Tuesday, 26 June 2012

Kos Cetak Sebenar Sebuah Buku

(sumber gambar: http://bisnesborongchina.com)

Untuk menjadi self-publisher , seseorang penulis itu perlu mengetahui kos cetak sesebuah buku dan bijak membuat anggaran perbelanjaan kos mencetak dari pelbagai pencetak. Carilah pencetak yang boleh dipercayai tidak kiralah apa bangsa sekali pun. Asalkan jujur. Kecualilah jika ingin menerbitkan buku-buku agama, terjemahan al-Quran dan seumpamanya, tidak boleh menggunakan pencetak non-muslim.

Lihat buku di bawah


Buku ini dijual dengan harga RM15.00. Saiznya antara 7 X 5 inci. Bahagian kulitnya dibuat emboss (tulisan2 dan gambar ditimbulkan). Ketebalannya ialah 190 mukasurat. Jadi berapakah kos cetaknya?

Kos keseluruhan yang saya anggarkan ialah RM2.30 pada cetakan sebanyak 5000 unit dalam sekali cetak. Itu adalah anggaran saya sendiri kemungkinan penerbit mendapat kos yang lebih murah lagi. 

Kos lebih murah bergantung kepada 3 faktor utama:

1) Penerbit cetak minima 5000 unit atau lebih.
2) Penerbit sudah kenal lama pencetak.
3) Penerbit ada kilang cetak sendiri, jadi kos yang ditanggung hanyalah kos kertas dan dakwat.

Sekarang kita kira keuntungan buku tersebut (anggaran sayalah).

Jika harganya RM15.00, maka untung sebenar setelah tolak kos cetak ialah RM12.70.

Untung = Harga buku - kos cetak
            = RM15.00 - RM2.30

Keuntungan RM12.70 adalah anggaran jika penerbit tersebut mengedar sendiri buku. Bagaimana jika penerbit hanya terbit buku dan urusan edaran ke seluruh Malaysia diberi kepada pengedar atau pemborong buku.

Kiraannya akan jadi begini. Kita andaikan pengedar/pemborong akan ambil komisen 50% dari harga buku.

Untung sebenar = Harga buku - 50%
                        = RM15.00 - RM7.50
                        = RM7.50

Daripada dapatan RM7.50 barulah ditolak kos cetak yang berjumlah RM2.30, maka untung bersih yg diperoleh penerbit ialah RM5.20.

Daripada RM5.20 akan dikongsi bersama 2 pihak iaitu:

1) Penulis buku
2) Penerbit buku

*Berdasarkan sembang2 dengan orang-orang pemborong buku, buku Ustaz Azhar dikatakan terjual sebanyak 50,000 naskah. Mungkin lebih dari itu. Sekarang kita kira untungnya.

Nilai jualan        = Unit jualan X harga buku
                         = 50,000 X RM15.00
                         = RM750,000 (boleh tahan)

Untung Penerbit = Nilai Jualan - 50% (diskaun pengedar)
                         = 750,000 - RM375,000
                         = RM375,000

Untung bersih    = Untung penerbit - Kos cetak (50,000 x RM2.30)
                        = RM375,000 - RM115,000
                        = RM260,000

Maka, RM260,000 adalah nilai yang akan dikongsi antara Penerbit dan Penulis Buku berdasarkan perjanjian tertentu. Biasanya penulis akan dapat 15-25%. Jadi saya andaikan penulis mendapat 20% dari untung bersih.

Pembahagian Untung : Penulis (20%) dan Penerbit (80%)

Komisen Penulis = 20% X RM260,000
                          = RM52,000 

Komisen Penerbit = 80% X RM260,000
                            = RM208,000

Lihat perbezaan untung penerbit dan penulis. Dalam hal ni, sememangnya penerbit kena ambik banyak sikit sebab penerbit perlu tanggung kos promosi, kos upah pelukis grafik dan kos2 berkaitan. Misalnya, jika penerbit nak iklan buku ustaz Azhar dalam surat khabar Harakah, kos iklan dalam akhbar ini lebih kurang RM5000 untuk satu muka penuh berwarna. 

Penulis buku (Ustaz Azhar) pula dianggarkan dapat RM52,000. Banyak jugak jumlah tu dan berbaloi walaupun gross sale sebenar ialah hampir 1 juta. Kalau anda kerja makan gaji, untuk simpan sebanyak RM52,000 setahun anda perlu kumpul RM4,333.00 sebulan.

Kerja makan gaji macam mana yang boleh simpan RM4 ribu lebih sebulan. JUSA C pun belum tentu.

Kesimpulannya, kos buku amat memainkan peranan dalam menentukan untung sesebuah penerbit. tetapi ia lebih untung jika seseorang penulis buku menerbit sendiri buku. Dari situ, ia dapat menjimatkan peratus yang diambil oleh penerbit. Apatah lagi kalau penulis itu sendiri yang mengedar dan mencetak.

(PERHATIAN: Kiraan di atas adalah anggaran saya sahaja, bukan maklumat sebenar dari PTS Publication)

Tuesday, 5 June 2012

Perisian Untuk Menulis Buku



Di dalam industri buku, perisian apakah yang paling sesuai digunakan?

Dalam dunia penerbitan, tidak kiralah nak terbit majalah, tulis buku, katalog atau apa saja. Hanya ada dua software yang paling popular digunakan iaitu QuarkXpress dan Adobe InDesign.

Kedua-dua perisian ini digunakan oleh syarikat-syarikat antarabangsa seluruh dunia. Ia satu perisian profesional dan berkeupayaan tinggi. Harga kedua-duanya juga boleh tahan.

QuarkXpress RM 4000 lebih
InDesign RM2000 lebih.

Macam mana kalau sekadar tulis novel, buku sejarah atau buku yang tak perlukan banyak reka  bentuk profesional, sesuaikah pakai QuarkXpress dan InDesign?

Jawapannya, ikhlas cakap kurang sesuai. Kalau sekadar tulis buku yang tidak banyak reka bentuk dalaman saya cadangkan pakai Microsoft Publisher atau taip saja dalam Microsoft Word.

Tapi bagi mereka yang bekerja dengan penerbit besar, tak perlulah payah-payah guna Publisher, QuarkXpress atau InDesign, cukuplah sekadar tulis dalam WORD. Perisian-perisian itu saya maksudkan untuk kegunaan editor sesebuah syarikat penerbitan atau penulis yang mahu menerbitkan sendiri buku.

Paparan QuarkXpress versi Mac.

Paparan Adobe InDesign