Thursday, 10 July 2014

Perabot Pejabat Second Hand Terbaik

Baru-baru ni saya pergi ke sebuah gudang jualan perabot second-hand di Segambut, KL. Banyak barang2 pejabat yang murah-murah di situ.

Saya ambil banyak juga antaranya ialah:

- 2 set workstation untuk pengurus (partition + meja Cshape + 2 pedastal)
- 3 seater workstation (partition+meja Lshape + 1 pedastal)
- 2 almari fail saiz 6x3 kaki.

Kesemua kosnya hanya RM5800. Memenuhkan ruang pejabat saya.  Jika workstation jenis baru untuk 2 seater, harga mungkin sekitar RM4-6 ribu.

Walaupun barang second hand tetapi, semuanya di refurbish semula agar nampak seperti baru. Kebanyakan barang2 pejabat jenis workstation ni di ambil dari syarikat2 besar seperti MISC, Kementerian dan juga hotel-hotel mewah.

Saya bertanyakan kepada pemandu lori yang menghantar barang, berapa jauh barang yg dia pernah hantar. Katanya ada juga pelanggan dari Johor Bahru, Terengganu, Pulau Pinang dan Pahang. Terkejut juga bila dia cakap macam tu, memang terkenallah syarikat ni.


Jika beli baru seperti di atas kemungkinan harga RM7,000. Saya membeli 2 set
seperti di atas hanya dengan harga RM2,000 sahaja tanpa kerusi.


Pesanan

Jika pergi ke gudang ni, taukehnya lelaki muda, bagus orangnya dan bapanya juga ada di situ. Tak perlu minta diskaun kerana semua barang memang akan diberi diskaun. Elakkan pergi waktu petang sebab takut bertembung dengan pegawai kesihatan yang menyembur asap anti nyamuk aedes.

Barang2 yg ada di kedai tu sebahagiannya hanya display sahaja. Mereka ada stok yg sebenar di gudangnya di tempat lain. Jadi tanya dahulu, adakah perabot tu ada pilihan lain.

Jika beli workstation yang ada partition, boleh minta jurujual di situ tukar kanvas fabrik baru pada partition. Ada pelbagai pilihan warna. Biasanya dicaj RM100-250 untuk beberapa partition.

Jika kerusi, saya tak galakkan beli kerana kemungkinan ada kerosakan pada spring dan absorber. Jadi eloklah beli kerusi baru kerana ia lebih empuk.

Kedai : Chai & Chai Trading


No comments:

Post a Comment