Thursday, 24 November 2011

Jangan Menulis Tajuk Cara Jadi Jutawan

Ada satu tajuk yg boleh buat untung tetapi sebenarnya blh dikategori sbg 'berpura-pura tidak menipu'. Sbg seorang yg sudah lama berkecimpung dlm dunia penerbitan, penulisan dan pengedaran, saya nasihatkan kpd penulis2 baru yg nak buat duit janganlah tulis buku yg mendedahkan cara nak jadi jutawan.

Anda boleh menulis tajuk tersebut tetapi pastikan anda juga seorang jutawan dan kemukakan bukti-bukti anda jutawan, bukannya bergambar dgn kereta2 mewah milik orang dan mempamerkan duit2 RM50 yg banyak dipegang oleh anda di dalam buku anda. Ia tidak bijak.

Seorang jutawan sebenar adalah orang yg mampu mempamerkan geran kereta mewah dgn namanya sendiri, geran beli rumah banglo atau buku akaun yg tertera nilai 1 juta berserta namanya yg tidak dipadam.

Tetapi jika nak tulis juga, tulislah tajuk Cara Cari Duit, Cara Buat Duit atau sewaktu dengannya. Cara Cari Duit berbeza maksudnya dengan Cara Jadi Jutawan.

Cara Cari Duit maksudnya anda kemukana cara dapatkan duit walaupun sebulan RM300 tetapi Cara Jadi Jutawan bermaksud anda sudah ada RM1 juta selepas melakukan sesuatu perkara yg anda cipta sendiri.

Wednesday, 23 November 2011

Penulis Baru: Jangan Umumkan Tajuk Di Internet

Bagi penulis-penulis baru yang hendak menerbitkan sendiri buku terdapat beberapa kesilapan teknikal yang biasa dibuat. Antara kesilapan paling ketara ialah menghebah-hebahkan tajuk yang bakal dibuat di forum, blog atau internet.

Penulis sepatutnya tidak berbuat demikian, menghebahkan tajuk tidak menggambarkan sikap profesional seorang penulis walaupun kita rasakan kita boleh mendapat pandangan yg bagus dari viewer-viewer lain. Apabila tajuk dihebahkan, bimbang akan berlaku perkara berikut;

1) Tajuk dan kandungan dicuri penerbit lain - perkara ini kerap berlaku, memandangkan penulis baru mengambil masa utk terbit dan edar buku, tapi bagi penerbit indie yg sudah otai, mereka blh saja cut and paste dr pelbagai buku dan mengupah seorang penulis jenis independt utk membuat buku dalam masa 3 minggu.
2) Kritikan langsung - apabila penulis baru yg sedang membuak-buak semangat utk menulis tetapi tiba2 dikritik, kemungkinan semangat menulis akan down. Dlm hal ini saya teringat akan seorang pembaca blog bertanyakan Pn. Hjh Ainon di dalam blog Universiti PTS. Pembaca tersebut menanyakan bahawa beliau cuba mengeluarkan sejenis buku berkaitan 'Penyelidikan' kerana melihat tajuknya masih kurang di pasaran. Maka jawab Puan tersebut secara direct, "buku tersebut tidak mungkin laku" (lebih kurang begitu).

Dapatkah anda bayangkan perasan si penanya tersebut yang mana komennya dibaca beribu-ribu orang seluruh Malaysia? Bagaimanakah jika si penanya tersebut telah 90% siap bukunya?

Tapi ini bukan salah Puan tersebut, Puan itu berkata benar kerana memang buku jenis itu tidak boleh laku belas-belas ribu. Jika pensyarah bolehlah dijual di bilik-bilik kuliah. Ia salah si penanya yang tidak berfikir dahulu sebelum bertanya.

Sepatutnya, soalan yg perlu ditanya ialah "Genre apakah yang paling mudah dijual di pasaran walaupun 10 tahun lagi.?"

Penjualan Buku: Kedai Buku Elit Tidak Selaras

Bagi mana-mana penerbit buku sendiri mungkin agak sukar untuk mengedar buku melalui kedai-kedai buku elit seperti Popular dan MPH. Apatah lagi jika anda hanya ada sebuah dua saja buku. Namun begitu, kesukaran mengedar melalui kedai-kedai buku ini dapat diatasi sekiranya anda mengedar melalui pengedar sedia.

