Wednesday, 9 July 2014

Motivasi Berhenti Kerja Kerajaan



Di sini saya ada terjumpa satu blog yg menceritakan bagaimana beliau berhenti kerja kerajaan. Blogger ini seorang arkitek bertauliah dan masih muda.

Dalam artikelnya, saya amat tertarik dengan satu perenggan yang berbunyi ;

"Akhirnya saya menguatkan hati menaip surat perletakkan jawatan dan ia berkuatkuasa pada 10 hari selepas nya. Sememangnya saya dikenakan bayaran ganti rugi bersamaan sebulan gaji. Tapi saya sanggup asal ia dapat membeli kehidupan saya semula. Agar pulih seperti sediakala."

Ia perenggan yang menyentuh hati saya kerana saya juga berniat begitu ketika berhenti kerja dulu. Walaupun saya berjawatan pemangku pengetua tetapi kesibukan kerja telah meranapkan masa lapang saya bersama keluarga.

Banyak info yg boleh anda baca dr blog ini, silalah lawati.

http://khairunnisahamzahara.blogspot.com/2013/06/letak-jawatan.html 

Sunday, 29 June 2014

Buku Ke-2 Saudara Khairul Hakimin - Enam Puluh Liter

En. Khairul menerima sijil penghargaan dari Chef Adu (Hakim Masterchef Selebriti)

TAHNIAH, En. Khairul kerana berjaya menerbitkan buku kedua. Selepas kejayaan buku pertama yang bertajuk "Memanis Kehidupan", kini beliau muncul dengna buku fotografi keduanya iaitu "Enam Puluh Liter".

En. Khairul menandatangani buku terbarunya.

Bagi sesiapa yang berminat mendapat buku En. Kahirul yang diterbitkannya sendiri itu, sila layari laman web rasminya. kuahkari.com


Kulit hadapan buku terbaru.
** Harga RM30 (termasuk POS) **


Saturday, 14 June 2014

Tekan Slip Gaji Sampai Rapat

Kebanyakan guru-guru baru (guru muda/bujang), apabila dapat slip gaji mereka menjadi tak tentu arah dan sibuk berbelanja. Mereka tak sabar-sabar memajak slip gaji mereka di bank-bank untuk mendapatkan "Personal Loan".

Ada yang dengan gaji pertama sudah beli kereta RM80-100,000. Ini bermakna mereka membayar RM850 - RM1,000 sebulan. Ia dah menghampiri separuh gaji dan tempoh bayar adalah 9-10 tahun.

Contohnya;

Gaji Pokok + Elaun2 = RM2600
Ansuran Kereta = RM1,000
Baki = RM1,600

Baki wang RM1600 mungkin banyak bagi seorang guru bujang. Tetapi guru-guru ini terlupa kira kos-kos domestik iaitu;

- minyak kereta ulang-alik selama sebulan. (RM10 x 24 hari = RM240)
- makan-minum harian selama sebulan. (RM5.00 x 30 hari = RM150), ada ke manusia makan RM5 sehari? ini kos anggaran saja, kos makan kat kantin sekolah.
- bil Telefon sebulan. = RM60
- ansuran rumah sewa. = RM100 (kongsi dengan 3 orang, jadi bayar seratus saja).
- Jumlah kos domestik semua RM550.

Jadi baki dari gaji ialah RM1600 - RM550 = RM1050

Belum lagi dikira, malam2 kawan ajak keluar pergi restoran mamak, lepak2. Belum lagi dikira kos baju ke kerja. Kalau guru perempuan, maka keraplah tukar pakaian takut nanti pelajar perli dari belakang.

KESAN KEPADA GURU

Bila saban hari berada dengan kos-kos di atas tanpa berbuat apa2 untuk tambah pendapatan maka berlakulah aktiviti overlap loan-loan peribadi dan penggunaan Kad Kredit untuk ambil wang cash.

Bila nak kahwin pun terpaksa buat loan, sebab terikut-ikut dengan trend. Kalau buat majlis simple2 nanti takut kawan-kawan kutuk dalam Facebook. Jadi terpaksalah buat loan lagi. Bermakna terpaksa gali lubang (loan) kemudian buat lubang (loan) lain untuk tutup lubang (loan) lain.


Wednesday, 14 May 2014

Review Pesta Buku Kuala Lumpur 2014


PBKL 2014 telah pun berlalu dan seperti tahun-tahun sebelumnya, ramai penerbit dan pemborong cuba menampilkan jualan-jualan diskaun mereka untuk menarik pengunjung.


