Sesiapa yang berminat menjadi penulis Telaga Biru hendaklah mengikut panduan-panduan penulisan manuskrip yang telah ditetapkan seperti di bawah.
PERATURAN PENGHANTARAN SKRIP TELAGA BIRU
- Telaga Biru selaku penerbit mengalu-alukan sebarang bentuk skrip untuk diterbitkan. Skrip yang dihantar mestilah mengikut piawai berikut untuk dinilai oleh Lembaga Penilai.
- Format Skrip: Soft copy dan hard copy. Penulis wajib menghantar skrip dalam kedua-dua format di atas.
- Cara Menghantar Skrip:
- Soft copy: E-mel: yusrina@telagabiru.net.my / nadirah@telagabiru.net.my atau hantar CD/pen drive melalui unjuk tangan.
- Hard copy: Pos / kourier / unjuk tangan kepada: Pn Yusrina Salleh atau Pn Nadirah Waharp, Penyelaras Penerbitan Telaga Biru Sdn Bhd, 28, Jalan Tembaga SD 5/2A, Sri Damansara Industrial Park,52200 Kuala Lumpur.
p/s: Anda boleh hantar keseluruhan soft copy atau hard copy. Tidak digalakkan menghantar sebahagian skrip. Jika menghantar sebahagian skrip, sila sertakan sekurang-kurangnya 5 bab pertama atau 25% kandungan (yang mana sedikit).
- Bahan yang perlu dihantar:
- Covering letter.
- Skrip seperti pilihan di atas.
- Biodata penulis:
- Maklumat diri seperti tarikh dan tempat lahir.
- Latar pendidikan akademik, agama & iktisas.
- Wibawa bidang.
- Wibawa kerjaya sekarang.
- Anugerah dan penghargaan.
- Sekeping gambar ukuran pasport.
- Sila lampirkan foto, ilustrasi, visual, lakaran, gambar lama, artifaks, dll yang berkaitan dengan skrip yang akan diserahkan.
Jenis Skrip dan Anggaran Panjangnya (fleksibel mengikut keperluan dan keadaan)
- Buku Agama /kitab/ ilmiah - 200 m/s ke atas
- Kamus - 500 m/s ke atas
- Buku umum bukan fiksyen / popular - 200-400 m/s
- Buku kecil / pocket book - 100-150 m/s
- Buku bergambar kanak-kanak - 32 m/s
- Buku pengetahuan remaja - 150-200 m/s
- Novel dewasa - 200 m/s ke atas
- Novel remaja / kanak-kanak - 100-200 m/s
- Kamus kanak-kanak - 100 m/s ke atas
- Format Teknikal:
- Saiz kertas: A4.
- Spacing: Langkau sebaris (1.5 spacing).
- Font/saiz: New Times Roman,12 pt.
- Indent: Automatik
(Majalah terbitan Telaga Biru)
- Anatomi Skrip:
- Mempunyai pembahagian bab. Paling kurang 4 bab.
- Ada mukaddimah tema.
- Ada isi – beberapa bab.
- Ada penutup / kesimpulan.
- Untuk skrip novel: Sila sertakan sinopsis, watak utama & sampingan, plot, tempat dan masa.
- Bahasa: Menggunakan ejaan, tatabahasa dan pola bahasa Dewan Eja sepenuhnya.
- Anatomi Buku:
- Prelim:
- Kata Pengarang: Disediakan oleh pengarang.
- Kata Penerbit: Disediakan oleh penerbit. Pengarang boleh mendraf.
- Kata Aluan/sokongan Boleh diusahakan oleh pengarang (jika berkenaan)
- Penghargaan: Daripada pengarang (Jika ada)
- Dedikasi: Daripada pengarang (Jika ada)
- End Book:
- Bibliografi: Disediakan oleh pengarang. Taip ikut format antarabangsa.
- Glosari: Pengarang hendaklah menyediakan glosari untuk menguatkan skrip.
- Indeks: Disediakan oleh penerbit.
- Biodata: Biodata hendaklah lengkap dengan ejaan yang betul.
- Ciri-ciri Skrip Ditolak atau perlu diperbaiki oleh Penulis
- Terlalu pendek atau terlalu panjang (kecuali boleh dipecahkan menjadi dua buah skrip).
- Hujah tidak kukuh atau tidak matang.
- Jelas hasil saduran / copy paste.
- Terjemahan al-Quran tidak disertakan surah dan ayat.
- Hadis tidak disertakan perawi dan / atau nombor hadis.
- Tidak ada unsur/ masej islam dan nilai-nilai moral yang baik
- Ciri-ciri Skrip Diutamakan:
- Jika buku agama, hadis disertakan teks, matan, perawi dan nombor hadis.
- Semua teks hadis dan doa dalam bahasa Arab hendaklah BERBARIS.
- Telah diedit DBP sepenuhnya.
- Bagi buku motivasi/akademik, ada gambar teknikal, peta minda, flow chart, dll. (jika berkaitan).
- Kontrak Perjanjian dan Lain-lain:
- Skrip muktamad yang dihantar tidak boleh ditambah semasa dalam proses pembikinan.
- Penulis bersedia datang ke pejabat walaupun perhubungan on-line mungkin memadai.
- Penulis mungkin diminta untuk membaiki atau menambah skrip sebelum proses layout.
- Segala bayaran royalti, tempoh dan kadar ada tertulis dalam kontrak perjanjian.
- Skrip yang ditolak boleh diambil kembali oleh penulis.
- Sebelum skrip diterbitkan, penulis diminta membuat correction sebelum skrip dicetak. Sebarang penambahan fakta dan bab pada peringkat ini adalah TIDAK DIBENARKAN.
- Penulis bersedia membantu promosi dengan pihak media.
- Proses Penerbitan:
- Skrip mentah diterima & Penilaian skrip - 2-3 minggu
- Skrip ditolak/diterima/dipulangkan untuk ditambah atau dibaiki - 1-2 minggu
Sebarang pertanyaan sila hubungi: Pn Yusrina@Pn Nadirah (03-62754070/03-62768057)
Sila lengkapkan borang ini dan sertakan bersama skrip yang akan dihantar ke Telaga Biru Sdn Bhd.
Harap maklum dan selamat menulis :)