Showing posts with label fail. Show all posts
Showing posts with label fail. Show all posts

Monday, 1 December 2014

Bisnes di Rumah : Cara Urus Fail di Rumah

(Gambar) Bukan rumah saya tapi sebijik macam home office saya.

Camna nak urus fail-fail di rumah? khususnya untuk mereka yang menjalankan perniagaan online atau apa-apa bisnes menggunakan alamat rumah.

Secara asasnya jika anda ada syarikat yang beralamat di rumah, anda perlukan 3 fail sekurang-kurangnya. Fail apa tu?

1)  Fail Penyata Akaun - untuk simpan penyata akaun bank semasa anda yang dihantar tiap2 bulan.
2)  Fail Baucer - simpan borang keluar wang dari akaun semasa atau resit beli barang.
3)  Fail Deposit - simpan borang yang mencatat kemasukan wang dalam akaun semasa.

Asasnya tiga fail ni saja. Tak kiralah bisnes anda untung ke tidak. Tapi bila dah daftar niaga, hantu raya berlesen (Lembaga Hasil Dalam Negeri) akan mula mengambil perhatian selepas dua tahun anda daftar niaga.