.
Perkara apa yang perlu dikira seharian tu?
Perkara-perkara yang perlu dikira ialah:
1. Waktu bangun tidur sebelum ke tempat kerja.
2. Tempoh masa keluar dari rumah ke tempat kerja.
3. Tempoh masa selepas hantar anak dari rumah pengasuh ke tempat kerja.
4. Waktu pulang dari kerja. Berapa minit yang diambil di atas jalan raya.
5. Jumlah wang yang dikeluarkan ketika makan di tempat kerja.
6. Berapa kenaikan gaji tahunan pada kadar prestasi biasa.
7. Berapa tahun lagi untuk pencen.
8. Berapa belanja untuk anak anda pada hari raya jika semuanya sudah bersekolah.
9. Berapa banyak (maksima) anda mampu simpan dalam sebulan. Darabnya dengan 10 tahun.
10. dan macam-macam lagilah.
Semua perkara di atas, anda akan lakukan setiap hari sehingga berumur 56 tahun, atau mungkin lebih.
Jika ANDA bekerja makan gaji (walaupun gred JUSA), anda perlu lakukan kesemua di atas SEUMUR HIDUP anda.
Semua perkara di atas berlaku kepada golongan siswazah yang bekerja. Bayangkan gaji anda RM3000. Gaji isteri anda RM3000 jugak. Adakah anda boleh simpan RM6000 sebulan? Sudah tentu tidak.
Bayangkan anda mampu simpan RM2500.00 sebulan setelah dicampur simpanan isteri dan anda. Maka setahun ialah RM30,000.
Tetapi yang malangnya ialah, ada golongan yang siswazah seperti anda, umur lebih kurang anda, dan tidak perlu buat kesemua 10 perkara di atas tetapi mempunyai pendapatan RM70,000 sebulan. Jika anda dapat mengetahui dan mengenali golongan itu, sudah pasti anda cemburu sakan.
Di mana anda nak kenal golongan ini? Rajin-rajinlah lawat Pesta Buku Antarabangsa, Pameran Usahawan Asas Tani, MOCCIS, dan apa-apa sahaja pameran berkaitan perniagaan. Anda akan jumpa orang yang latar belakangnya seperti anda. Orang-orang biasa saja tetapi pendapatannya BESAR.
Paling anda akan sakit hati ialah apabila anda mengetahui ada sesetengah golongan ini tidak memiliki ijazah dan diploma pun, dan tak pernah masuk universiti. Mereka bukan orang-orang politik, menagih tender kerajaan atau broker tanah. Mereka orang yang mempunyai produk.
Jika mereka boleh, anda juga boleh. Mereka tiada bezanya dengan kita. Yang membezakan hanya cara berfikir.
Wednesday, 30 October 2013
TUTORIAL PHOTOSHOP: Format Saiz dan DPi
Jika anda ingin menghasilkan dokumen bercetak seperti kulit buku, poster, risalah, katalog dan sebagainya. Perkara pertama yang harus ditentukan dalam Photoshop ialah saiz dan DPi.
LANGKAH 1: Tentukan Format Saiz Dokumen
LANGKAH 1: Tentukan Format Saiz Dokumen
(Click image to view large)
Klik pada File>New. Kemudian satu kotak New terpapar di atas.
Perkara yang perlu diubah ialah Width (Lebar) dan Heigh (Panjang).
Di sebelah kotak saiz itu, tekan anak panah kecil dan pilih Centimetre.
U/P: Pastikan anda tahu ukuran dokumen yang ingin dicetak nanti.
LANGAKAH 2: Tentukan Nilai DPi
(Click image to view large)
Setelah ubahsuai saiz mengikut CM. Kemudian, ubah pula nilai DPi (Resolution).
Ubah kepada 300. Pilihan di sebelah kanan pula ada 2 pilihan iaitu Pixels/Inch atau Pixels/Centimeter.
Boleh pilih mana-mana satu. Jika tak tahu, pilih saja Pixels/Inch. Tak mengapa, walaupun format saiz dalam bentuk CM.
Tujuan pilih 300 resolution kerana ia membantu menajamkan (Sharpen) gambar-gambar yang diletak pada kulit buku, katalog, risalah atau lain-lain.
