Friday, 18 May 2012

Cetak Buku Sendiri Dengan Espresso Printer



Kalau semua penulis, editor, self-publisher mampu beli mesin Espresso ni memang kaya-raya lah jawabnya. Sebabnya inilah satu-satunya mesin yang boleh mencetak buku sendiri hanya dengan menggunakan seorang tenaga kerja sahaja iaitu kita.

Dengan mesin Espresso Book Machine, seorang penulis boleh mencetak bukunya sendiri di depan mata dalam masa 2 min 50 saat. Yang menariknya ia boleh dicetak dalam bentuk 4 warna dan hitam putih bagi kandungan buku dan 4 warna untuk cover.

Mesin ni mula-mula diperkenalkan di pesta buku London 2009 oleh On Demands Book dari Amerika. Kosnya agak mahal iaitu USD 175,000 waktu pelancaran. Tapi semakan terkini yang saya buat harganya pada 2012 telah berkurang kepada USD99,000 termasuk semua alat ganti.

(Lihat video proses cetakan buku mesin tersebut)

Mesin Espresso boleh dikatakan agak hardcore kerana menurut pengeluarnya, ia boleh mencetak sebanyak 500 ribu buku secara berterusan.

Saya harap untuk pesta buku antarabangsa Kuala Lumpur akan datang, akan ada mana-mana syarikat yang pamer mesin ni. Kalau mesin ni ada, maka kecut perutlah para printer yang selalu tekan harga tinggi kepada penerbit-penerbit dan penulis-penulis bebas.





1 comment: