Tuesday, 14 May 2013

Pesta Buku Antarabangsa 2013: Rungutan Kurang Pengunjung

Pesta buku yang baru berlangsung di PWTC baru-baru ni memang meriah bagi para pengunjung. Terdapat pelbagai aktiviti yang disediakan setiap hari sepanjang tempoh pesta. Tetapi itu bagi pengunjung.

Bagi penerbit dan pengedar buku pula, ia antara terburuk dalam sejarah Pesta Buku. Ramai penerbit & pengedar merungut tentang hal yang sama iaitu pengunjung kurang. Jika tidak disebabkan budak-budak sekolah yang datang berbelas-belas bas, maka 'hancur' lah pesta tersebut.

Sama ada pesta buku itu menguntungkan atau tidak hanya penerbit dan pengedar yang dapat menjawab. Berdasarkan tinjauan saya dan rakan-rakan lain, dan hasil perbualan dengan pengedar-pengedar, kesemuanya merungut hal yang sama. Mereka rugi dari segi kos sewa dan promosi.

Punca utama ialah kelewatan PM mengumumkan tarikh pilihanraya. Sedangkan tarikh pesta buku 2013 telah pun ditetapkan sebelum Disember 2012 lagi. Apabila diumumkan, tiba2 betul2 kena masa Pesta Buku. Penyewa-penyewa booth tak dapat elak dari pesta kerana sewa telah ditempah awal dan persiapan telah dibuat.

Sewa booth yang berapa besar tu lebih kurang Rm5000. Tapi takkan nak ambil satu booth sedangkan buku yang nak dijual ada lebih 100 tajuk. Ini memeningkan banyak pihak.

Terdapat juga penerbit & pengedar yang mengambil inisiatif menyewakan semula booth yang mereka ambil. Biasanya tindakan ini dilakukan oleh penerbit2 & pengedar2 besar. Saya dapati nama pada booth adalah nama penyewa sebenar tetapi orang yang menjual pula syarikat lain. Ini mungkin strategi nak jimat kos.

Buku Bestseller Penyelamat Pesta Buku

Dalam situasi ni, ramai penyewa booth mengatakan hanya buku status bestseller saja yg mampu mengatasi masalah ni atau setidak-tidaknya boleh menampung kos sewa sepanjang pesta. Buku2 lain terpaksa diletakkan saja, nasiblah, kalau ada yang berkenaan, pengunjung akan ambil. Kalau tak berkenaan, jangankan nak belek2, nak sentuh pun tidak.

Apa pun, sepanjang pesta ini saya dapati, ia satu pengajaran kepada penerbit & pengedar iaitu walaupun persiapan dan target telah ditetapkan tetapi akhirnya faktor luaran tak dijangka akan jadi penyebab kepada kemerosotan jualan iaitu politik.

Sehingga artikel ini ditulis, saya belum dapat lagi analisis2 rawak antara buku terlaris di pesta buku. Jika saya dapat, saya akan posting di blog ini. InsyaAllah.

Saturday, 11 May 2013

Sekitar Pesta Buku Antarabangsa 2013 Di Kuala Lumpur

Beberapa gambar sekitar Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 yang berlangsung di PWTC. Gambar ni saya ambil ketika hari Isnin (29 Apr 2013).












(Booth Ain Maisarah yang dihiasi warna pink)




 (Yg berbaju coklat sambil tangan menyeluk poket tu tak silap saya suami Ain Maisarah. Nampak lebih kurus dari tahun lepas)



(Peminat2 sedang bergambar dengan novelis Ain Maisarah)



Wednesday, 24 April 2013

Tawaran Menjadi Penulis Telaga Biru



Sesiapa yang berminat menjadi penulis Telaga Biru hendaklah mengikut panduan-panduan penulisan manuskrip yang telah ditetapkan seperti di bawah.
PERATURAN PENGHANTARAN SKRIP TELAGA BIRU

