Bagi sesiapa yang bekerja sebagai pensyarah, saya ada berita baik. Pesnyarah adalah golongan yang boleh membuat side-income sebagai penulis buku yang lebih lumayan. Silap hari bulan, income dari menulis buku lebih lebat dari gaji sebenar.
Bagaimana seseorang pensyarah boleh menambah pendapatan maksima? Ianya mudah, anda hanya perlu menulis buku nota sendiri yang diterbit melalui syarikat sendiri. Bagi memaksimakan pendapatan, jangan terbit melalui penerbit besar luar negara seperti Prentice Hall, McGrew Hill dan sebagainya. Mereka sudah kaya-raya dan buku mereka berselerak seluruh dunia.
Sesetengah pensyarah berasa bangga jika buku mereka diterbitkan oleh syarikat2 besar seperti itu tetapi mereka mendapat percent yang sedikit. Buangkan kebanggaan itu kerana ia tidak mendatangkan pendapatan lumayan. Yang penting adalah kerja yang kita lakukan hari-hari itu boleh memberi pendapatan yang lumayan. Barulah berbaloi dengan kos yang kita tanggung selama ini.
Cara menambah pendapatan ialah :-
1. Pastikan semua pelajar membeli buku tulisan sendiri dan jadikan buku itu silibus ringkas yang lengkap.
2. Banyakkan mengajar subjek-subjek teras program. Lebih banyak subjek teras lebih untung.
Kiraan pendapatan;
Misalnya, satu semester (6 bulan) seorang pensyarah diarahkan mengajar 3 kelas. Satu kelas berjumlah 200 pelajar. Jadi jumlah pelajar keseluruhannya adalah 600 pelajar.
Jika buku anda berharga RM20 sebuah, maka 600 pelajar X RM20 = RM12,000.
Maka pendapatan kasar setiap semester ialah RM12,000 untuk satu subjek. Bagaimana jika anda mengajar 2 atau 3 subjek.
RM12,000 selama 1 semester bersamaan pendapatan RM2000 sebulan. RM2k itu juga bersamaan gaji seorang guru siswazah sekolah menengah.
Jika 1 semester anda berjaya menjual 2 tajuk, maka didarabkan dengan 2 jadi pendapatan tetap setiap semester ialah RM24,000.
Inilah pendapatan sampingan seseorang pensyarah. Jangan terlalu bimbang tentang kos cetak kerana kos cetak sebenar sebuah buku hanya lingkungan RM4 sahaja untuk 5000 naskah.
Masalah-masalah:
Sebenarnya tiada masalah, yang masalahnya ialah ramai pensyarah suka menerbit buku melalui pihak universiti dan penerbit luar. Mereka tidak berani tubuh syarikat sendiri. Jadi usaha mereka yang kuat dan lama itu yang sepatutnya boleh menghasilkan berbelas-belas ribu satu semester telah ditelan keuntungannya oleh penerbit besar dan penerbit unviersiti.