(gambar hiasan)
Kekecewaan ini tidak berlaku kepada yang betul2 minat menjadi guru tetapi berlaku kepada individu yang dari bidang bukan pendidikan yg terjun ke dunia pendidikan. Almaklumlah sekarang ni banyak lubang boleh masuk utk jadi guru seperti KPLI, Serapan terbuka dan panggilan terbuka dari PPD.
Ramai siswazah skrg berebut-rebut nak jd guru. Mereka kata keja senang dan mudah dpt bonus. Jadi berbondong-bondonglah masuk KPLI. Kebanyakan mitos yg berlegar dikalangan siswazah bukan bidang pendidikan tentang kerja guru ialah:
#Mitos 1 : Kerja senang, ajar budak-budak saja.
Lepas masuk jd guru, baru tahu rupa2nya nak ajar budak bukannya senang. Ada yg degil, ada yg suka berdendam dan ada yg kuat mengadu kat mak bapak. Kerja guru yg selama 100 hari tu blh terpadam begitu saja apabila ada ibu bapa yg datang menyerang tanpa sebab. Byk guru kecewa bila hadapi perkara mcam ni. Jd ramailah yg mengadu kat Tuan Hj Facebook, itu ini begitu begini.
Ada setengah budak malas nak dtg sekolah. Jd tugas gurulah nak kena pegi rumah budak tu. Bayangkan kalau cikgu kelas tu tengah mengandung 7 bulan. Terpaksa la menapak ke rumah budak utk cari sebab. Kalau tidak PPD akan salah kan guru kelas.
#Mitos 2: Balik awal, cuti sekolah panjang dan boleh bercuti sama dengan pelajar.
Tidak ada sekolah yg balik awal dlm Malaysia ni kecualilah kalau sanggup pergi mengajar sekolah orang asal. Banyak siswazah tak tau, guru bukannya boleh balik awal lepas sekolah. Sesetengahnya ada aktiviti persatuan, latihan rumah sukan, kelas tambahan dan sebagainya.
Jd perkara ini menjadi bebanan kepada siswazah bukan bidang pendidikan yg masuk melalui KPLI. Mereka akan tertekan kerana jangkaan mereka tak tepat. Tambahan kalau Pengetua atau Guru Besar tu perempuan garang macam Mak Si Sabariah dlm Ibu Mertuaku, habislah cikgu tu. Pukul 4 le jawabnya kena balik.
Setengah guru bila cuti sekolah tak macam cuti jugak. Ada yg kena pi kursus sana sini. Bagi sekolah asrama penuh, budak2 pula jenis rajin. Jd masa nilah nak buat rombongan sana sini, jadi cikgu diwajibkan ikut, suka atau tidak, mesti ikut.
Kalau cuti panajng hujung tahun, kebanyakan guru akan mengelak dari jadi Pengawas Peperiksaan SPM, STPM dan STAM. Masa cuti, guru2 ni yg dilantik kena hadiri taklimat, mengawal kelas peperiksaan dan sebagainya. Jadi mana2 guru yg dah plan nak cuti balik kampung terpaksa batal.
(gambar hiasan)
#Mitos 3: Hanya duduk dalam kelas atau dalam sekolah saja, tak perlu bergerak out-station.
Ramai kata jd guru duduk dlm kelas saja. Kerja senang. Sebenarnya, kalau tengah duduk tu tiba2 nazir datang jengok kepala kat pintu, mau melompat cikgu tu. Kalau tengah sarat mengandung, mgkin blh 'deliver' terus tanpa bius.
Nazir yg jengok pula jenis ada misai taring dan suka mengomel. Memang menyusahkan. Semasa sy jadi pemangku Pengetua di sebuah sekolah menengah, ada sorang cikgu tu tak sangka nazir datang nak duduk dlm kelas dia. Mujurlah cikgu tu bekas Guru Cemerlang, jd taklah gelabah sgt. Tp lepas nazir balik, terketar-ketar cikgu tu marah saya sbb tak bagitau.
Saya pun jawab begini,
"Datanglah sape pun, bukannya gaji awak nak kena potong."
Bila dengar jawapan tu, guru tadi agak lega skit. Mgkin dia baru sedar kot.
#Mitos 4: Senang naik pangkat (naik DG) kalau bertapa lama.
Kenaikan gaji adalah perkara yg paling kedekut dlm sejarah kerajaan Malaysia. Jd pilihan yg ada ialah guru mengejar DG. Dari DG41 ke DG44, DG48, DG52 hingga DiGi 016. Nak naikkan DG di Malaysia ni senang saja, rapatkan diri dengan pengetua, buat2 rajin dan pastikan penilaian prestasi lebih dari 86 markah.
Alhamdulillah, sepanjang menjadi pemangku Pengetua sy tidak pernah memberi markah kurang dari 86 kpd semua guru. Tp ada sorang guru tu saya terpaksa beri 79 markah sebab ada kes malas yg melampaui batas. Dah tu datang sekolah seminggu 3 kali je. Itu memang tak blh diterima akal. Nasib baik tak masuk surat khabar. Cuma saya kecewa skit, guru tersebut langsung tak rasa bersalah. Sy minta JPN menukarnya ke sekolah lain. Akhirnya ditukar.
#Mitos 5: Kerja guru takde due-date macam kerja engineer yg kena kejar periode project.
Ini mitos yg berlaku dikalangan sisawazah kejuruteraan yg kerja kilang kemudian memohon nak menjadi guru. Bila masuk jd guru, baru mereka tau, assignment yg diterima guru lebih besar dari projek nak buat KLCC. Bayangkan seorang guru dipaksa memastikan semua pelajarnya lulus dlm SPM walaupun ada yg tak pernah lulus dan memang tak pernah datang sekolah.
Konsep keguruan di Malaysia pelik skit. Jika pelajar itu tak lulus atau tak meningkat grednya maka ia 100 % salah guru. Jika pelajar itu tak pernah baca buku utk exam dan tidak lulus exam, ia juga salah guru. Maka sebab itulah banyak kes JPN terima guru memberi jawapan kepada pelajar dlm peperiksaan Pertengahan Tahun dan Akhir Tahun.
Hakikat sebenar di Malaysia ialah kerja guru lah yg paling susah. Susah sebab kerjanya perlu dibawa balik ke rumah. Susah sebab nak ajar 'manusia'. Manusia pulak ada pelbagai ragam.
Bukan senang nak ajar budak
- Walaupun ajar budak-budak tetapi bukan semua budak boleh diajar. Ada yg sangat biadap. Ada setengah budak sangat manja. Suka mengadu kepada mak bapak. Mak bapak pula sanggup ke sekolah memarahi guru tanpa tahu sebab sebenar.
Tugas Warden dan Pengawas Peperiksaan
- Bagi golongan guru, jawatan yang sentiasa dielak dan terpaksa pengetua sekolah mencabut nombor giliran ialah Warden dan Pengawas Peperiksaan. Bertugas sebagai Warden kena berhati-hati 24 jam. Sesetengah sekolah ada kes rasukan dan histeria. Kalau jin tu datang kacau pukul 4 pagi, teruklah cikgu tu. Silap haribulan cikgu kena deal dengan jin suruh ganggu waktu siang saja, senang nak tidur.
- Pengawas Peperiksaan pula ialah jawatan menjaga peperiksaan awam UPSR, PMR, SPM, STPM atau STAM.
- Dalam banyak2 exam, exam SPM dan STPM yg ramai cikgu taknak jaga sebabnya ia berlaku pada waktu cuti sekolah. Jadi pengetua terpaksa buat undi giliran untuk setiap guru.