- Telaga Biru selaku penerbit mengalu-alukan sebarang bentuk skrip untuk diterbitkan. Skrip yang dihantar mestilah mengikut piawai berikut untuk dinilai oleh Lembaga Penilai.
- Format Skrip: Soft copy dan hard copy. Penulis wajib menghantar skrip dalam kedua-dua format di atas.
- Cara Menghantar Skrip:
  1. Soft copy: E-mel: yusrina@telagabiru.net.my / nadirah@telagabiru.net.my atau hantar CD/pen drive melalui unjuk tangan.
  2. Hard copy: Pos / kourier / unjuk tangan kepada:  Pn Yusrina Salleh atau Pn Nadirah Waharp, Penyelaras Penerbitan Telaga Biru Sdn Bhd, 28, Jalan Tembaga SD 5/2A, Sri Damansara Industrial Park,52200 Kuala Lumpur.

p/s: Anda boleh hantar keseluruhan soft copy atau hard copy. Tidak digalakkan menghantar sebahagian skrip. Jika menghantar sebahagian skrip, sila sertakan sekurang-kurangnya 5 bab pertama atau 25% kandungan (yang mana sedikit).
- Bahan yang perlu dihantar:
  1. Covering letter.
  2. Skrip seperti pilihan di atas.
  3. Biodata penulis:
  4. Maklumat diri seperti tarikh dan tempat lahir.
  5. Latar pendidikan akademik, agama & iktisas.
  6. Wibawa bidang.
  7. Wibawa kerjaya sekarang.
  8. Anugerah dan penghargaan.
  9. Sekeping gambar ukuran pasport.
  10. Sila lampirkan foto, ilustrasi, visual, lakaran, gambar lama, artifaks, dll yang berkaitan dengan skrip yang akan diserahkan.


Jenis Skrip dan Anggaran Panjangnya (fleksibel mengikut keperluan dan keadaan)
  1. Buku Agama /kitab/ ilmiah - 200 m/s ke atas
  2. Kamus - 500 m/s ke atas
  3. Buku umum bukan fiksyen / popular - 200-400 m/s
  4. Buku kecil / pocket book - 100-150 m/s
  5. Buku bergambar kanak-kanak - 32 m/s
  6. Buku pengetahuan remaja - 150-200 m/s
  7. Novel dewasa - 200 m/s ke atas
  8. Novel remaja / kanak-kanak - 100-200 m/s
  9. Kamus kanak-kanak - 100 m/s ke atas
- Format Teknikal:
  1. Saiz kertas: A4.
  2. Spacing: Langkau sebaris (1.5 spacing).
  3. Font/saiz: New Times Roman,12 pt.
  4. Indent: Automatik
(Majalah terbitan Telaga Biru)
- Anatomi Skrip:
  1. Mempunyai pembahagian bab. Paling kurang 4 bab.
  2. Ada mukaddimah tema.
  3. Ada isi – beberapa bab.
  4. Ada penutup / kesimpulan.
  5. Untuk skrip novel: Sila sertakan sinopsis, watak utama & sampingan, plot, tempat dan masa.
  6. Bahasa: Menggunakan ejaan, tatabahasa dan pola bahasa Dewan Eja sepenuhnya.
- Anatomi Buku:
  1. Prelim:
  2. Kata Pengarang: Disediakan oleh pengarang.
  3. Kata Penerbit: Disediakan oleh penerbit. Pengarang boleh mendraf.
  4. Kata Aluan/sokongan Boleh diusahakan oleh pengarang (jika berkenaan)
  5. Penghargaan: Daripada pengarang (Jika ada)
  6. Dedikasi: Daripada pengarang (Jika ada)
- End Book:
  1. Bibliografi: Disediakan oleh pengarang. Taip ikut format antarabangsa.
  2. Glosari: Pengarang hendaklah menyediakan glosari untuk menguatkan skrip.
  3. Indeks: Disediakan oleh penerbit.
  4. Biodata: Biodata hendaklah lengkap dengan ejaan yang betul.