Jika letak nilai kurang dari 300, dikhuatiri pixel pada gambar akan kelihatan kelabu, pecah-pecah dan tidak sempurna.
Di bahagian bawah Resolution ada dua lagi menu iaitu Color Mode dan Background Content. Bahagian Color Mode biarkan saja dengan format RGB (8 bit). Manakala Background Content pastikan pilih White.
Selepas semua siap, tekan OK. Barulah start design.
(Gambar di atas adalah Adobe Photoshop CS6)
Monday, 14 October 2013
Saturday, 12 October 2013
Cara Pencetak Menentukan Kos Cetak Buku
Bila dah siap manuskrip, maka kita akan berurusan dengan pencetak pula. Tapi sebaik-baiknya kita mengetahui serba sedikit elemen-elemen yang diperhatikan oleh pencetak dalam menentukan kos. Tanpa pengetahuan terhadap elemen-elemen itu, ia menyukarkan seseorang penerbit/penulis melihat untung yang boleh dibuat dari penerbitan bukunya.
Bila berurusan dengan pencetak, akan ada 2 aspek yang perlu dilihat iaitu:
KOS CETAK BUKU
Berikut ialah perkara-perkara yang menjadi penentu kos cetak buku:
Bila berurusan dengan pencetak, akan ada 2 aspek yang perlu dilihat iaitu:
- Kos cetak buku yang diberi
- Syarat dan terma bayaran keseluruhan cetakan
KOS CETAK BUKU
Berikut ialah perkara-perkara yang menjadi penentu kos cetak buku:
- Jenis kertas kulit buku
- Kesan tambahan grafik kulit
- Jenis kertas kandungan buku
- Bilangan warna kandungan buku
- Saiz buku
- Bilangan muka surat
- Kuantiti cetak
Tujuh (7) perkara inilah yang dilihat pada sesuatu buku. Untuk memudahkan faham, saya ambil contoh buku yang ada di semua kedai buku termasuk MPH dan POPULAR iaitu "Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus".
Sekarang kita lihat ciri-ciri buku.
- Jenis kertas kulit buku : Artcard 220gm
- Kesan tambahan grafik kulit : emboss effect (semua tulisan, gambar & coraknya timbul)
- Jenis kertas kandungan buku : simili 80gm (simili sesuai untuk hitam putih, jika kertas licin yang berwarna dipanggil Artpaper)
- Bilangan warna kandungan buku : 2 warna (hitam putih)
- Saiz buku 6 X 9 inci.
- Bilangan muka surat : 200 ms (termasuk muka surat hak cipta, kandungan dan kesemuanya)
- Kuantiti cetak : terpulang kepada pencetak. Saya andaikan cetakan pertama ialah 7000 unit.
Kos sebenar buku ini.
Kos sebenar buku ini pada kiraan saya dengan cetakan 7000 unit ialah RM2.00 - 2.50 seunit.
Harga jual buku ini RM15.00. Buku ini dikatakan sudah lebih 50,000 naskah terjual. Maka grossale nya ialah RM15 x 50,000 = RM750,000. Biasanya penulis dapat 10-13% dari harga buku. Tiga belas peratus dari RM750,000 ialah RM97,500.00. WOW!
Kalau penjawat awam JUSA C pun tak mampu nak dapat camni sekali gus.
Kos juga mungkin lebih murah jika ada perjanjian jangka panjang antara pencetak dan penerbit. Biasanya pencetak sanggup beri tempoh hutang sampai 5-6 bulan jika ia benar-benar yakin dengan kelarisan buku-buku penerbit yang dikenalinya.
Ada sesetengah pencetak minta wang penuh sebelum cetak. Tapi jika kali kedua cetak, masih lagi minta wang penuh, lebih baik anda tinggalkan pencetak tersebut.
Apa perlu buat selepas siap manuskrip?
Manuskrip dikira siap sekiranya buku anda yang ditulis dalam program MS Word, Publisher atau InDesign telah di convert ke dalam fail format PDF.
Fail yang mempunyai format PDF adalah yang mempunyai logo di bawah.
dan seumpamanya.
