Wednesday, 19 February 2014

Untuk Pendidik: Jangan Terlalu Marah ... Jangan Terlalu Puji !!!

Ada pesanan untuk para pendidik,

Ketika mengajar, janganlah terlalu marah kepada pelajar yang lemah ... dan jangan pula terlalu memuji pelajar yang cemerlang. Ia terlalu awal untuk mengadili pelajar ketika di sekolah.

Ada sesetengah pelajar sangat bijak dan cepat faham serta cemerlang dalam keputusan peperiksaan tetapi belum tentu mereka warak, berakhlak dan mengingati anda setelah bekerja kelak.

Ada sesetengah pelajar sangat lemah ketika di sekolah dan kurang cemerlang dalam peperiksaan, tetapi mana tahu bila dewasa kelak ia sangat warak, berakhlak dan mengingati anda.

Pengalaman.

Sepanjang 10 tahun mengajar, saya tidak pernah merotan pelajar dan tidak pernah menyergah mereka. Saya lebih bertoleransi dan suka bercerita ketika P&P. Kesannya saya sentiasa dihormati pelajar dan tiada pelajar ingin ke tandas ketika saya mengajar hanya kerana ingin mendengar cerita.

Ada juga yang tidur, tapi saya anggap ia satu kesenangan kepada saya kerana saya dapat mengetahui berapa ramai yang benar2 nak belajar. Sekolah saya antara 100 sekolah paling 'belakang' dalam Malaysia dan tiada satu pun pelajar pernah mendapat 10A dalam PMR atau SPM.

Beberapa hari lalu, ketika saya (bekas guru) dan beberapa orang guru pergi ke satu madrasah untuk mengaji kitab, datang 2 orang bekas pelajar sekolah saya menyapa. Saya tahu kedua-duanya memang lemah dalam pelajaran. Tetapi kini mereka pelajar cemerlang sebuah pondok di Perak. Sangat warak dan sangat menghormati orang tua.

Bila melihat kedua-duanya, terasa hilang terus beban kerja selama 10 tahun dahulu, saya terus lupa masalah2 peribadi. Sungguh bertuah ibu bapa mereka.

Kedua-dua mereka berserban dan berjubah sepanjang masa. Katanya mereka sedang ambil STAM (Sijil Tinggi Agama Malaysia). Walaupun agak lewat kerana sudah berumur 21 tahun, tapi kali ini mereka benar2 bersedia.


Friday, 14 February 2014

Baucer Buku Sudah Diedarkan!

Sekarang ni bauder buku 1Malaysia telah pun diedarkan ke seluruh negara cuma tunggu hari pelancarannya sahaja, bila nak lancar ntah lah.

Sekarang ni juga tiga jenis bisnesman sedang giat bermesyuarat, mereka ialah:

- Pekedai buku
- Penerbit buku
- Pekedai komputer (takde kena mengena tapi terlibat jugak)

Pekedai Buku
Pekedai buku sibuk mencetak flyer-flyer yg tertulis "Kami menerima Baucer Buku". Mereka mula edarkan ke merata tempat supaya menggalakkan pelajar membeli di kedai2 mereka. Sebahagian kedai buku pula mula merancang pameran2 buku segera.

Pekedai buku yg bertaraf koperasi (di IPT-IPT) pula akan sibuk menyusun hari-hari pameran utk pelajar-pelajar mereka. Tetapi ada juga yg membenarkan pelajar membeli lain2 barang selain dari buku dengan menggunakan baucer buku.

Penerbit Buku
- Golongan ini akan bersama2 merancang dgn pekedai-pekedai buku membuat flyer, poster dan apa2 saja acara agar orang datang beli buku. Penerbit buku biasanya sibuk menerbitkan buku-buku baru sebelum Januari 2014 supaya dapat mengiklankan buku baru mereka.

Pekedai Komputer
- Memandangkan kerajaan agak lembap dr segi pemantauan, maka kedai2 komputer telah berjaya menyalahgunakan baucer buku yg diberi pelajar. Baucer yang asalnya diberi kerajaan utk menggalakkan pelajar beli buku, akhirnya dibeli aksesori komputer. Dah ramai penerbit dan pekedai merungut, tapi KPM masih buat pekak badak.

Jalan Penyelesaian.
- Akhirnya pekedai-pekedai buku ambil jalan mengimport aksesori-aksesori komputer dari China dan menjual di kedai2 mereka supaya mereka tidak ketinggalan dari pekedai2 komputer. Pergilah ke mana2 kedai buku sekarang, semuanya ada aksesori komputer mengalahkan kedai komputer plak banyaknya.

*Yang menariknya, ada seorang sahabat (tokey kedai buku) cerita pd saya, ketika dia sedang beratur untuk tunaikan baucer di  BSN, dia ternampak seorang taukey kedai Hardware turut menunaikan baucer buku 1Malaysia. Pening...pening!


Tuesday, 4 February 2014

Apabila Jadi BOS Jangan Lupa Akhirat ...

Terus terang saya cakap bila bekerja di dlm sektor awam, jawatan yang paling menduga iman ialah BOS. Tak kiralah ketua kerani ke...penolong kanan ke..pengetua, ketua jabatan, ketua sektor dan sebagainya.

Bila jadi BOS, timbullah sifat-sifat di bawah.

- nak orang sentiasa ada di kir dan kanan.
- nak sentiasa disapa, ditegur.
- nak orang sentiasa hulur tangan untuk di salam.
- nak sentiasa pandangan dihormati.
- nak ikut protokol secara melampau.
- nak kawal itu ini dan sebagainya.

Tapi BOS akan melenting apabila.

- dalam mesyuarat, ada orang yg pandangannya lebih baik darinya.
- dalam mesyuarat, ada orang yang bangkang pendapat.
- bila diebri tugas kepada staf bawah, staf2 tak dpt buat kerja 100 peratus seperti yg diminta.

Tapi BOS terlupa satu benda,

- setiap perkataan dan cara kepimpinan akan ditanya di akhirat. Jika didapati berat sebelah maka pahala BOS akan dikreditkan ke akaun kitab amalan stafnya.
- Jika ada 100 staf, dan semuanya tak puas hati, maka habis akaun pahalanya.

Bagi sesiapa yang dilantik jadi BOS, berhati-hatilah, jangan rasa diri hebat.

Saidina Umar Al-Khattab, bila dilantik jadi Khalifah, beliau tidak pernah gembira dan tidak senyum lagi sehingga habis umurnya.

BERINGATLAH...