Pengedar dan penerbit, adalah lain. Memang ada penerbit yang mengedar sendiri, tetapi padanlah mereka edar sendiri kerana mereka sudah ada berpuluh-puluh judul pelbagai genre. Jadi langkah anda untuk memastikan buku anda dijual di dalam kedai Popular dan MPH ialah;

1. Cari pengedar buku otai yang kerjanya mengedar sahaja. Biasanya ada di area Batu Caves.
2. Pastikan pengedar itu mengemukakan perjanjian bertulis percent keuntungan. Jika mereka minta 60%, anda perlu pertimbangkan dan anda masih tak rugi kerana anda sendiri yang mencetak dan menerbit.
3. Yakinkan pengedar tersebut buku anda memang boleh laku. Biasanya pengedar suka buku yang boleh laku  minima 1000 unit setahun.

Sesetengah orang kata kedai buku elit hanya terima penerbit besar atau penerbit yang ada minima 10 judul untuk dijual di kedai-kedai mereka, betulkah begitu?

Tidak. Walaupun memang ada. Misalnya, kedai buku POPULAR yang terdapat seluruh negara. Jika anda ada buku dan pergi ke ibu pejabatnya di Wisma Asma, Kuala Lumpur (depan Taman Conaught). Mereka akan bagi syarat sekurang-kurangnya 10 judul.

Tapi jangan bimbang. Keputusan untuk mengedar buku di semua kedai POPULAR seluruh Malaysia bukan di buat oleh HQ di Kuala Lumpur. Ia terpulang kepada cawangan Utara, Tengah dan Selatan. HQ POPULAR di KL hanya membuat keputusan utk kedai-kedainya di negeri-ngeri bahagian Tengah manakala Utara pula keputusannya di Kedai POPULAR Pulau Pinang.

Jadi jika HQ tidak terima, anda hendaklah menghubungi cawangan-cawangan lain. InsyaAllah diterima walaupun syarikat anda hanya ada 2 buku sahaja. Mereka baca dari segi kelarisan buku tersebut bukannya berapa besar syarikat anda. Kalau kompeni besar dan banyak buku tapi satu buku pun takde yang bestseller, belum tentu mereka ambil.

Tetapi MPH lebih murah hati. JIka buku anda benar-benar bagus, mereka tetap ambil.

Bagi mengedar buku anda ke kedai-kedai elit, eloklah cari pengedar yang memang dah berurusan dengan kedai-kedai ini. Jangan pergi sendiri, tak profesional. Kita bukannya negara Eropah dan Amerika, penerbit sendiri lebih disukai kedai buku berbanding penerbit besar (kalau kedai buku berurusan dgn penerbit secara direct, percent untung pun tinggilah, tak perlu kedai buku nak bagi cek kepada pengedar).

Sekian.

Berhati-hati Dengan Penerbit Besar

Assalamu'alaikum wbt.

Jika tuan-tuan cuba bernaung di bawah penerbit besar dengan harapan royalti lebih lumayan, anda sangat silap. Mengapa?

Penerbit besar mempunyai ramai penulis-penulis untuk dibela. Dalam ramai-ramai tersebut mereka (penerbit besar) mempunyai beberapa penulis underdog (ayam tambatan) yang sentiasa dijangka akan memberi keuntungan untuk setiap penulisannya.

Maka disinilah bahayanya kepada penulis-penulis baru. Kos promosi untuk setiap orang penulis tidak sama. Penerbit akan belanja lebih sikit wang untuk penulis-penulisnya yang terkenal, manakala penulis-penulis tak terkenal akan terpaksa berpuas hati dengan pelbagai had promosi yang ditetapkan.

Adakah keadaan ini tidak adil kepada penulis-penulis baru yang baru nak mula menonjol dan baru nak menghantar skrip? Tidak, ia sangat adil tetapi dalam konteks bisnislah.

Dalam bisnis, fokus lebih perlu kepada penulis-penulis terkenal kerana apa? kerana bimbang penulis-penulis ini akan lari kepada penerbit lain atau akan terbit buku sendiri. Ia lumrah bisnis.

Monday, 7 November 2011

Pembaca Tidak Suka Tajuk Berulang-Ulang


Artikel ini khusus untuk membincangkan tentang penerbitan sebuah buku tulisan Dato' Ismail Kamus yang diterbitkan oleh Telaga Biru. Buku yang bertajuk "Indahnya Hidup Bersyariat" (2009) telah menjadi bestseller lebih 50,000 naskkah walaupun hargnaya agak mahal.

