Friday, 21 June 2013

Berhenti Kerja Kerajaan Jika Ada Sifat Ini!!

Saya menyeru penjawat awam berhenti kerja kerajaan jika ada sifat2 ni...apa dia tu?

....iaitu NAK KAYA! Mengapa pula?

Kerja sebagai penjawat awam bukanlah tempat sesuai nak jadi kaya atau berangan2 nak jadi kaya. Walaupun ia menyediakan kuota utk gred-gred besar yg bergaji besar sebulan tetapi ia utk sebilangan kecil sahaja yg ada prestasi terbaik.

Jika anda berangan2 nak jadi kaya, lebih baik anda berhenti kerana tempat penjawat awam bukan untuk orang yg berpemikiran seperti itu.

Apakah akibatnya jika ada sifat NAK KAYA tetapi dlm masa yg sama mahu kerja kerajaan?
  • Kerja tidak menjadi fokus dan sering teringat-ingatkan idea bisnes part time yg sedang dirancang.
  • Anda akan berusaha mencuri masa waktu kerja utk melakukan part time bisnes. Kadang2 kemudahan di tempat kerja digunakan utk kepentingan bisnes sendiri.
  • Bagi yang ada pangkat dan kuasa, lebih cenderung meluluskan tender secara direct dan pilih orang-orang tertentu sahaja.
  • Cuba lambat-lambatkan pergi kerja dan cepat-cepat nak balik rumah.
Beringatlah, tak salah berniat NAK KAYA tetapi jangan salah tempat. Wang gaji kita adalah hasil dari cukai-cukai orang ramai. Cukai orang miskin, cukai orang kaya dan macam2 lagi. Jadi kerja tak boleh main-main, cukai bermaksud wang amanah.

Jika NAK KAYA berhenti kerja dan buat bisnes. Buatlah apa saja bisnes, kecil atau besar asalkan halal.

Tuesday, 11 June 2013

PENCEN Bukan Jaminan Masa Depan

Ramai orang kita berlumba-lumba kerja kerajaan. Sebab nakkan PENCEN. Mitos-mitos yang didengar ialah duit pencen tak putus.

Itulah mitosnya. Tapi ramai yang tak tau bila berlaku kegawatan ekonomi yang teruk, kemungkinan besar pencen juga boleh ditarik atau paling koman pun diberi 50% saja. Disebabkan itulah kerajaan lebih sanggup naikkan peratus pencen dari naikkan gaji pokok penjawat awam.

Ini bermakna, penerima pencen juga akan menghadapi masalah kewangan jika berlaku kegawatan ekonomi yang teruk. Malaysia belum lagi menghadapi situasi tu. Tapi di negara-negara luar, kebanyakan mereka telah mengalami situasi kemelesetan ekonomi.

Disebabkan itulah di luar negara seperti Amerika, Eropah, Jepun dan negara dunia pertama, kerja kerajaan tidak popular. Di luar negara, usahawan dan penulis buku mendapat status yang tinggi. Mereka dikira golongan kelas pertama mengatasi pegawai2 besar dalam kerajaan.

Cara Orang Melayu Cari Kerja : Duduk Saja Dapat Duit!!!

Jika dilakukan analisis, itulah hakikat cara kebanyakan orang Melayu cari kerja. Mereka nakkan sejenis kerja atau bisnes yang 'duduk saja' kemudian dapat duit.

DUDUK SAJA DAPAT DUIT

Ungkapan di atas menyebabkan ramai orang Melayu berpusu-pusu mengejar kerja penjawat awam. Kerana apa? hanya kerana ada PENCEN dan mudah buat LOAN itu ini. Ya, saya sendiri dahulu (10 tahun dahulu), terpesona dengan 2 ungkapan tu: PENCEN dan LOAN (rumah dan keretalah).

Saya terpesona kerana bapa saya pegawai besar kerajaan (kumpulan A), berpangkat Dato' dan macam-macam lagi anugerah PJM, AMN, ntah apa M lagi saya pun tak tau. Tapi itu pemikiran orang dahulu. Pemikiran mereka ialah kerja ada pencen menjamin masa depan.

Disebabkan DUDUK SAJA DAPAT DUIT, maka ramailah orang Melayu sanggup menghinggapi kursus-kursus Jutawan Internet, Jutawan MLM, Jutawan Segera dan macam2 lagi. Mereka sanggup bayar RM300-2000 hanya semata-mata nak tahu cara nak jadi kaya.

Tapi orang Melayu tak sanggup pula pergi kursus-kursus Usahawan yang ditawarkan oleh MITI, Dewan Perniagaan Melayu, Kementerian dan sebagainya. MENGAPA?