Fail jenis ini hanya boleh dibaca menggunakan Adobe Reader dan ia tak boleh diubahsuai lagi kecuali menggunakan perisian Adobe Acrobat Profesional. Mesin cetak kertas di kilang-kilang hanya menggunakan format ini, setahu saya.
Langkah 1 : Jadikan manuskrip dalam bentuk format PDF
Tidak kira sama ada anda menggunakan software MS Word atau InDesign, kedua-dua software ini ada fungsi untuk menukar document ke dalam bentuk PDF. Jika menggunakan MS WORD, fail ditukar kepada format PDF menggunakan arahan beritkut :
Jika guna MS WORD : File > save as > Adobe PDF
Jika guna InDesign : File > export > Save as type > Adobe PDF (Print)
Langkah 2 : Siapkan cover design dalam format JPEG.
Katakan anda mengupah seseorang untuk buat cover design depan dan belakang. Pastikan fail yang diberikan kepada anda dalam format JPEG dengan kapasiti 300dpi. Designer tahu apa maksud 300dpi tu kerana ia merujuk kepada resolusi ketajaman pixel gambar. Jika anda tidak tahu, tidak mengapa.
Cover yang hendak direka bentuk mestilah (jika boleh) dalam bentuk sebegini.
(klik image untuk besarkan)
Bila designer dah siap, beri kepada pencetak, biar pencetak semak dahulu fail tersebut walaupun belum ada barkod ISBN di belakangnya. Jika pencetak sendiri yang tolong buat design, ia lebih mudah kerja anda.
PERHATIAN
Bila manuskrip dah siap dan cover sudah siap, itu bermakna tiba peringkat untuk anda berurusan dengan 2 organisasi iaitu:
- Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) - untuk mohon barkod dan PDP.
- Pencetak - untuk cetak buku dan perjanjian bayaran.
Kedua-dua mereka ini hendaklah dihubungi serentak kerana PNM mempunyai tempoh masa tertentu untuk anda menyiapkan buku. Maksudnya, selepas anda memohon ISBN, anda diberi 30 hari untuk menyerahkan 5 naskah yang sudah siap kepada PNM dari tarikh terbit sebenar.
Cara Mohon Barkod Buku (ISBN)
sumber gambar: utusan.com.my
ISBN adalah nombor barkod yang terdapat pada semua buku-buku di seluruh dunia. Barkod adalah standard dan yang membezakannya hanyalah nombor-nombornya.
Bagi sistem permohonan barkod ISBN di Malaysia, semua penerbit harus memohon daripada Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) secara bertulis atau emel.
Langkah 1 : Siapkan Manuskrip Sepenuhnya
Siapkan dahulu manuskrip dalam bentuk format PDF. Maksudnya manuskrip telah siap sepenuhnya merangkumi perkara-perkara berikut:
- Cover design (depan & belakang) - 1 fail
- Kandungan : muka surat hak cipta, kandungan, kata penerbit, kata pengantar, bab 1 ... bab akhir, bibliografi, indeks (jika ada) dan sebagainya. - 1 fail
*Kedua-dua fail ni bukan untuk diberi kepada PNM, ianya untuk persediaan diberi kepada pencetak. PNM hanya minta beberapa maklumat sahaja dari buku anda.
* Jangan memohon barkod ISBN jika belum siap manuskrip.
Langkah 2 : Beri fail manuskrip buku kepada pencetak
Berikan dua fail kepada pencetak terlebih dahulu sebelum mohon barkod ISBN. Fail itu ialah:
- Fail 1 : cover design (format JPEG, minima 300 dpi)
- Fail 2 : manuskrip penuh (format PDF). - dari muka surat hadapan hingga akhir.
*Selepas beri kepada pencetak, minta pencetak check dahulu semua fail dan beritahu jangan cetak lagi kerana anda akan memohon barkod ISBN dan PDP.