- Ciri-ciri Skrip Ditolak atau perlu diperbaiki oleh Penulis
  1. Terlalu pendek atau terlalu panjang (kecuali boleh dipecahkan menjadi dua buah skrip).
  2. Hujah tidak kukuh atau tidak matang.
  3. Jelas hasil saduran / copy paste.
  4. Terjemahan al-Quran tidak disertakan surah dan ayat.
  5. Hadis tidak disertakan perawi dan / atau nombor hadis.
  6. Tidak ada unsur/ masej islam dan nilai-nilai moral yang baik
- Ciri-ciri Skrip Diutamakan:
  1. Jika buku agama, hadis disertakan teks, matan, perawi dan nombor hadis.
  2. Semua teks hadis dan doa dalam bahasa Arab hendaklah BERBARIS.
  3. Telah diedit DBP sepenuhnya.
  4. Bagi buku motivasi/akademik, ada gambar teknikal, peta minda, flow chart, dll. (jika berkaitan).
- Kontrak Perjanjian dan Lain-lain:
  1. Skrip muktamad yang dihantar tidak boleh ditambah semasa dalam proses pembikinan.
  2. Penulis bersedia datang ke pejabat walaupun perhubungan on-line mungkin memadai.
  3. Penulis mungkin diminta untuk membaiki atau menambah skrip sebelum proses layout.
  4. Segala bayaran royalti, tempoh dan kadar ada tertulis dalam kontrak perjanjian.
  5. Skrip yang ditolak boleh diambil kembali oleh penulis.
  6. Sebelum skrip diterbitkan, penulis diminta membuat correction sebelum skrip dicetak. Sebarang penambahan fakta dan bab pada peringkat ini adalah TIDAK DIBENARKAN.
  7. Penulis bersedia membantu promosi dengan pihak media.

- Proses Penerbitan:
  1. Skrip mentah diterima & Penilaian skrip - 2-3 minggu
  2. Skrip ditolak/diterima/dipulangkan untuk ditambah atau dibaiki - 1-2 minggu
Sebarang pertanyaan sila hubungi: Pn Yusrina@Pn Nadirah (03-62754070/03-62768057)
Sila lengkapkan borang ini dan sertakan bersama skrip yang akan dihantar ke Telaga Biru Sdn Bhd.
Harap maklum dan selamat menulis :)

Tuesday, 23 April 2013

Pesta Buku Antarabangsa 2013

Datanglah beramai-ramai ke pesta buku antarabangsa yang bakal diadakan di PWTC Jumaat ini.


Berhenti Kerja Bermaksud Membina Kerjaya Bukannya Tolak Rezeki

Salam,

Saya menulis artikel ini kerana terlalu ramai yg meminta contoh notis surat berhenti penjawat awam dr saya. Boleh dikatakan hampir 50 orang. Kadang2 tertanya pada diri adakah saya menghasut tuan2 pembaca utk berhenti kerja? atau sememangnya tuan2 betul2 nak berhenti kerja tapi tak tahu cara draf surat.

Apa pun saya ingin jelaskan bahawa, blog ini sebenarnya catitan pengalaman saya berhenti kerja dan membina empayar perniagaan yg bakal diwarisi anak cucu. Saya mahukan orang yg bercita2 seprti saya juga mendapat manfaat nasihat.

Oleh itu, keputusan tuan2 dan puan2 utk berhenti kerja bukanlah disebabkan bila terlihat blog ini tetapi disebabkan tuan2 sudah merancang utk berhenti dan bekerja sendiri cuma belum ditentukan masa yg sesuai sahaja.

Nasihat saya, sebelum ambil keputusan berhenti kerja kerajaan pastikan kerja akan datang itu bukan jenis makan gaji tetapi sejenis bisnes yg mampu diwarisi oleh anak cucu. Jika berhenti kerajaan kemudian kerja dgn swasta ia dipanggil lompat kerja. Saya tidak menyediakan perkhidmatan nasihat untuk itu.