Sebab, bila nak jadi usahawan kena buat benda2 ni:

1.   Urus fail sendiri.
2.   Sewa premis kedai.
3.   Cari pekerja sendiri.
4.   Buat audit akaun syarikat.

Jika kerja kerajaan, semua benda2 kat atas Kerani, Pengurus dan pejabat pentadbiran yang uruskan, jadi ia dikira senang.

Disebabkan mitos DUDUK SAJA DAPAT DUIT jugalah ramai orang Melayu kita tertipu dengan berbagai bisnes MLM, ikan keli, lintah dan macam2 binatang lagi yang jadi mangsa. Tapi binatang yang terlibat tu takde dalam senarai Zoo.

Kerja PENCEN adalah salah satu mitos DUDUK SAJA DAPAT DUIT. Orang Melayu suka dapat pencen sebab selepas pencen nanti ramai berangan2 nak duduk saja dan dapat duit bulan2. Jika ada masa lapang, berangan-angan nak kerja sambilan.

Thursday, 30 May 2013

Review Pesta Buku Selangor 2013


PBS 2013 yang saya pergi baru2 ni, agak biasa dan sama suasananya seperti tahun lepas. Cuma bezanya, kali ni di tengah-tengah dewan tu ada perkhidmatan urut kaki refleksologi lelaki dan wanita. Susunan ruang juga sama seperti tahun lepas cuma bahagian tengah disediakan beberapa set sofa untuk pengunjung duduk.

Rata-rata sambutan agak menggalakkan walaupun pada cuti sekolah. Ketika saya pergi pada waktu tengahari iaitu ketika orang ramai masih banyak yg bekerja, keadaan dlm dewan juga agak ramai. Selain itu ada pertandingan kuiz untuk kanak2 sekolah rendah sedang berlangsung.

Secara kesimpulannya, pesta buku kali ini dilakukan dengan baik. Program-program bersama pengunjung yang diatur sepanjang pesta buku juga berjaya menarik kehadiran orang ramai.




















Sunday, 26 May 2013

Penggunaan 2 Skrin Memudahkan Kerja Editor



Jika ingin mereka bentuk layout buku, saya syorkan guna 2 skrin komputer. Ia memudahkan kerja dan mempercepatkan akses maklumat.

Jika menggunakan 2 skrin, ia tidak menjadi masalah. Maklumat atau grafik yg ada pada skrin sebelah kiri boleh ditarik ke sebelah kanan. Saya biasanya di skrin sebelah kiri saya guna utk bukan web browser atau Adobe Photoshop atau Illustrator. Skrin kanan pula utk Adobe InDesign.

Selain itu, kelebihan guna 2 skrin ialah ia mengurangkan kesilapan dan kekeliruan dalam menulis. Anda tak perlu lagi nak sentiasa menekan button minimize dan maximize pada panel Word atau Adobe.

Tapi untuk pakai 2 skrin , anda perlu tukar Graphic Card pada bahagian dalam desktop. Tak perlu susah nak fikir. Just pergi ke mana2 kedai komputer, kemudian bagitau tauke tu, cakap nak bagi desktop ni jadi 2 skrin. Tauke tu akan tau nak buat camna. Biasanya dia hanya tukar Graphic Card.


(Gambar atas) Ketika melakukan kerja layout buku, saya biasanya guna skrin kiri untuk buka Adobe Photoshop dan sebelah kanan Adobe InDesign. Saya sebenarnya sedang menyiapkan buku formula matematik untuk sekolah rendah saiz poket. 

Lihat gambar poligon warna pink sebelah kiri tu. Saya design poligon guna Photoshop, kemudian setelah habis, saya tarikh grafik poligon tu ke sebelah kanan, dan ia masuk secara automatik dalam program InDesign yg saya buka sebelah kanan.

Daripada program WORD juga boleh dibuat begitu. Fail tidak hilang.

Di atas tu kerja2 layout sayab buat sendiri A to Z. Dari menulis, lukis grafik, susun atur sampailah mohon barkod dari Perpustakaan Negara. Dah 90% nak siap tu.

Kalau buat penulisan pula, saya suka guna keyboard jenis ergonomic design. Macam kat atas tu ialah keyboard jenis Logitech, lebih kurang RM280. Sekarang ni. model ni dah takde, dah diganti dengan model baru. 

Saya jenis kategori cepat menaip, dan boleh menaip tanpa tengok keyboard. Jd keyboard jenis ni memang sesuai utk sapa2 yg cepat menaip. Ia mengurangkan kesalahan ketika menaip.

*Ini bukan gambar di pejabat ni, ini di rumah saya. Saya bekerja di rumah.