BUku ini terus-menerus laku sehingga ke hari ini dan boleh didapati di mana-mana sahaja kedai buku besar atau indie. Tetapi sesuatu berlaku dengan terbitnya buku kedua beliau iaitu "INdahnya Sabar". Terbitan Al-Baasit Resources.



Buku "Indahnya Sabar" tidak sehangat yang diharapkan malah banyak kedai-kedai indie tidak membuat ulangan permintaan. Perkara ini dimaklumkan sendiri oleh sahabat saya yang membuka kedai buku indie.

Mengapa buku Indahnya Sabar tidak hits sedangkan majlis pelancaran buku ini telah pun dibuat dengan mahalnya di Hotel De Palma, Shah Alam pada 30 Januari 2011?

1) Pembaca tidak suka tajuk berulang-ulang yang mana isinya telah dapat dijangka.
2) Pembaca merasakan ianya ditiru kerana diterbitkan penerbit lain.
3) INdahnya Sabar sangat mahal iaitu RM45.00 (kemungkinan)

Untuk mengetahui sama ada sesuatu buku itu laku atau tidak hendaklah anda bertanyakan sendiri kepada mana-mana pemilik kedai buku.

Selain itu, kesan dari bestseller tajuk Indahnya Hidup Bersyariat, beberapa syarikat lain telah mula meniru tajuk ini, mislanya penerbit Al-Hidayah menerbitkan buku bertajuk INdahnya Sabar dan Syukur tulisan Abdillah F. Hassan pada 2010. Tidak pasti siapa yang tulis dahulu tetapi berdasarkan amatan saya, penerbit Hidayah cuba mengaplikasi tajuk berbunyi "Indahnya ....".


Oleh itu, bagi penulis-penulis buku terbitan sendiri, hendaklah mengelak dari memberi tajuk yang sama kepada buku anda. Jangan meniru tajuk penulis lain kerana ia akan merosakkan imej penulis.

Editor Punca Buku Tidak Laku

Editor adalah individu yang bekerja dengan sebuah syarikat penerbitan. Ia bertugas menyunting semua buku mengikut kemahuan pengurus syarikat. Ia juga berfungsi menjaga imej syarikat melalui buku-buku yang disunting.

Biasanya editor akan mempunyai kemahiran membaca yang tinggi dan cekap mengesan kesilapan-kesilapan teknikal dalam penulisan. Tetapi harus diingat, risiko menulis dengan penerbit yang mempunyai editor (besar atau kecil) ialah buku tidak laku.

Kebanyakan penulis menganggap jika sesebuah buku tersebut laku atau bestseller adalah kerana penerbit mempunyai editor yang cekap. Ia anggapan salah, larisnya sesebuah buku bukan disebabkan editor tetapi kerana kredibiliti tulisan.

Ada beberapa perkara mengapa saya katakan editor punca buku tidak laku:

1) Editor manusia biasa ia mempunyai minat tertentu dalam sesuatu genre tulisan. Jika manuskrip yang disuntingnya adalah genre yang tidak diminati maka kerja suntingan tidak 'tip top'.
2) Editor sentiasa bermain dengan template manuskrip. Misalnya, untuk memudahkan kerja, editor sudah siapkan template khusus di dalam Adobe InDesign atau Publisher untuk digunakan untuk semua manuskrip. Editor tidak membuat template untuk melihat kesesuaian penulis dengan bukunya tetapi membuat template mengikut kehendak penerbit.
3) Editor tidak tahan menerima rungutan penulis. Apabila lebih 30% bahagian tulisan diubahsuai oleh editor maka ia akan menimbulkan rasa tak puas hati penulis. Di situ akan wujud ketegangan hubungan antara penulis-editor. Apabila penulis tersebut hantar manuskrip lain kemungkinan kerja-kerja suntingan akan dibuat tidak sepenuh hati.

UNtuk mengelakkan buku tidak laku, penulis hendaklah mempelajari semua teknik-teknik editing dan menerbit sendiri buku.

Friday, 4 November 2011

Panduan Cari Pencetak Buku

Bagi penerbit buku sendiri, ada beberapa panduan untuk mencari pencetak buku. Tetapi sebelum mencari pencetak buku hendaklah penerbit buku memahami beberapa kaedah cetakan dan prosesnya agar pencetak tidak ada kecenderungan untuk menipu kos.