Ada kelainan sikit kali ini, penganjur menyediakan ruang membaca yang dihias cantik untuk pengunjung. Saya tak perasan pada mulanya, ingatkan pelajar2 ni ada menunggu acara sesuatu tapi ruap-rupanya ia tempat bersantai.



Ustazah ini sempat memberi ceramah ringkas untuk para pengunjung. Para hadirin juga boleh bertanya sebarang soalan kepadanya.


Ustaz Sharhan Shafie (baju merah menyala) juga hadir di booth pengedarnya. Para pengunjung juga boleh mengambil gambar bersamanya. Sebelum terkenal, beliau juga menerbit sendiri buku-bukunya.


Macam biasa, Ain Maisarah dengan boothnya yang cheerful. Saya tak nampak pula kelibat suamiya ketika itu. Kali ini tema warna purple. Tahun lepas warna pink. Beliau juga terbit sendiri buku tetapi setelah lama bernaung di bawah PTS Publication.


Syarikat Mustread juga mengambil bahagian.


SR Publication atau Siti Rosmiza adalah penerbit sendiri yang dahulunya bernaung dengan syarikat Alaf 21 (tak silap saya). Boothnya antara yang menjadi tumpuan para peminat.



Friday, 4 April 2014

Giliran Along Kejar Baucer Buku

Sejak pelancaran baucer buku 2 tahun dulu, student2 IPT masih tidak berminat membeli buku (rungutan beberapa kenalan saya yg buka kedai buku).

Menurut mereka student IPT lebih gemar beli hardware komputer, kain tudung, printer atau menukar baucer buku secara tunai.

Atas kehendak student yg lebih gemar mendapat tunai, saya mendapat maklumat banyak Ah Long sudah mula membentang banner mempromosi 'duit tunai' kepada student yang mahu menukarnya dengan baucer buku. Ah Long2 ini biasanya bergerak melalui kedai2 handphone, komputer dan sebagainya.

Saya belum terima dengan jelas kesahihannya. Tetapi banner-banner tu memang boleh nampak di depan kebanyakan IPT.



Monday, 24 March 2014

Makluman Tempahan Air Mineral Jenama Sendiri

Baru-baru ini saya ke Sik, Kedah dan sempat singgah di KEDA Agrobiz. Syarikat ini terkenal sebagai pengeluar air mineral tulen secara OEM kepada individu atau syarikat2 yg berminat.

Berikut ialah sebutharga yang diberi kepada saya.


  • Kandungan air: 500 ml sebotol.
  • dijual 1 kotak RM8.50 (mengandungi 24 botol saiz 500ml)
  • Minimum tempahan ialah 2000 kotak.
  • Jumlah bayaran (RM8.50 x 2000 kotak) = RM17,000
  • Deposit hendaklah 20% dari jumlah dan secara TUNAI.
  • Kos pengeluaran RM17000 tu termasuk harga botol, tudung botol dan kotak.
Bagi untuk design sticker plastic pada botol, hendaklah tanggung sendiri kosnya. Jika nak suruh pihak KEDA design pun mereka boleh terima.

Antara syarikat besar yang menggunakan khidmat KEDA ni ialah syarikat Anugerah dan Life.


Sumber maklumat,

KEDA Agrobiz Sdn Bhd,
(Anak Syarikat Milik Penuh KEDA Holding)
Lot 2345, Kampung Charuk Tualang,
Jalan Gurun-Sik, Batu 5, 08200 Sik, Kedah.

Tel: 04-4626230



Sunday, 9 March 2014

Tahniah Ustaz Syamsul kerana berjaya terbitkan modul sendiri !!


**MODUL BELAJAR KALIMAH ARAB**

HARGA PERMULAAN : RM3.50 SENASKAH

Berminat? Hubungi beliau melalui emel : syakharidz@gmail.com


Ditulis dan diterbitkan sendiri oleh salah seorang pengunjung blog ini, iaitu 
Ustaz Syamsul Khafi Ridzuan Bin Buang.

Ustaz Syamsul memaklumkan kepada saya bahawa ia kaedah pertama di Malaysia yang
diciptanya sendiri dan kemungkinan belum lagi digunakan oleh mana-mana pendidik.

*Untuk pengetahuan kepada pembaca juga, saya tidak terlibat dengan penerbitan
modul ini secara langsung. Saya hanya sembang2 sahaja (melalui emel) dgn beliau dan 
menjawab sebarang pertanyaan2 tentang penerbitan buku. Modul ini adalah hasil usaha
beliau 100% tanpa bantuan saya.