Saturday, 25 May 2013

Booking hotel: Persediaan ke Pesta Buku Selangor 2013



Pesta buku Selangor dah pun berlangsung 2 hari lepas tapi saya masih belum pergi lagi. Bukan apa, mula2 tu cadang nak stay kat Hotel Quality sebab dekat aje dgn SACC Mall tempat pesta buku. Boleh saja berjalan kaki. Lagi pun memang selalu stay kat situ.

Ntah camna terlewat book, tiba2 je penuh, sekali dengan Family Suite Room pun habis. Ni tak lain tak bukan memang geng-geng pesta buku dah ambil. Maklumlah cuti sekolah, apa jenis bilik pun dah habis. Biasanya saya book online je guna kad kredit.

Mau tak mau terpaksa book dekat Bluewave Hotel, tak jauh dengan Quality Hotel lebih kurang 200 meter saja. Bluewave ni mahal skit, dah tu check-in pukul 3 petang. Kedekut masa skit. Tapi makannya memang sedap lah, berbanding Quality Hotel.

Beza Bluewave dan Quality ni kalau nak banding menang lagi ke Bluewave. Hotel Concorde kat seksyen 9 tu pun tak boleh lawan. Bilik memang hebat tapi menu makanan tak berapa best. Saya pernah stay kat sana dengan famili.

InsyaAllah selepas melawat Pesta Buku Selangor nanti saya akan post gambar2 sekitar pesta buku. Nak tengok apa yang terbaru sangat.

Wednesday, 22 May 2013

Fahami Cara Kira Pinjaman Bank



Ramai orang pernah buat loan (pinjaman) dari bank sama ada loan kereta, rumah, hartanah dan sebagainya. Satu-satunya loan yg anda jangan buat ialah loan utk beli saham. Pakar saham pun tak akan buat loan beli saham. Kita tinggal bab saham, kita pergi ke tujuan artikel ini.

Mungkin ramai dah mengetahui cara kira bayaran bulan loan. Di sini saya pamerkan cara kiraan sebenar.

Kiraan bayaran bulanan kenderaan

Harta : Kereta Proton Saga 1.5
Harga beli : RM45,000.00
Interest : 3.5% (Setahun) = bila buat kiraan, tukar kpd perpuluhan spt 0.035
Bil. tahun bayar : 9 tahun (standard lah tu)
Bil. bulan bayar : 108 bulan

Formula kiraan :

Harga beli + (Harga beli x Interest x bil tahun bayar)
                               Bil bulan bayar

45,000 + (45,000 x 0.035 x 9)   =   45,000 + 14175   =  RM 548 (sebulan)
                     108                                        108


Kiraan bayaran bulanan Pinjaman Peribadi

Jumlah pinjaman : RM50,000
Interest : 5.2% (setahun)
Bil. tahun bayar : 12 tahun
bil. bulan bayar : 144 bulan





Jumlah pinjaman + (jum pinjaman x Interest x bil tahun bayar)
                                      bil. bulan bayar

50,000 + (50,000 x 0.052 x 12)   =   50,000 + 31,200     =   RM 563.80
                       144                                        144


  • Ramai org tertipu dgn loan peribadi yg bank tawarkan. 
  • Cuba lihat kiraan di atas. Anda buat loan RM50,000 tetapi jum. bunga ialah lebih dari separuh loan anda kena bayar. Maksudnya, jumlah bunga (interest) shj ialah 62%. Lebih dari setengah.
  • Kalau anda bersabar sikit, simpan RM563.80 selama 12 tahun secara tetap anda akan dapati dalam akaun simpanan ialah RM81,187, lebih tinggi dari loan yg anda buat.
  • Banyak orang buat personal loan terlupa nak kira jumlah interest yg nak kena bayar. Mereka tak tahu bahawa interest yg kena bayar tu lebih dr separuh loan yg dibuat.


Sifat tak sabar membawa padah.


  • Sesetengah org tak sabar. Bila mula kerja gaji RM2000 terus beli kereta mahal2 spt Honda, Toyota yg harganya mencecah RM80,000. Tidak termasuk lagi potongan bayaran loan peribadi.
  • Biar kereta kecil tetapi simpanan berpuluh2 ribu. Jgn kereta besar tetapi nak simpan setahun RM5k pun payah.
  • Ingat, dlm tempoh 12 tahun pinjaman peribadi, anak dah pun Darjah 6. Banyak duit nak kena pakai. Dalam tempoh 12 tahun juga, takkan ada seorang anak punya, paling tidak pun 3 orang.
Apa pun, tidak salah membuat loan asalkan ada perancangan dan matlamat. Jika ada perancangan, loan sebanyak mana pun tidak memberi mudharat kepada peminjam. InsyaAllah...