Saturday, 27 June 2015

Kaedah Menulis: Berapa Perkataan Perlu Taip?



Menaip Dalam MS WORD

99% penulis buku lebih gemar menaip buku mereka menggunakan program Microsoft Word. Biasalah tu...

Tapi berapa perkataan seseorang penulis buku perlu taip sebenarnya dalam WORD untuk mendapat satu buku? Di bawah ini saya lampirkan jadual anggaran ketebalan buku berdasarkan jumlah perkataan dan muka surat.

Jadual ini dibuat berdasarkan analisis saya sendiri untuk mengetahui dengan tepat (hampir tepat), berapakah jumlah perkataan yang perlu ditaip oleh seseorang penulis di dalam MS Word untuk mendapatkan jumlah muka surat yang diingini dalam bukunya?

(klik untuk besarkan imej)

Nota:

1 - MS WORD, penulis menaip buku di dalam program ini.
2 - ADOBE INDESIGN - Layout Designer pula memindah semua softcopy manuskrip penulis ke dalam program ini sebelum dihantar kepada pencetak.
3 - SINGLE, program Word lama memberi tiga pilihan dalam Spacing iaitu Single, 1.5 dan Double. Program Word sekarang hanya tulis Before dan After. Jadi pilih 0pt untuk kedua-duanya.
4 - STANDARD PAGE, bila kita buka program MS Word dalam komputer, secara automatiknya Word menyediakan kita satu dokumen baru dengan saiz standard. Jadi dalam ujian yang saya buat ialah saya tidak mengubah saiz standard ini ketika mengukur jumlah perkataan.
5 - DOCUMENT, Dalam Word, setiap muka surat disebut document.
.........................................

Analisis Jadual

1.  Berdasarkan jadual di atas, saya dapati jika ditaip dalam WORD satu muka surat penuh dengan jumlah 573 perkataan, jadi ia bersamaan dengan 2.2 muka surat dalam saiz buku sebenar (jika saiz 8.5 x 5.5 inci).

2.  Jika seseorang penulis bercadang mahu menghasilkan buku bersaiz 8.5 x 5.5 inci (ini saiz standard dalam Adobe InDesign), dengan jumlah ketebalan anggaran 200 - 220 muka surat, maka dia perlu menaip di dalam MS Word sebanyak lebih kurang 57,300 perkataan. (yang bersaiz 11pt, font Calibri dan Single Spacing).

3.  Ringkasannya, menaip di dalam MS Word sebanyak 100 muka surat, ia bersamaan 220 muka surat dalam saiz buku sebenar.

4.  Dalam analisis ini, diandaikan seseorang penulis itu menaip penuh satu muka surat di dalam MS Word tanpa ada sebarang perenggan.

5.  Tapi dalam realitinya, apabila dipindahkan ke Adobe InDesign, designer akan buat banyak perenggan dan menokok tambah pelbagai jadual dan gambar. Ini akan menyebabkan berlakunya penambahan perkataan.

6.  Jika penulis itu sudah merancang bilangan gambar dan jadual yang bakal dimasukkan di dalam bukunya, kemungkinan jumlah perkataan yang perlu ditaip di dalam MS Word adalah kurang dari 57,300 perkataan. Mungkin hanya 52,000.

Lebih Kecil Saiz Buku Lebih Banyak Muka Surat

Jika buku yang bakal diterbitkan oleh penerbit anda lebih kecil saiznya dari 8.5 x 5.5 inci, maka bilangan muka surat akan meningkat lebih dari 220 muka surat. (Diangaikan anda menaip 100 muka surat dalam Word).

Begitulah sebaliknya pula, jika saiz buku yang bakal diterbit lebih besar saiznya dari 8.5 x 5.5 inci, bilangan muka surat buku sebenar akan kurang dari 220 muka surat.

Nasihat Saya

Merancang ketebalan buku adalah penting kerana pembeli sekarang tak suka buku yang tebal-tebal. Bagi mereka lebih tebal lebih mahal. Buku yang tebal kurang laku sebenarnya. Kecualilah jika tuan-tuan nak terbit buku-buku agama, maka ia tak mementingkan jumlah perkataan. Yang penting adalah fakta.

Seperkara lagi, jika anda hanya menulis buku dalam Word dan menggunakan penerbit lain, jadi seboleh-bolehnya tanya dahulu editor tentang saiz buku yang akan dibuat untuk anda.




1 comment: