Ada pesanan untuk para pendidik,
Ketika mengajar, janganlah terlalu marah kepada pelajar yang lemah ... dan jangan pula terlalu memuji pelajar yang cemerlang. Ia terlalu awal untuk mengadili pelajar ketika di sekolah.
Ada sesetengah pelajar sangat bijak dan cepat faham serta cemerlang dalam keputusan peperiksaan tetapi belum tentu mereka warak, berakhlak dan mengingati anda setelah bekerja kelak.
Ada sesetengah pelajar sangat lemah ketika di sekolah dan kurang cemerlang dalam peperiksaan, tetapi mana tahu bila dewasa kelak ia sangat warak, berakhlak dan mengingati anda.
Pengalaman.
Sepanjang 10 tahun mengajar, saya tidak pernah merotan pelajar dan tidak pernah menyergah mereka. Saya lebih bertoleransi dan suka bercerita ketika P&P. Kesannya saya sentiasa dihormati pelajar dan tiada pelajar ingin ke tandas ketika saya mengajar hanya kerana ingin mendengar cerita.
Ada juga yang tidur, tapi saya anggap ia satu kesenangan kepada saya kerana saya dapat mengetahui berapa ramai yang benar2 nak belajar. Sekolah saya antara 100 sekolah paling 'belakang' dalam Malaysia dan tiada satu pun pelajar pernah mendapat 10A dalam PMR atau SPM.
Beberapa hari lalu, ketika saya (bekas guru) dan beberapa orang guru pergi ke satu madrasah untuk mengaji kitab, datang 2 orang bekas pelajar sekolah saya menyapa. Saya tahu kedua-duanya memang lemah dalam pelajaran. Tetapi kini mereka pelajar cemerlang sebuah pondok di Perak. Sangat warak dan sangat menghormati orang tua.
Bila melihat kedua-duanya, terasa hilang terus beban kerja selama 10 tahun dahulu, saya terus lupa masalah2 peribadi. Sungguh bertuah ibu bapa mereka.
Kedua-dua mereka berserban dan berjubah sepanjang masa. Katanya mereka sedang ambil STAM (Sijil Tinggi Agama Malaysia). Walaupun agak lewat kerana sudah berumur 21 tahun, tapi kali ini mereka benar2 bersedia.
No comments:
Post a Comment