Saturday, 16 February 2013
Bank Suka Syarikat Penerbitan
Beberapa hari lepas saya ke bank berdekatan untuk membuka akaun syarikat baru. Ini syarikat kedua saya, bisnes penerbitan juga tapi lebih fokus kepada design buku-buku agama.
Saya membuka akaun di Maybank, bukannya apa, sebab ada Maybank2u. Dah biasa dengan pengurusan Maybank. Gaji masa jd guru dulu pun masuk guna akaun Maybank jugak.
Cuma peliknya masa saya hendak buka akaun kebetulan berurusan dengan pengurus bank tersebut. Dia juga kebetulan berada di situ di kaunter pelanggan memerhati pekerjanya. Bila melihat borang buka akaun syarikat saya di meja kaunter, dia terus panggil nama saya. Saya agak terkejut kerana sepatutnya staf di kaunter yang panggil.
Bila nampak saya berdiri dia datang dekat dengan saya dan bercakap perlahan macam orang nak berbisik, "Kamu buat bisnes publishing ka?". Saya jawab Ya! Kemudian dia cakap, "Self publisher?". Saya jawab Ya! sambil tersenyum dan kehairan tengok muka dia.
Tiba-tiba dia jawab begini, "Kamu punya equipment mesti hampir 100K punya?". Saya tak menjawab apa-apa, sebab memang betul. Saya cuma tanya mengapa dia kata begitu.
Dia cakap biasanya, bank suka kalau ada syarikat penerbitan buka akaun syarikat dengan mereka. Menurutnya, akaun syarikat penerbitan sentiasa aktif berbanding syarikat lain. Dia juga beritahu, kalau akaun syarikat penerbitan, bank lebih 'jaga' dari syarikat lain.
Dia juga meneka saya membuat sendiri semua kerja, dari pencarian bahan, suntingan, design layout dan cover design. Saya tak dapat mengelak dari berkata, "Tidak". Mana tahu, mungkin ada saudara mara atau kawan-kawannya yang juga jadi publisher.
Saya bimbang dia pun tahu bisnes jenis tu. Saya cuma tersenyum dan tersengih kerang saja.
Kemudian, manager berbangsa India yang agak separuh abad umurnya tu menawarkan kepada saya membuat loan rumah atau kereta. Dia memberitahu supaya menjaga tertib akaun selama 3 tahun dan pastikan membayar income tax. Selepas itu dia akan meluluskan apa2 loan jika saya memohon.
Saya agak terkejut dengan tawaran itu kerana dalam sejarah bank, Maybank adalah antara bank paling kedekut sekali nak bagi loan kat individu melainkan orang tersebut benar2 cekang akaunnya. Apatah lagi nak bagi personal loan, lagilah kedekut.
Tapi saya memang berhasrat membeli sebuah rumah yg berharga RM1 juta lebih, berpagar, berpengawal atau di kawasan golf-golf resort. InsyaAllah awal tahun depan.
Saya agak terfikir jugak, akaun belum dibuka tapi dah tawar macam2. Kawan saya seorang kontraktor, akaunnya ada beratus2 ribu, itu pun bank mengeliat nak bagi. Macam2 dokumen diminta, padahal rumah yg nak dibeli bukannya sampai RM250k pun.
Tapi kita kena ingat, Maybank adalah bank tempatan yg terkaya di Malaysia dr mana2 bank. Sahamnya berada di papan utama dan lebih tinggi dari saham Petronas sendiri.
Selepas beberapa minit bercakap dgn manager tersebut, baru saya faham sebab apa penerbit buku besar2 di Malaysia senang dapat loan berjuta2 dalam tempoh yg singkat. Maksudnya, bulan Januari buat loan 1 juta kemudian bulan November (tahun yg sama) buat pula 1 juta (dan diluluskan) walaupun loan pertama belum habis bayar.
Thursday, 14 February 2013
Guru Baru Kurang Pengalaman Hidup
Saya teringat lagi ketika sedang berkursus di IPTS, seorang guru wanita muda DG41 bertanya saya tentang perkara-perkara yang kurang disenanginya apabila berjumpa guru-guru senior. Dia melihat ramai guru-guru wanita berniaga direct selling dalam bilik guru. Dia kurang senang dengan situasi itu. Katanya guru sekarang tidak mengutamakan kerja.
Saya faham perasaannya tambahan pula masih bujang dan masih bersemangat. Tetapi memandangkan dia baru setahun jagung dalam pendidikan saya berikan jawapan yang lebih bersifat logik-analitik.
Saya kata kepadanya, "Itulah membuktikan gaji guru masih belum cukup. Tahukah kamu, gaji sebulan guru di Eropah dan Singapura sudah boleh membeli kereta."
Dia agak terdiam. Tetapi masih cuba memperbetulkan persepsinya. Katanya, "Bukankah peraturan tidak membenarkan guru berniaga dan membuat kerja lain ketika bekerja?"