Panduan-panduan mencari pencetak:
1.  Jangan pergi kepada pencetak yang mencetak untuk buku keluaran penerbit-penerbit besar.
2.  Jangan pergi kepada kilang mencetak buku yang besar tidak kira Cina atau Melayu.
3.  Jangan serahkan kepada orang tengah untuk menguruskan cetakan.
4.  Jangan tanya penerbit-penerbit besar tempat cetakan yang disyorkan.
5.  Jangan tanya kedai buku yang menerbit buku sendiri. Sesetengah kedai buku mereka berkemampuan menerbit sendiri buku. Biasanya buku-buku sekolah dan buku-buku agama.

Kesemua 'jangan' di atas bagi mengelakkan penipuan ke atas penerbit baru. Langkah terbaik untuk penerbit buku baru ialah mencari maklumat pencetak dengan bertanyakan kepada kedai-kedai buku. Mengapa?

Kebanyakan pekedai buku indie tahu di mana tempat-tempat sebenar penerbit-penerbit besar mencetak dan manakah pencetak yang boleh dipercayai.

Kedai buku indie juga tahu hubungan pencetak dengan penerbit dan kisah-kisah bisnis di belakang tabir sesebuah pencetak. Ada sesetengahnya mereka mengetahui penipuan-penipuan yang dilakukan pencetak ketika mencetak. Penipuan apa?

Penipuan berbentuk menjual harta intelek dan hak cipta. Misalnya, Pencetak A mencetak buku dengan penerbit Z sudah sekian lama, malah penerbit Z juga bersaiz besar. Apabila anda datang membawa manuskrip, maklumat manuskrip anda akan mudah sampai ke pengetahuan Penerbit Z. Ini akan memudahkan manuskrip buku anda diciplak dan dicuri konsepnya. Tambahan jika Penerbit Z mendapati tulisan anda boleh meningkatkan jualan buku.

Kadang-kadang anda akan terfikir, bagaimana anda baru hantar ke pencetak bulan Mei tiba-tiba pada penghujung bulan Jun sudah terbit buku yang sama konsepnya dengan anda, cuma penulisnya berbeza. Kemudian bulan Julai barulah buku anda dihantar oleh lori pencetak. Itu pun belum lagi diedar ke kedai-kedai buku.

Penulis Buku: Berhati-hati Dengan King of Pirates

Kebanyakan penulis buku yang baru mahu memasarkan buku sendiri mudah untuk ditipu dengan King of Pirates atau pun istilah orang-orang kedai buku sebagai Pirate King. Pirate King adalah pengedar-pengedar buku besar yang banyak berlonggok di kawasan Batu Caves, Johor Bahru, Pulau Pinang dan lain-lain.

Mengapa digelar Pirate King? Mereka digelar demikian kerana menjalankan satu fungsi sihat dan satu fungsi tak sihat. Fungsi sihat mereka ialah mengedarkan semua buku-buku keluaran penerbit kecil yang menggunakan khidmat mereka. Pirate King mempunyai pertalian yang kuat dengan semua kedai seluruh Malaysia termasuklah MPH, Border dan Popular. Mereka mengedar seperti biasa buku-buku penerbit kecil yang datang kepada mereka melalui perjanjian-perjanjian yang dipersetujui.

Fungsi tak sihat Pirate King ialah dalam masa yg sama (memandangkan ada aset berjuta2), mereka menubuhkan beberapa syarikat penerbitan sendiri. Syarikat penerbit mereka ini biasanya mengumpan penulis-penulis baru yang baru nak menghantar manuskrip untuk diterbitkan.

Kebiasaan cara menipu mereka kepada penulis buku ialah dengan menjanjikan 40% dan sebagainya tetapi apabila buku dah terbit dan laku dijual mereka akan sebut begini;

"Susah mau cakap la ustaz, bukan buku tak laku, tapi itu MPH dan Popular cekik darah punya. Mereka mau percent tinggi, jadi kita pun boleh bagi sikit saja."

Itu antara trick Pirate King untuk menipu, malas nak bayar royalti sebenar. Tetapi hakikatnya mereka akan cuba berselindung dari memberi data palsu jualan sebenar.

Kebiasaannya yang selalu tertipu adalah guru-guru agama yang rajin menulis, menterjemah kitab.

Satu lagi kaedah tak sihat Pirate King ialah mereka cuba mencuri manuskrip penulis baru dengan cara meminta softcopy dari penulis. Seorang rakan saya hampir-hampir terpedaya.