(Gambar) Bukan rumah saya tapi sebijik macam home office saya.
Secara asasnya jika anda ada syarikat yang beralamat di rumah, anda perlukan 3 fail sekurang-kurangnya. Fail apa tu?
1) Fail Penyata Akaun - untuk simpan penyata akaun bank semasa anda yang dihantar tiap2 bulan.
2) Fail Baucer - simpan borang keluar wang dari akaun semasa atau resit beli barang.
3) Fail Deposit - simpan borang yang mencatat kemasukan wang dalam akaun semasa.
Asasnya tiga fail ni saja. Tak kiralah bisnes anda untung ke tidak. Tapi bila dah daftar niaga, hantu raya berlesen (Lembaga Hasil Dalam Negeri) akan mula mengambil perhatian selepas dua tahun anda daftar niaga.