Saya sudah agak soalan itu, lalu saya pun jawab begini,
"Itu hanya peraturan, tahu tak kamu berapa ramai pegawai JUSA yang memiliki syarikat sendiri? berapa ramai pengetua yang mempunyai syarikat kontraktor sendiri dan berapa ramai pegawai2 di PPD, JPN dan KPM yang ada part time busines?"
(Saya tahu benar tentang muslihat kakitangan pendidikan menggunakan tender sekolah untuk mengambil sedikit percent. Kalau peringkat IPT pula, pegawai2 besar suka tunggu kedai-kedai buku buat pameran buku. Ada saja percent 'bawah meja' yang hendak diminta.)
Dia tidak menjawab tetapi kelihatan sedikit terkejut. Saya sudah agak reaksi tersebut.
Tambah saya, "Kamu belum kahwin, mungkin belum tahu kegunaan wang yang sebenarnya. Jika lepas kahwin nanti barulah tahu bagaiman duit tu mengalir keluar macam air."
Saya menjawab soalannya sambil tersenyum. Dia kelihatan tidak marah tetapi seperti seronok pula nak mengetahui apa realiti hidup jika sudah kahwin.
Realiti hidup selepas kahwin ialah jangan harap jika suami isteri bekerja dengan gaji DG41 masih mampu simpan duit setahun RM5000. Ia adalah realiti. Bukan salah suami isteri tetapi salah sistem gaji guru di Malaysia yang masih ketinggalan zaman.
Setengah orang dapat gaji sebulan RM2800 sudah melompat2. Tetapi kalau dibuat pengiraan matematik berdasarkan kos PTPTN, kos hidup seharian, kos susu anak dan pampers, kos jaga budak, kos ulang alik minyak kereta dan sebagainya, RM4000 pun belum cukup. Tambahan pula yang tinggal di bandar besar.

Saturday, 2 February 2013
Bisnes Buku Lebih Untung Dari Semua Bisnes
Bisnes paling untung dan paling bertahan lama ialah industri buku. Ia lebih kukuh dari pengeluar produk komputer, kereta, motosikal dan makanan. Mengapa?
Menerbitkan buku adalah mudah, ia hanya perlu menghasilkan 'idea' yg bernas. Selepas itu, buku tersebut akan laku seumur hidup paling kurang 100 tahun.
Untuk menghasilkan sebuah buku yang bestseller, ia tidak perlukan teknologi tinggi. Kulit yang cantik dan susun atur dalaman hanyalah persembahan sampingan, tetapi jika buku anda sangat berguna maka kandungan maklumat adalah tujuan utama para pembeli.
Jarang orang beli buku sebab kecantikan kulit buku. Orang beli kerana isi dalamannya. Orang nak tahu apa yang anda tulis dan apa manfaatnya jika buku tersebut dibaca.
Buku yang diterbitkan 300 tahun dahulu masih boleh diguna hingga sekarang kerana maklumatnya. Tetapi perisian komputer yang direka tahun lepas belum tentu boleh laku tahun ini. Jika nak laku, pengeluar perisian terpaksa mengubahsuai sedikit sistem dan mengisytiharkannya sebagai 'versi terkini di pasaran!'.
Buku tidak begitu, ia bergantung sepenuhnya kepada keupayaan maklumat. Dan orang Islam adalah masyarakat paling kaya di dunia dalam bisnis buku. Jangan lihat penulis Harry Potter, novelis J.R.R. Tolkien sebagai manusia terkaya. Mereka hanya kaya kerana buku mereka difilemkan. Lagi 10 tahun, filem tersebut orang sudah tidak berminat.
Buku paling laku di dunia ialah buku agama. Kitab Ihya Ulumuddin masih laku sehingga sekarang walaupun ia diterbitkan pada tahun 1100 M. Jika keturunan Imam Al-Ghazali ada dan mendaftarkan hakcipta, jenuhlah syarikat penerbitan hendak bayar royalti.
Dengan berkat kitab tersebut dan kitab ulama-ulama lain yang memberi hakcipta percuma, ia menyebabkan penerbit-penerbit Muslim menjadi kaya sekelip mata. Mereka boleh menjual kitab tanpa perlu bayar royalti kepada penulis.
Tahukah anda, dalam industri buku Malaysia, nadi utama sumber pendapatan yang stabil ialah penerbitan Al-Quran. Dalam dunia buku di Malaysia, setiap penerbit mengidam-idamkan mempunyai al-Quran terbitan sendiri kerana ia adalah sumber keuntungan yang evergreen. Yakni jika buku-buku lain syarikatnya tak laku maka hutang-piutang masih boleh dicover dengan keuntungan dari jualan Al-Quran.
Jualan Al-Quran lebih stabil dari mana-mana buku dalam Malaysia.

Subscribe to:
Posts (Atom)