Saya lebih mahir dalam bab penulisan, penerbitan, edaran buku, editing dan apa2 saja berkaitan buku. Tentang bisnes2 lain juga boleh dibincangkan di sini jika saya ada informasi, InsyaAllah saya akan beritahu.

Thursday, 11 April 2013

Jemari Seni: Tawaran Menulis Novel



Perihal Manuskrip

* Ketebalan halaman ~ untuk novel umum jumlah halaman ialah antara 400–500
* Dicetak langkau dua baris di atas kertas A4 warna putih pada sebelah halaman sahaja
* Sila cetakkan nombor pada setiap halaman
* Format untuk letak atur:
(a)    Gunakan saiz huruf (font) 12, jenis Times New Roman
(b)    Page set-up:  First line, 0.3” , Double spacing
(c)    Selang antara satu bab ke satu bab ialah LIMA kali enter
(d)    Selang antara satu perenggan baru (cerita atau latar baharu, tetapi masih dalam bab yang sama) ialah TIGA kali enter
* Cadangkan sebuah JUDUL yang menarik serta memperlihatkan keaslian dan ada kelainan berbanding lambakan novel-novel di pasaran
* Penggunaan judul klise dengan kombinasi kata cinta, rindu, kasih dan sayang, tidak digalakkan
* Menggunakan tatabahasa dan tanda bacaan yang betul
* Hantarkan dalam file Word.
 

maklumat lanjut, rujuk sini.

Pengalaman Pertama Saya Dalam Penerbitan

Salam,

Ada yg minta saya cerita bagaimana saya blh terjun dlm dunia penerbitan. Ceritanya simple saja. Semuanya based on kemahiran komputer saya. Saya bukan pelajar IT, di IPT pun saya cuma ambil kos Psikologi tapi dalam masa yg sama saya memang minat komputer.

Semuanya belajar sendiri. Saya beli buku komputer, dapat loan PTPTN, objek pertama saya beli ialah desktop komputer beserta printer. Itu masa semester 1. Kemahiran saya berkomputer meningkat mendadak bila saya terlalu gila main strategy game. Masa di IPT dulu, saya kerap main Red Alert, Warcraft dan KKND.

Tapi masa saya jd guru, saya pernah tangkap anak2 murid saya main game kat cyber cafe. Masa tangkap bebudak tu, dalam hati saya sebut, "Korang tak tau, aku dulu lg terer." Kadang2 saya tersenyum sendiri melihat gelagat anak murid saya.

Saya ada satu kemahiran lagi yg jarang-jarang orang ada. Saya pandai melukis kartun. Kartun saya pernah dihantar kepada majalah Gila-Gila dan Gelihati (zaman 90-an). Tak ingatlah, terbit ke tak. Saya hantar kartun ketika tu umur saya baru 13 tahun. Sekarang saya masih melukis kartun tetapi masih belum terbit.

Pengalaman pertama terbit buku saya lalui ketika berada di semester 4 di IPT. Seorang pensyarah bahasa Arab, saya dengar sedang mencari orang yang boleh melukis untuk buku belajar bahasa Arabnya. Saya tawarkan diri. Saya diberi manuskrip arab (berserta terjemahan) untuk melakar kartun ikut dialog dalam manuskrip tersebut. Jadi bila balik ke hostel, saya pun lukislah kartun. Masa saya lukis biasanya ada beberapa orang tukang 'kacau daun' (kawan-kawan) yang akan bertenggek di keliling melihat saya melukis.

Selepas mengetahui saya juga mahir dalam komputer khususnya Word, ustaz arab itu pun suruh saya edit softcopy manuskripnya. Saya lakukan dengan baik sekali dan berjaya hantar manuskrip mengikut tarikh yang ditetapkan pihak universiti. Apa lagi, bukan main melompat ustaz arab tu. Jadi dia hadiahkan pada saya satu softcopy keseluruhan kajian sarjananya yang baru saja siap sebulan. Tajuknya tentang Zindiq.

Itulah buku pertama yg saya terbit. Takde apa2 royalti tapi dapat pengalaman.