Langkah 2 : Isi Borang-Borang ISBN dan hantar
Jika pertama kali terbit, perlu isi 2 borang, iaitu:
- Daftar Program ISBN : Borang PNM.PK.PBN (O).02(B1)
- Permohonan Barkod ISBN : Borang PNM.PK.PBN. (O).02(B2)
- Permohonan PDP (tak wajib, tapi lebih elok memohon) : Borang PDP
Ketiga-tiga borang ni, boleh isi dengan tangan kemudian scan dan emelkan kepada isbn@pnm.gov.my. Jika ada mesin faks lebih baik, isi borang kemudian faks terus kepada PNM.
Jangan hantar borang saja, sertakan sama maklumat2 di bawah:
- Sijil daftar syarikat SSM (jika terbit melalui syarikat sendiri).
- Salinan IC individu (jika terbit tanpa syarikat). - Jika terbit secara individu tak perlu hantar salinan sijil syarikat.
- Cover depan & belakang - Jika nak faks, print dahulu cover depan & belakang, kemudian faks. Jika nak hantar emel, just attach file cover depan belakang.
- Muka surat hak cipta - iaitu muka surat hak cipta yang biasanya diletak sebelum muka surat isi kandungan. Muka surat ni ada tulis ayat yang berbunyi "Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana ........".
- Susunan ayat dan kedudukan maklumat dalam muka surat ni tak ada peraturan. Boleh ikut citarasa penerbit. Tapi barkod ISBN tak perlulah di masukkan kerana masih belum dapat. Jika selepas dapat barkod, design susunan muka surat ini diubahsuai, tidak mengapa.
- Borang 02 (B1). - siap di isi.
- Borang 02 (B2) - siap di isi. Tinggalkan kosong ruang nombor ISBN dan ID Penerbit.
- Borang PDP - siap isi. Tinggalkan kosong ruang ISBN. Pada ruang Tarikh jangka terbit, letak lebih kurang 30 hari dari tarikh hantar borang.
*Borang PDP eloklah diisi kerana memudahkan pihak Perpustakaan meluluskan tender supply buku. Mana tahu, kalau buku-buku tulisan kita terpilih.
Langkah 3 : PNM akan hantar barkod ISBN dan maklumat PDP.
Maklumat barkod akan dihantar melalui emel atau faks, begitu juga PDP. Apa yang perlu anda ambil ialah nombor barkod sahaja 987..... Simpan nombor tu untuk dibuat design barkod. Jika anda tiada software barkod ISBN generator, anda boleh beri kepada pencetak. Mereka biasanya ada software untuk buat barkod.
Maklumat Pengkatalogan Data Penerbitan (PDP) - akan diberi kepada anda dalam bentuk susunan berikut:
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Ahmad Affandi Mohamad
Cara Membuat Kuih Pau / Ahmad Affandi
ISBN : 987-967-1111-10-1
1. Busines, Malay. I.Judul
286.12
Maklumat di atas hendaklah di taip semula dalam ruang muka surat hak cipta.
Langkah 4: Lengkapkan semula manuskrip
Barkod - selepas dapat barkod ISBN, minta designer (atau pencetak) masukkan di bahagian belakang kulit buku anda.
Maklumat PDP - selepas taip maklumat PDP dalam manuskrip dan susunnya, save semula fail dalam format PDF dan beri semula kepada pencetak.
Selepas siap muka surat hakcipta tak perlu hantar semula kepada PNM.
PERHATIAN
* Biasanya 2 fail diberi kepada pencetak iaitu Cover design (depan belakang) dan manuskrip penuh.
Sunday, 6 October 2013
Tahniah En. Khairul Kerana Berjaya Terbit Buku Sendiri !!!
Kali ini saya perkenalkan salah seorang pembaca blog jutawanpena yg berjaya menerbit buku sendiri dengan kosnya sendiri. Beliau ialah En. Khairul Hakimin Muhammad, seorang fotographer yang bercita-cita besar dan menyediakan perkhidmatan pakej fotografi yang menarik.
Beliau berjaya terbit sendiri buku berasaskan foto-fotonya sendiri. Buku ini diberi nama MEMANIS KEHIDUPAN. Harganya murah RM60 shaja.
Tahniah En. Khairul semoga banyak lagi buku-buku dapat dihasilkan.
- Ahmad Affandi.
Subscribe to:
Posts (Atom)